Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
Apa khabar semua?Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik lagi. Lama tak update bukan sebab tiada kisah untuk dikongsikan tapi sebab saya tak boleh masuk page gmail atau dashboard blog melalui web google chrome. Jadi saya cuba menggunakan web Mozilla firefox dan barulah boleh!hihi..
Saya tak tahu nak mula mana dulu. Lagi beberapa hari saya akan kembali ke Terengganu bagi meneruskan pengajian saya. Hati nak cepat balik tapi in the same time sayang nak tinggalkan rumah. Banyak kerja bertangguh sebab saya tak ada mood nak mulakan. This make me down. I'll try semangat sikit in my work. Sebab tu bagi saya masa brainwash dulu otak yang dah berhabuk dan berdebu ni. Bila semua dah ok, saya janji saya akan update pasal Majlis perpisahan saya full with picture dan semua perkara2 lain kalau saya teringat la. Now mood kurang stabil. I need time. Thats all.
Kadang-kadang saya fikir kalau sesuatu itu kita tak pernah berharap akan terjadi tapi ianya berlaku tentu lebih seronok berbanding kalau kita nak sangat sesuatu itu terjadi menurut perancangan kita dan kita berusaha supaya ianya tercapai walaupun hakikatnya mungkin belum sampai masanya ianya terjadi. Boleh faham tak falsampahfalsafah yang cuba saya sampaikan ni?huhu..
Saya bagi contoh situasi mudah. Semasa majlis perpisahan saya baru-baru ni. Saya ni kan orangnya amat sukakan nilai-nilai sentimental. Orang putih kata sentimenal value la..hihi..Contohnya , saya berangan kalau ikutkan saya nak masa hari perpisahan ada kek ada nama saya. boleh tangkap gambar sambil potong kek. Saya sangat suka kenangan seperti itu. Perasaan terharu gembira semua ada. Saya suka perasaan begitu.
Tapi nak dijadikan cerita saya tak pernah terfikir akan dapat hamper pada hari tu. Dulu kalau saya tengok orang dapat hamper ke, menang cabutan bertuah ke, saya jeles sangat100x. Nampak tak kejelesan melampau disitu..haha. Kalau masuk pertandingan pun kadang dapat juga. Saya yang kurang semangat kesukanan ni of course la tak pernah dapat melainkan kalau pegi kem, setiap kumpulan dapat 1 hamper. Menang ke kalah ke comfirm dapat!Begitu.
Makanya masa dapat tu rasa nak melompat tinggi-tinggi je. Tapi kenalah cover kn. Tunjuk sikit kita ni ada kesopanan dan kesusilaan..huhu.. Apapun, kek coklat moist yang pak cik bagi tu memang terbaikkkkk!!!! Cair dalam mulut..Terasa lagi sampai sekarang! Pak cik, terima kasih sebab bagi saya kek yang sedap tu. Nanti saya datang pak cik tempah lagi ye?
Satu lagi saya rasa dalam diri saya dipenuhi fikiran negatif tapi saya hanya keluarkan fikiran yang positif saja dan kadang-kadang saya akan sebarkan hal-hal yang positif pada orang sekeliling saya. Mereka mungkin merasakan saya seorang yang positif walhal sebenarnya saya sebaliknya. Saya memang suka serabutkan fikiran dengan perkara negatif sampai benda kecik remeh pun jadi isu. pastu nangis tiba-tiba. Always like that!
But for me, different person, different way. I'm use to be like that. Sebabnya saya fikir, hidup ni tak mungkin bahagia sentiasa. Saya bersyukur saya hidup seperti ini. Berbanding orang sekeliling saya mungkin mereka nampak perfect pada pandangan kita tapi sebenarnya mereka tetap ada kekurangan. Kita tak boleh terlampau positif dan yakin diri. Sometimes we should beware!
Sebab tu kalau boleh saya nak elakkan untuk berangan melebih-lebih. Takut kita kecewa di kemudian hari. Bila sampai masanya Allah akan bagi juga. cuma cepat atau lambat saja. Saya akui kadang-kadang saya ini seorang yang kurang sabar. Saya fikir saya seorang yang sabar tapi rupanya tidak juga. Saya tidak suka menunggu lama-lama. Saya sensatif dan mudah terasa tapi sekejap je. A few minute, okaylah tu.
Saya prefer orang memberi daripada saya meminta. Kalau sebaliknya yang terjadi saya akan jadi tak happy. Even kita mungkin akan dapat tapi bila meminta jadi tak best. That's why saya jarang minta. Saya akan gundah gulana dan paling tak pun nangis tiba-tiba. Sebab saya tak suka meminta walaupun saya nak sangat-sangat.
Jatuh dan gagal dalam hidup itu lumrah yang perlu kita hadapi. Kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan itu adalah pengajaran buat kita sebagai bukti perancangan kita tidak sesempurna perancangan Allah untuk kita. So let Allah do His job, we do our job. We just pray may everything will be allright. InsyaAllah.
And please pray for me also. Semoga Allah permudahkan urusan saya. Thats all. Nanti saya update lagi!
Wallahualam.