Dua ketiga hari ini,air mata saya mudah benar mengalir..Saya pelik..dulu saya tidak selemah ini..Pantang bila saya menceritakan perihal keluarga, serta merta hati terasa sebak..Nak kata rindu,tak juga..kalau rindu tak mungkin sampai menangis..
Sebak rasanya bila fikirkan pengorbanan orang-orang yang saya sayangi..terasa dalam kekurangan itu sebenarnya saya adalah insan yang bertuah memiliki mereka..Meskipun belum cukup sempurna tapi saya yakin setiap kelemahan itu ada sebabnya..Saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat keluarga tercinta..Ya Allah,kurniakan daku sebuah keluarga yang sakinah, mawadah wa rahmah..yang sentiasa dinaungi oleh cahaya hidayah dariMu..Amin ya Rabbal Alamin!
Serta merta fikiran saya teringatkan Anna..Gadis kecil itu pantang sekali dipanggil kecil..Baginya itu satu kelemahan yang sangat dibencinya..Anna seorang gadis yang tabah tapi penuh keazaman..Disebabkan saiz tubuhnya,Anna punya rasa rendah diri yang cukup tinggi dan kurang keyakinan pada dirinya manakala sentiasa memandang negatif kepada lelaki adalah sifatnya.Tapi dia memang seorang pendengar yang baik dan sangat-sangat takutkan Allah..Sayangnya saya pada Anna..
Sofia..Dia senyap tanpa berita..Salah saya tidak selalu menghubunginya..Rindunya saya pada suara manjanya..Rindunya saya pada pelukan ,keletah dan gurauannya yang penuh ceria..Katanya mekar, indah, cantik, lembut dan berhikmah..seperti orangnya..Dia tabah.Dia kuat!Kagum sungguh saya pada semangatnya.Ah, ingin sekali saya menjadi sepertinya..Tapi..saya malu pada diri sendiri..Saya tak sehebatnya dalam berukhwah..Hati saya sering berbisik,siapakah lelaki bertuah yang bakal memilikinya nanti ^_^
Rasa cemburu saya pada peribadi mereka meluap-luap..Cemburu bukan kerana benci tapi cemburu kerana kasih..Saya sangat mencintai mereka..Sahabat yang sering mengingatkan saya pada akhirat.Ya Allah..indahnya persahabatan ini..Mudah-mudahan kekal abadi!
Sebuah bingkisan hati untuk kalian..Hayatilah sahabatku..
Indahnya kehidupan ini..
Aku sedar jiwaku mendekati Penciptaku sejak aku bertemumu..
Engkau menjadi penguat semangatku tika ujian datang bertimpa-timpa..
Mengingatimu cukup menenangkan hatiku..
Sungguh..Aku merinduimu sahabatku dunia akhirat..
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat untukku..
~Fathin Saidin~
No comments:
Post a Comment