Love isn't something you find. Love is something that finds you.


13 March, 2014

Aku yang dulu dan sekarang :)


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah..diberi peluang sekali lagi untuk menaip kat blog ni..saya nak type entry laju-laju tau..sebab curi-curi masa je.. takut ralit pula..hihi.. Saya mengaku, sem ni banyak rilek. Tak rasa berat macam yang saya bayangkan. Mungkin sebab kami di tahun akhir.. Kebanyakan lecturer dah tak beratkan kami dengan asaimen. Pembentangan pun mungkin dah tak ada apa sebab rasa biasa dengan suasana pembentangan, dengan kawan-kawan jadi enjoy je belajar.. Alhamdulillah.. :)

Sekarang semua zaman teknologi semua dihujung jari. Maklumat di hujung jari. Asaimen dan kuiz sekarang pun  pakai alam maya je.. Nak tanya lecturer pakai facebook je..Mudah je. Janji ada internet. Baru sedar internet sangat penting zaman sekarang. Kalau tak ade internet.. tak taula nak cakap apa. Even nak contact mak pun pakai internet kot. Senang kalau saya atau mak ke tengah survey barang..atau beli barang persiapan kahwin senang je nak tunjuk. Whatssap sudah.. :)

Banyak nak cerita.. sementara rasa tengah free ni..sebelum kembali busy..kene publish juga sikit..sementara mood tengah nak taip entry pasal kehidupan saya ni, nanti kalau dah tak ade mood, internet slow, sorry la saya nak buka blog..huhu..

Ok, kalau semua nak tahu, banyak perubahan yang berlaku.Salah satu nye saya bertukar spek baru sebab spek lame retak.. Semenjak pakai spek baru ni baru rasa confident nak pakai spek setiap masa. Dulu selalu tak confident nak bergambar pakai spek. Just pakai bila nak drive. Nak tengok gambar lama dengan gambar baru?

Gambar lama. Tudung kadang-kadang kembang bila pakai spek lame ):


Gambar terbaru. Old school fasion :)
 
Lepas tu, boleh tukar warna bila kena cahaya matahari. Kalau tak caya, cube tengok gambar ni.





Nampak tak?Kan warne brown jadinya..Best rasanya. Nasib tak mahal. Macam spek lama tu nak dekat RM400. Spek baru ni RM218 je termasuk jadi kaler brown..Alhamdulillah. Tauke cina tu baik pandai layan custumer. Siap bagi free gift lagi. Thank you for spek yang supperb ni..huhu..

Okla, tu saja dulu.. Nak cite pasal spek je..hihi..tah ape-ape kan?nanti saya sambung cerita lagi kat sini.. Next entry pasal birthday pula tau.. Nak masuk kat sini rasa panjang pula nak cerita..So, next entry kita story puas-puas ok? Tapi tak janji bila. Cepat atau lambat, tunggu je la ye.. ^_^

Preview : 23 tahun sudah :)
Wallahualam.