Mimpi aku baru-baru ni agar kelakar dan tak masuk akal..Tak perlulah aku ceritakan,kerana sememangnya tak ada kaitan langsung..Bila aku ceritakan semula perihal mimpi tersebut,adikku mentertawakan aku..Sebab aku menceritakannya dengan penuh semangat sekali agaknya..Apapun,selepas aku menceritakannya atau meluahkannya aku rasa lega dan puas..Kenapa ya?Aku pun terfikir-fikir.Lalu aku cuba mengkaji semula mengenai mimpi.
Pada pandangan aku,mimpi muncul dalam keadaan tidak sedar (tidur) dan pada saat fikiran berada di luar kendali akal sihat (di mana semua kesadaran itu didominasi oleh otak kiri). Mimpi merupakan sebahagian dari dunia kita yang lain.
Mimpi merupakan daya imaginasi otak atau alam bawah sedar kita, semua hal-hal dari yang wajar sampai yang aneh pun muncul, ataupun pengalaman-pengalaman masa lalu yang terakam di otak dapat terulang kembali dalam mimpi. Atau, ketika kita bangun kita masih "mengingat mimpi kita", Ini membuktikan bahawa bahagian alam sedar kita masih berhubungan dengan alam bawah sedar kita.
Menurut kajian biologi,jika kita masih boleh bermimpi menunjukkan fungsi otak kanan masih berjalan (daya imaginasi) dengan baik. Daya kreativiti dan imaginasi muncul dari otak kanan kita. Mimpi yang aneh, dahsyat, luar biasa, menunjukkan otak kita berdaya kreatif untuk menciptakan hal-hal yang unik .Tetapi, otak kanan boleh juga terpengaruh oleh otak kiri "yang mudah stress", dan bertukar menjadi mimpi buruk.
Setelah aku mengkaji serba sedikit,baru aku faham yang mimpi mengaplikasikan mood kita.Dalam mimpi yang aku alami,aku sedar..macam-macam mood aku ketika berada dalam mimpi seperti mood sedih,happy,marah,benci,suka,ingin tahu,ingin cuba dan macam-macam..Dan apabila aku menceritakan semula mimpi tersebut,aku membawa keluar sekali mood yang ada..Sebab itu aku rasa puas bila dapat luahkannya walaupun ia sekadar sebuah mainan tidur!

Tetapi sebaliknya,bagi yang tidak mampu mengekpresikan atau melepaskan mood mereka kepada orang yang berkenaan,maknanya mereka jenis yang senyap dan bersabar saja,mereka akan memendam mood tersebut dalam fikiran mereka..Contohnya,bila mereka marahkan seseorang,mereka cuma bersabar dan memendam perasaan..Akibatnya,mereka mula rasa tertekan atau stress..Akhirnya,terbawa-bawa dalam mimpi..Kemudian mimipi tersebut akan mengaplikasi semula mood yang tidak berjaya dikeluarkan ketika di alam sedar..Sebab itu,sesudah bermimpi,seseorang itu rasa lega kerana mood tersebut telah berjaya dikeluarkan dari fikiran kita..lebih-lebih lagi kalau diluahkan pada mereka yang terlibat..Mungkin orang tersebut tidak akan tahu,jadi perkara yang buruk tak akan berlaku sebaliknya akan menjadi bahan ketawa pula,tak apalah janji kita juga tidak lagi stress.Betul tak?
No comments:
Post a Comment