Love isn't something you find. Love is something that finds you.


29 January, 2012

Hidup ini seperti novel

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..

Mata saya memandang beberapa buah buku novel yang tunang saya pinjamkan untuk saya..Takut saya bosan agaknya cuti ni..Hehe..Terima kasihlah ya..

Saya ni kaki novel ke?Dulu rasanya ya..Tapi sekarang rasanya dah kurang sikit..Saya lebih sukakan majalah seperti solusi,Q&A,GenQ atau yang berunsur islamik dan motivasi.Alhamdulillah, buku tersebut banyak membantu saya supaya lebih cekal dalam menghadapi hidup ini..

Kalau novel saya minat novel islamik tulisan tangan Fatimah Syarha,Seindah Mawar Berduri..Sejak saya membacanya saya benar jatuh cinta dengan setiap bait katanya..Tak lama kemudian, sahabat saya menyuruh membaca buku Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul..Saya benar-benar terpengaruh,membayangkan bagaimanalah agaknya zauj saya nanti..Hehe..

Selain itu saya suka juga membaca hasil tulisan Hilal Asyraf seperti Sinergi..Ceritanya banyak menekankan tentang ukhuwah dan nilai persahabatan..Banyak membantu saya dalam membina ukhuwah dengan kawan-kawan saya.

Saya juga mengagumi tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi..Buku-bukunya berunsurkan motivasi.Ruangan Beduk diketuk menjadi pilihan saya setiap kali saya membeli majalah solusi..Tidak ketinggalan juga bukunya yang bertajuk Nota Fikir untuk Zikir..Sangat menarik.Kalau saya mendengar radio IKIM pula saya suka butir bicara Profesor Dr Muhaya..Sangat lembut tapi tegas..

Saya teringat balik pada kali terakhir saya membaca novel jiwang ni..Nak tahu?Ketika itu saya sedang menunggu result SPM..Saya bekerja sementara di sebuah butik tudung..Untuk mengisi masa lapang,saya membeli novel untuk dibaca..Setiap kali dapat gaji, saya pasti akan simpan duit untuk beli sebuah novel.

Suatu hari saya duduk membaca novel..Sedang saya asyik membaca,saya tak sedar ada mata yang memandang saya..Dia menegur saya..

"Dik..nak beli tudung boleh?"

Saya terkejut,lantas segera menutup novel yang saya baru baca..Melihat dia,saya dah kenal..Dialah lelaki yang selalu Kak Ros kenen-kenenkan dengan saya..Dia bekerja satu tempat dengan Kak Ros bekerja.Dia pemalu orangnya..Saya rasa saya agak nakal dulu,saya mengambil peluang untuk mengusiknya..

"Nak beli untuk siapa?Mak ke makwe?"

Dia membalas,"Saja mengusik tengok awak ralit baca novel sampai langsung tak pandang saya.."

"Maaflah..saya memang kalau baca novel saya tak ingat apa dah.."

"Kenapa perempuan suka baca novel ya?Awak rasa wujud ke kisah cinta begitu?Ada  ke lelaki yang seperti watak novel tu..Awak percayalah,sampai bilapun awak tak akan jumpa lelaki yang begitu.."

Saya benar-benar terkejut..Dia boleh berfikir sejauh itu..Dia mematikan mood saya untuk membaca lagi..Saya tahu apa yang berlaku dalam novel tidak sama seperti dalam realiti..Penulis yang baik akan berjaya meletakkan pembaca di dalam kisah itu..Apa salahnya berangan..Saya tak pernah mengharap ianya menjadi realiti..Saya tak tahu kenapa saya terasa dengan kata-katanya..Saya mengadu pada Kak Ros.

"Dia sukakan Fatin tu,sebab tu dia cakap begitu.."Kak Ros cuba memujuk.Saya hanya mencebik.

"Saya tak puas hati la..Salahkah saya baca novel?Saya rasa macam kata-kata dia seolah-olah membaca novel ni perkara sia-sia..Saya dah tak ada mood nak baca novel lagi..sebab saya tak dapat menghayati watak novel tu.."

