
Dulu masa aku bersekolah dulu,aku sering menyusahkan mak..Ada suatu masa,ada jamuan bilik..Masing-masing menyediakan makanan dari rumah.Lantas aku membantu ibuku memasak..Banyak sangat..Kemudian makanan terlalu banyak dan tak dapat dihabiskan..Lantas terpaksa membuangnya begitu saja kerana makanan tersebut tidak tahan lama..Alahai,kasihan mak..penat aku dan mak masak..(T_T)
Ada juga hal apabila aku ingin keluar outing dengan mak..kawan-kawan mulai sibuk untuk memesan macam-macam barang..Disebabkan kasihankan mereka yang tiada waris untuk outing bersama,aku bersetuju untuk membantu..tapi masaku bersama mak pula menjadi terbatas disebabkan sibuk menguruskan pesanan kawan-kawanku..
Aku sedikit menyesal kerana bersetuju dengan permintaan kawan-kawan..Niat aku untuk membantu kawan-kawan tapi rupanya aku dah menyusahkan mak pula :(
Baru-baru ini keadaan mak tidak berapa baik..Mak sering sibuk dan keletihan..Tidurnya tidak pernah cukup..Meskipun aku ada membantu di rumah namun mak tetap keletihan setiap hari..Kasihan aku melihat mak..Setiap hari mak akan mengadu sakit kepala..Ada seorang kawan mak yang sering mengganggu mak disaat mak sedang berehat di rumah..Kadang-kadang untuk perkara yang kecil juga dia boleh datang malam-malam tanpa ada rasa belas kasihan pada mak..
Suatu hari,ketika itu jam menujukkan hampir pukul 10 malam..telefon bimbit mak berdering..Aku mengintai di skrin telefon..Nama mak cik tu..Aku tak mahu mak cik itu menganggu masa rehat mak..Jadi aku biarkan saja telefon mak tanpa diangkat..Aku geram dengan sikapnya yang sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan mak..
Aku sayang kawan-kawan ku..dan aku mahu kawan-kawan juga menyayangiku..tapi aku lagi sayang pada ibuku..Aku memang tak mahu menyusahkan mak..Aku marah kawan mak mengganggu dan mengambil kesempatan ke atas mak tapi sebenarnya aku juga kadang-kadang melakukan benda yang sama pada mak semata-mata kerana kawan-kawan..Aku tak berhak menghukum kawan mak..apatah masuk campur hal mak dan kawannya.Kawanku biar aku yang uruskan..Kawan mak biar mak yang uruskan..Aku bukan berharap kebaikanku atau kebaikan mak diiktiraf atau dibalasi..tapi sedih juga kalau kawan-kawan kami tidak tahu menghargai setelah apa yang mereka dapat..Kecewa juga tapi itu yang berlaku sebenarnya..Memang fitrah manusia sering lupa..Benda baik dia tidak ingat..Apabila tersalah atau melakukan kesilapan,itulah yang paling diingati..
Aku berdoa agar Allah mengampunkan dosaku,dosa kedua ibubapaku dan dosa kawan-kawan kami..Aku mohon semoga Allah terus memberikan hidayah kepadaku,ibuku,kawan-kawanku dan kawan-kawan mak untuk terus ikhlas dan redha dalam berkawan dan berukhwah..Biarlah kita bersusah bersama dan bersenang bersama..Saling bantu-membantu dan tolong menolong antara satu sama lain..Yang mana yang baik,kita teruskan manakala yang tidak baik kita perbaiki sedikit demi sedikit.Insya-Allah kita akan lebih bahagia di hari mendatang :)