Love isn't something you find. Love is something that finds you.


17 November, 2011

Setulus ingatan..

Dua ketiga hari ini,air mata saya mudah benar mengalir..Saya pelik..dulu saya tidak selemah ini..Pantang bila saya menceritakan perihal keluarga, serta merta hati terasa sebak..Nak kata rindu,tak juga..kalau rindu tak mungkin sampai menangis..
Sebak rasanya bila fikirkan pengorbanan orang-orang yang saya sayangi..terasa dalam kekurangan itu sebenarnya saya adalah insan yang bertuah memiliki mereka..Meskipun belum cukup sempurna tapi saya yakin setiap kelemahan itu ada sebabnya..Saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat keluarga tercinta..Ya Allah,kurniakan daku sebuah keluarga yang sakinah, mawadah wa rahmah..yang sentiasa dinaungi oleh cahaya hidayah dariMu..Amin ya Rabbal Alamin!
Serta merta fikiran saya teringatkan Anna..Gadis kecil itu pantang sekali dipanggil kecil..Baginya itu satu kelemahan yang sangat dibencinya..Anna seorang gadis yang tabah tapi penuh keazaman..Disebabkan saiz tubuhnya,Anna punya  rasa rendah diri yang cukup tinggi dan kurang keyakinan pada dirinya manakala sentiasa memandang negatif kepada lelaki adalah sifatnya.Tapi dia memang seorang pendengar yang baik dan sangat-sangat takutkan Allah..Sayangnya saya pada Anna..
Sofia..Dia senyap tanpa berita..Salah saya tidak selalu menghubunginya..Rindunya saya pada suara manjanya..Rindunya saya pada pelukan ,keletah dan gurauannya yang penuh ceria..Katanya mekar, indah, cantik, lembut dan berhikmah..seperti orangnya..Dia tabah.Dia kuat!Kagum sungguh saya pada semangatnya.Ah, ingin sekali saya menjadi sepertinya..Tapi..saya malu pada diri sendiri..Saya tak sehebatnya dalam berukhwah..Hati saya sering  berbisik,siapakah lelaki bertuah yang bakal memilikinya nanti ^_^ 
Rasa cemburu saya pada peribadi mereka meluap-luap..Cemburu bukan kerana benci tapi cemburu kerana kasih..Saya  sangat mencintai mereka..Sahabat yang sering mengingatkan saya pada  akhirat.Ya Allah..indahnya persahabatan ini..Mudah-mudahan kekal abadi!

Sebuah bingkisan hati untuk kalian..Hayatilah sahabatku..

Indahnya kehidupan ini..
Aku sedar jiwaku mendekati Penciptaku sejak aku bertemumu..
Engkau menjadi penguat semangatku tika ujian datang bertimpa-timpa..
Mengingatimu cukup menenangkan hatiku..
Sungguh..Aku merinduimu sahabatku dunia akhirat..
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat untukku..
~Fathin Saidin~


10 November, 2011

Bersiap untuk kembali!

Assalamualaikum..


Apa khabar semua?Bagaimana dengan cuti?Best?Raya?Ok?Apapun saya nak kita menghayati maksud pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail serta Siti Hajar.Bila difikir-fikirkan balik..banyak benda yang kita lalui ini memerlukan pengorbanan..Untuk mengorbankan sesuatu yang kita sayang,sememangnya memerlukan kekuatan dalaman yang teguh,betul?

Entahlah apa yang menganggu fikiran saya..Manusia memang banyak berfikir,bukan?Lebih tepat lagi,wanita lebih banyak berfikir,bukan?Dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya..dari seremeh-remeh hingga sepenting-pentingnya..Kaum wanita terutamanya,suka sangat risaukan apa yang difikirkan orang lain dari apa yang dia fikirkan..Pada kita,pendapat orang lain lebih benar, tepat dan bernas..Mengapa agaknya ya?Susahnya untuk meyakini kata hati sendiri!Bukankah Allah itu ada??Lalu yakinlah pilihan Allah untuk kita dengan hati yang redha..Baik buruk itu juga atas izin Allah,bukan?

Saya menggeleng-geleng berkali-kali..Sekejap menarik nafas panjang,kemudian lambat-lambat saya menghembus..Fikiran melayang lagi...Saya tiba-tiba rasa rendah diri yang teramat sangat..Pujian demi pujian yang saya terima buat saya bimbang andai ada takbur dan riyak yang terhijab dalam hati ini..Sungguh,saya bimbang setiap kali saya dipuji..Saya tak mampu mengatakan jangan kerana,perkara baik itu bukankah satu doa juga buat saya?Tapi dalam hati saya cuba istighfar sebanyak mungkin..


Saya bukan seorang yang sempurna..sebaliknya saya sedang berusaha untuk menjadi sempurna..Saya tahu kelemahan saya..Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk merubah kekurangan itu..Seorang sahabat pernah memberitahu saya, kalau kita tidak mampu untuk mengubah kekurangan diri,cukup sekadar kita mengakui kekurangan diri itu bukan cuba untuk berbangga dengan kelebihan yang lain..Sesungguhnya sifat bangga diri sangat dibenci Allah SWT..

Esok saya akan kembali ke UniSZA..berkobar-kobar pula semangatnya!Saya tak akan sia-siakan peluang yang ada ini..Saya akan belajar bersungguh-sungguh..Saya tidak bijak tapi saya akan lakukan yang terbaik!Saya cuma ada tiga tahun lagi untuk merasai penat lelah zaman belajar..Saya tidak henti-henti berdoa agar Allah membantu saya untuk tetap pada jalannya sehingga sampai ke matlamat utama hidup ini..Semoga Allah permudahkan langkah saya..Amin!Insya-Allah..Itu doa dan harapan saya^_^

Setakat ini dahulu,saya akan menulis lagi akan datang jika ada kesempatan dan ruang lagi..Terima kasih dan Selamat Hari Raya AidilAdha!Maaf Zahir dan Batin!


Wallahualam.