Sejak hari tu saya dah kurang baca novel..Setiap kali nak beli,saya terasa buang masa dan sia-sia saja saya beli..Hehe..Begitulah kisahnya..Saya tak marahkan dia tapi bila difikirkan ada betul juga katanya..Ada masa apa yang kita nak berlaku tak terjadi tapi apa yang kita tak terfikir akan berlaku, itu yang terjadi juga..Maka, kita kena banyak bersyukur..Kebahagiaan itu bukan perlu dicari..Ia datang seiring dengan hati yang pasrah dan redha serta jiwa yang kenal erti syukur.

Pada pandangan saya,hidup ini umpama novel..Ada suka dan dukanya..Itulah yang mewarnai hidup ini..Saya tak mahu kata betul atau salah..Kitalah yang patut bijak mengatur hidup ini..Di situlah letak keindahannya..Saya yakin,kita masing-masing pernah melalui jatuh bangunnya dalam meniti perjalanan hidup ini..Jadi, tak usahlah disesali apa yang dah berlaku..Bukannya kita dapat putarkan masa kembali..Setiap kali teringat kisah lalu,saya sentiasa pujuk hati ini supaya lebih cekal lagi..

Saya bersyukur dangan apa yang saya lalui..Saya hargai ujian dan nikmat Allah setiap detik dan ketika..Saya berterima kasih untuk mereka yang pernah hadir dalam novel hidup saya walau seketika cuma..Kalian mewarnai hidup saya..Saya harap kebahagian yang saya rasakan sekarang tidak akan melekakan diri saya..Teruskan berada di sisi saya ya..

22 January, 2012

Saya terima jawapan pertama saja !

Bismillahirahmanirahim..

Mulai saat ni saya hanya akan tulis entry yang simple saja..tak meleret-leret lagi..saya akan sampaikan apa yang nak disampaikan..saya takkan ulang apa yang saya dah selalu cakapkan..Bagi saya itu lebih baik untuk orang yang tak cukup masa nak taip lama-lama..Biasalah tu..

Saya suka menulis..sangat-sangat suka..Saya kurang suka bercakap..Tapi pilih bidang kaunseling,kena banyak cakap..pandai berkomunikasi..

Betul..

Saya suka bercakap..Aduhai.. Saya ni tak tetap pendirian kan?Saya selalu saja diperli oleh rakan baik saya..

"Athin..Saya terima jawapan yang pertama awak saja!"

Betul,Saya ni suka keliru dalam membuat keputusan..Last-last saya jadi adaptor saja..

"Yelah..ikut awaklah..mana-manapun boleh.."

Hehe..Sebab tu kalau nak suruh saya jadi ketua tak boleh...Sebabnya,

1. Suara saya ni tak tegas langsung.Wajah saya apatah lagi..(huhu)
2. Saya cepat lembut hati..(Susah..)
3. Saya susah buat keputusan sendiri..(bincang ramai orang lagi payah)
4. Pemalu..(Tapi biasanya kalau hal melibatkan kerja,saya profesional sikit..)

Ada lagi tapi itu sebab utamanya..Sebab tu saya lagi suka kerja belakang tabir..Biar orang tak nampak saya bekerja, tapi Allah nampak!

Wallahualam..

21 January, 2012

Malu itu baik atau tidak?

Bismillahirahmaniahim..Assalamualaikum..


Apa khabar semua?Bagaimana dengan blog saya yang berwajah baru?Hehe..Malu la pula..Isy saya ni suka sangat malu tak bertempat..kenapa ya?Sampai kadang-kadang saya fikir perasaan malu ni bukan saja menyusahkan saya tapi orang lain juga..Tapi saya rasa  yang lebih tepat lagi malu saya tak kena  masa..Huhh..sangat menguji kesabaran dan keimanan..Di saat-saat genting saya tak boleh lawan perasaan malu saya..

