Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..
Mata saya memandang beberapa buah buku novel yang tunang saya pinjamkan untuk saya..Takut saya bosan agaknya cuti ni..Hehe..Terima kasihlah ya..
Saya ni kaki novel ke?Dulu rasanya ya..Tapi sekarang rasanya dah kurang sikit..Saya lebih sukakan majalah seperti solusi,Q&A,GenQ atau yang berunsur islamik dan motivasi.Alhamdulillah, buku tersebut banyak membantu saya supaya lebih cekal dalam menghadapi hidup ini..
Kalau novel saya minat novel islamik tulisan tangan Fatimah Syarha,Seindah Mawar Berduri..Sejak saya membacanya saya benar jatuh cinta dengan setiap bait katanya..Tak lama kemudian, sahabat saya menyuruh membaca buku Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul..Saya benar-benar terpengaruh,membayangkan bagaimanalah agaknya zauj saya nanti..Hehe..
Selain itu saya suka juga membaca hasil tulisan Hilal Asyraf seperti Sinergi..Ceritanya banyak menekankan tentang ukhuwah dan nilai persahabatan..Banyak membantu saya dalam membina ukhuwah dengan kawan-kawan saya.
Saya juga mengagumi tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi..Buku-bukunya berunsurkan motivasi.Ruangan Beduk diketuk menjadi pilihan saya setiap kali saya membeli majalah solusi..Tidak ketinggalan juga bukunya yang bertajuk Nota Fikir untuk Zikir..Sangat menarik.Kalau saya mendengar radio IKIM pula saya suka butir bicara Profesor Dr Muhaya..Sangat lembut tapi tegas..
Saya teringat balik pada kali terakhir saya membaca novel jiwang ni..Nak tahu?Ketika itu saya sedang menunggu result SPM..Saya bekerja sementara di sebuah butik tudung..Untuk mengisi masa lapang,saya membeli novel untuk dibaca..Setiap kali dapat gaji, saya pasti akan simpan duit untuk beli sebuah novel.
Suatu hari saya duduk membaca novel..Sedang saya asyik membaca,saya tak sedar ada mata yang memandang saya..Dia menegur saya..
"Dik..nak beli tudung boleh?"
Saya terkejut,lantas segera menutup novel yang saya baru baca..Melihat dia,saya dah kenal..Dialah lelaki yang selalu Kak Ros kenen-kenenkan dengan saya..Dia bekerja satu tempat dengan Kak Ros bekerja.Dia pemalu orangnya..Saya rasa saya agak nakal dulu,saya mengambil peluang untuk mengusiknya..
"Nak beli untuk siapa?Mak ke makwe?"
Dia membalas,"Saja mengusik tengok awak ralit baca novel sampai langsung tak pandang saya.."
"Maaflah..saya memang kalau baca novel saya tak ingat apa dah.."
"Kenapa perempuan suka baca novel ya?Awak rasa wujud ke kisah cinta begitu?Ada ke lelaki yang seperti watak novel tu..Awak percayalah,sampai bilapun awak tak akan jumpa lelaki yang begitu.."
Saya benar-benar terkejut..Dia boleh berfikir sejauh itu..Dia mematikan mood saya untuk membaca lagi..Saya tahu apa yang berlaku dalam novel tidak sama seperti dalam realiti..Penulis yang baik akan berjaya meletakkan pembaca di dalam kisah itu..Apa salahnya berangan..Saya tak pernah mengharap ianya menjadi realiti..Saya tak tahu kenapa saya terasa dengan kata-katanya..Saya mengadu pada Kak Ros.
"Dia sukakan Fatin tu,sebab tu dia cakap begitu.."Kak Ros cuba memujuk.Saya hanya mencebik.
"Saya tak puas hati la..Salahkah saya baca novel?Saya rasa macam kata-kata dia seolah-olah membaca novel ni perkara sia-sia..Saya dah tak ada mood nak baca novel lagi..sebab saya tak dapat menghayati watak novel tu.."
Sejak hari tu saya dah kurang baca novel..Setiap kali nak beli,saya terasa buang masa dan sia-sia saja saya beli..Hehe..Begitulah kisahnya..Saya tak marahkan dia tapi bila difikirkan ada betul juga katanya..Ada masa apa yang kita nak berlaku tak terjadi tapi apa yang kita tak terfikir akan berlaku, itu yang terjadi juga..Maka, kita kena banyak bersyukur..Kebahagiaan itu bukan perlu dicari..Ia datang seiring dengan hati yang pasrah dan redha serta jiwa yang kenal erti syukur.
Pada pandangan saya,hidup ini umpama novel..Ada suka dan dukanya..Itulah yang mewarnai hidup ini..Saya tak mahu kata betul atau salah..Kitalah yang patut bijak mengatur hidup ini..Di situlah letak keindahannya..Saya yakin,kita masing-masing pernah melalui jatuh bangunnya dalam meniti perjalanan hidup ini..Jadi, tak usahlah disesali apa yang dah berlaku..Bukannya kita dapat putarkan masa kembali..Setiap kali teringat kisah lalu,saya sentiasa pujuk hati ini supaya lebih cekal lagi..
Saya bersyukur dangan apa yang saya lalui..Saya hargai ujian dan nikmat Allah setiap detik dan ketika..Saya berterima kasih untuk mereka yang pernah hadir dalam novel hidup saya walau seketika cuma..Kalian mewarnai hidup saya..Saya harap kebahagian yang saya rasakan sekarang tidak akan melekakan diri saya..Teruskan berada di sisi saya ya..
29 January, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment