Pagi tadi kami sekeluarga berjogging di Taman Tasik Taiping.Itu aktiviti riadah kami di hari minggu.Semasa berjogging duit ibu telah tercicir.Malang tidak berbau.Niat ibu untuk membelanja kami semua di warung tidak kesampaian.Kata ibu, selain untuk menguatkan ukhwah antara kami dan demi kesihatan tubuh kami,ibu mahu meraikan kerjanya yang sudah siap disamping mengucapkan terima kasih kerana membantunya menyiapkan kerja-kerjanya.Nampaknya tiada rezeki.
Tiba-tiba entah kenapa ayah singgah juga ke warung makan.Pagi itu kami bersarapan nasi lemak di luar.Terima kasih ayah.Sedap sungguh.Bak kata orang,kenyang perut suka hati!Kemudian ayah merancang untuk bermain boling bersama-sama.Itupun jika ada masa.Aku menyokong.Bagus juga dapat bermain boling bersama keluarga.Baik ayahku mahupun ibuku,masing-masing sibuk dengan kerja mereka.Ini adalah peluang yang terbaik untuk kami berkumpul dan merapatkan hubungan kami sekeluarga.Sementara cuti sekolah belum habis.
Hahh..Alamak!!Cucurku dah nak hangit..Huhh..nasib baik aku cepat sedar.Itulah,orang tua cakap jangan berangan di dapur.Aku memarahi diriku atas kecuaianku.Harap ibu tak marah!:)Apapun,aku sayang keluargaku!
No comments:
Post a Comment