Ada sebuah pameran buku yang baru dibuka..tapi semua yang ada kat situ semua kaum adam..dari penjual hinggalah pembeli..muda-muda dan seusia saya..Sayapun menunggu sehingga pembeli lelaki semakin kurang..Setelah sekumpulan lelaki pergi dari gerai buku itu,tempat itu kini menjadi lenggang saja..melihat itu,tak jadi lagi saya nak meninjau-ninjau buku di situ..Saya malu nak membeli buku di situ..tak lama kemudian,ada beberapa pembeli perempuan yang datang..lantas segera saya ke sana juga..

Tapi ada masanya perasaan itu saya boleh kawal,

Katalah sya ingin membeli sate ikan..tapi yang menjualnya seorang pak cik yang sangat peramah..terutama dengan pembeli wanita..Saya tahu,kawan saya ini,pemalunya lebih lagi dari saya dan suaranya sangat halus..mesti pak cik tu tak dengar nanti..jadi syaa terpaksalah berlagak cool seolah-olah tiada apa..dan melayan pak cik itu seperti biasa..Maka, ketika itu memang tiada langsung perasaan malu.

Begitulah,alkisahnya..

Pada saya malu itu baiknya,mampu menjaga diri kita..Malu itu benteng iman kita..Malu itu cermin diri kita..Susah nak cakap,melihat keadaan kaum Hawa di luar sana,saya tertanya-tanya masihkah ada rasa malu lagi??Sedih saya melihat..Malu itu indah..Malu itu cantik..Yakinlah..

Pada saya juga malu ini tetap ada kekurangannya..jika tidak dikawal dengan baik..Bukan seperti situasi di atas saja..Kadang-kadang nak bertanya dengan orang yang kita tak kenalpun sekalipun perempuan tetap malu..itu susahlah..Ia akan membuatkan seseorang itu rasa lebih rendah diri, rasa tak yakin diri, serta selalu bergantung dan menyusahkan orang lain..kan tak baik itu..

Saya terfikir akan persoalan itu bila kawan saya tanya saya, "Macammana nak hilangkan perasaan malu bila bercakap di depan?Saya nak jadi macam awak..boleh present kat depan.."

Saya katakan pada dia, "Bila kat depan, malu tetap ada tapi,perasaan gemuruh itu menutup rasa malu dalam diri saya.."

Dia balas.."Macammana pula tu?Awak boleh cakap kat depan tapi saya tak boleh..saya malu...Bila malu saya cepat gemuruh..sebab tu saya tak boleh present dengan baik.."

Saya mengannguk.."Betul juga.. Saya cuma practise banyak kali..sebelum saya bercakap..Saya bayangkan orang yang nak dengar nanti mesti faham apa yang saya nak cakap.."

Dia menjawab.."Agaknya,belum cukup practise ya..Awak practise berapa kali?"

Saya menggeleng kepala.."Saya tak perlu kira berapa kali perlu practise..tapi sampai saya rasa saya dah cukup bersedia..Awak kena tahu,ada orang yang dilahirkan boleh bercakap tanpa perlu menghafal dan membuat latihan..orang itu memang banyak ilmu dan asyik bercakap saja jadi dia tak rasa gemuruh untuk bercakap di hadapan..Tapi, untuk orang yang macam kita ni,pemalu,pendiam, tak rajin bercakap kita kena berusaha lagi banyak daripada mereka..tak apa saya akan tolong awak.."

Apapun saya pasti, semua orang mempunyai perasaan malu lagi..Saya juga akan cuba baiki diri untuk mengawal perasaan malu ini..Susah sebenarnya kalau terlalu malu..tapi nak buat macammana inilah diri saya..^^,

20 January, 2012

Belum sampai masanya lagi..=)

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..

