Semasa aku menonton televisyen tadi,aku terberhenti pada channel yang sedang menayangkan rancangan magic oleh ahli silap mata yang terkenal iaitu David Blaine.Aku tidak mahu sentuh mengenai magic yang dilakukannya,cuma aku tertarik pada kata-katanya yang dapat kusimpulkan iaitu dalam segala hal kita kena bertenang dan cuba mengawal pemikiran kita.Apa yang kita fikir adalah berpunca dari akal kita.Kalau kita rasa ia sakit,buatkan ia rasa tidak sakit.Kita cuma perlu yakin.Sesiapa saja boleh lakukannya!
Maka aku cuba tidak memikirkan kesakitan itu.Aku mengawal fikiran dengan bertenang.Deria yang sepatutnya sampai ke akal fikiran ialah rasa sakit tapi aku dengan yakin menidakkannya.Ianya tidak sakit lagi dan ia terbukti betapa peranan akal berjaya mengurangkan kesakitan yang aku alami.Apapun aku akan terus berdoa agar sakit gigiku akan segera sembuh.Insya-Allah!
No comments:
Post a Comment