Apa khabar semua..Harap semua sihat-sihat belaka..Doakan saya supaya segera sembuh tau..Dah seminggu sakit ni tak baik-baik lagi..Sebab itu saya langsung tak berkesempatan untuk menulis blog..Macam yang semua tahu saya sudahpun mula bercuti..Dah seminggu lebih saya di rumah..Final dah tamat..Alhamdulillah..Tolong doakan kejayaan saya ya..Saya tak pandai pun tapi saya sudah cuba semampu saya..Insya-Allah^^,
  

Tugas saya setiap hari seperti biasa,ambil adik di sekolah, kemas rumah, masak nasi..dalam keadaan sakit,memang ianya agak meletihkan, tapi saya rasa saya mampu bertahan lagi..Insya-Allah^^,
Tambah kereta satu lagi tiba-tiba rosak..Alkisahnya,kereta itu mak yang guna untuk ke sekolah..Mak sedar kereta itu ada yang tak kena jadi mak pergi berhenti tepi jalan..tiba-tiba berkepul-kepul asap keluar dari bonet depan kereta..Saya sendiri tak tahu seteruk mana kerosakkan tersebut tapi syukurlah mak cepat sedar sebelum berlaku apa-apa kejadian yang tak diingini..Dan kini saya terpaksa ambil semua sekali disekolah..nasib baik esok cuti raya cina..^^,


Tadi masa saya ingin mengambil adik disekolah,keadaan sangatlah sesak dengan kenderaan..Maklumlah hari Jumaat kan..Sampai di suatu simpang,didepan saya ada sebuah motor.Pada mulanya dia seperti ingin ke arah kanan tapi semasa saya ingin membelok ke kiri,dia mula menukar haluan juga..melihat itu,saya mula teragak-agak untuk berjalan..Dia hon sambil mengangguk kepalanya..Lalu saya pun meneruskan perjalanan saya..Dan dia mengekori saya dari belakang..

Semasa berhenti di salah sebuah lampu isyarat,saya berpeluang melihat dia dengan lebih dekat..Seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 40 -50 tahun saya kira,ditengahnya ada seorang anak kecil dalam pakaian sekolah dan diapit oleh seorang perempuan dibelakangnya..mungkin isterinya..Semasa saya asyik memerhati,saya lihat dia mendepakan tangannya dan menggenggam tangan berkali-kali seperti sedang bersenam..Mungkin dia sedang membetulkan urat tangannya yang lenguh..


Saya cerita bukan apa,saya sedang merasai apa yang dia rasakan..Letihnya menjadi seorang bapa..Apatah lagi ingin menjadi seorang bapa yang baik..Mungkin saat ini anak kecil di belakangnya itu tidak tahu keletihan seorang ayah tapi saya doakan suatu hari nanti anak itu akan sedar juga..Saya meneruskan perjalanan saya dan lelaki itu dan keluarganya hilang dalam pandangan saya^^,


Saya terfikir, ingin nikah khitbah..tujuannya adalah untuk jaga syariat..tapi bila difikir-fikir kembali apabila sudah bergelar suami isteri,hubungan yang terjalin lebih bebas dan terbuka,bukankah dah ikut syariat?Macamana saya nak jaga study saya?Saya belum sedia untuk hadapi apa-apa kemungkinan..Saya nak fokuskan pada pelajaran dahulu..Alhamdulillah,mak dan abah kenal saya..Abah nak saya habiskan belajar..Saya kena terima pandangan abah dari sudut pandangan seorang lelaki..Kadang-kadang wanita ni cetek sikit pemikirannya..Kata mak pula kalau saya belajar dekat-dekat sini bolehlah difikirkan semula tapi saya belajar jauh..kadang-kadang saja balik..kejap-kejap saja balik..lagipun kami xpernah keluar bersama..kalau bertemu,pasti abah atau mak ada sekali..^^,
Alhamdulillah,tunang saya juga sependapat dengan saya..Saya terima ini mungkin belum sampai masanya.. =)))

Begitulah kisah hidup saya yang berlaku setakat ini..Mungkin ada perkara yang menarik yang berlaku sebelum ini tapi saya dah tak ingat..maklumlah dah terlalu lama saya tak menulis..Maafkan andai ada salah dan silap sepanjang saya menulis..Semoga perkongsian ini menjadi renungan bersama..Tolong doakan yang terbaik untuk saya ya..Insya-Allah..

Wallahualam