Love isn't something you find. Love is something that finds you.


02 December, 2011

♥Hatiku bukan lagi RAHSIA ^_^

Andainya dapat engkau mendengarkan Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

Aku masih mencari dan belajar tentang kehidupan..Benar kata orang,kehidupan ini tidak semudah yang disangka..Dalam pencarian itu, aku pelajari banyak perkara..Pengalaman mendewasakan aku.. Kini, sudah sampai masanya aku ingin berkongsi dengan semua apa yang kupendam selama ini..sebagai pedoman dan pendorong untuk suatu masa nanti..Mungkin satu hari nanti,kalian akan merasai apa yang aku rasai ketika ini..disaat ini..Insya-Allah..


Khas untuk Putera Idamanku,


Ketahuilah aku hanyalah sekuntum bunga yang baru ingin mekar berkembang..Maka aku perlukan pelindung untuk melindungi dan memeliharaku..Benar engkau yang kupilih diantara kumbang-kumbang yang hadir disekelilingku..Bukanlah aku pinta dirimu merasa bertuah,tapi kusedar diriku juga tidak layak untukmu..Tapi dirimu tegas mengatakan kita boleh saling melengkapi..Aku pegang kata-katamu itu..
Tidak mungkin aku menyesali kerana menerimamu,apatah lagi aku bersyukur kerana engkau memilihku..Namun selagi bergelar manusia yang lemah,tidak dapat aku sembunyikan getaran yang maha hebat dalam hatiku..Bimbang salah memilih..Tapi aku yakin,Allah yang menggerakkan hatiku untuk memilihmu..Aku serahkan segala urusan ini untuk Yang Maha Kuasa..Maka,jangan engkau bimbang..perasaan ini hanya akan terubat hanya jika engkau berupaya membuktikan sesuatu untukku..Apa yang aku pinta ini tidak susah..iaitu, biarlah ilmu agama yang kau miliki selari dengan amalan dan akhlakmu sehari-hari..tidak susah,bukan?Tidakku pinta seorang ustaz yang namanya disebut-sebut atau diseru-seru..kerana aku yakin,bukan gelaran ustaz itu yang membahagiakanku..tapi akhlak dirimu itu yang akan membuatkan aku selamat dalam jagaanmu kelak..Bukan juga gelaran Dato' atau Tan Sri yang aku dambakan..tidak sama sekali..cukuplah nafkah yang bakal kau beri padaku nanti dari rezeki yang halal..
Andai tempoh hubungan kita ini masih panjang dan jauh..maka janganlah kita ceroboh benteng maksiat dan sentiasa pelihara hubungan daripada maksiat dengan benteng iman dan taqwa..gunakanlah masa yang masih ada ini bukan untuk mengenali kelemahan dan kekurangan pasangan kita sebaliknya kita perbaiki kekurangan dan kelemahan diri masing-masing.Andai diriku senyap tanpa bicara,bukan beerti aku suka ataupun sebaliknya,tapi aku mahu kita sama-sama fikirkan kalaulah kita di tempat pasangan kita,sukakah dia melihat kita melakukan perkara tersebut?Aku belum mampu mengkritik dirimu selagi engkau belum menjadi milikku secara halal..Maka,aku tiada hak untuk mengongkong hidupmu menurut percaturanku..Aku juga yakin,tiada manusia yang dilahirkan sempurna..begitu juga diriku..
Apabila aku didekati oleh sang kumbang yang lain, tidak perlu kukatakan, "Maaf..diriku sudah berpunya.."Kerana diriku masih dimiliki oleh keluargaku..hatiku masih dalam jagaan Allah..sehinggalah kita benar-benar disatukan secara halal!Insya-Allah..Jadi,janganlah engkau marah..janganlah engkau bimbang..andai benar jodoh milik kita berdua,apa juga yang datang kelak tak akan mengganggu perasaanku..kerana aku berpegang,kalau suka jumpalah ayah dan bonda..aku tidak akan berkawan dengan orang yang tidak mempunyai matlamat dan melalui cara yang salah..apatah lagi tanpa restu orang tuaku..Sekali lagi,jangan risau..cincin dijari manis ini akan kekal di jariku sehingga sampai masanya..Bukti diriku sudah diikat olehmu..Yakinlah sekali lagi..Doa berterusan..Allah pasti akan menjagaku..
 


Tipulah kalau aku katakan yang aku tidak pernah terfikirkan tentang kita..Tapi aku harus bijak merencana hidupku ini..Aku meminta untuk diberi peluang mencapai cita-citaku tapi Allah berikan juga kemudahan dalam mencari jodoh..Aku terima dalam hati dengan penuh kesyukuran..Aku mengasihani dirimu..tapi jika engkau benar-benar yakin aku jodohmu, aku minta dirimu bersabar menantiku sehingga selesai amanahku disini..Aku tidak suka membuaikan perasaanku dengan halwa yang manis darimu semata-mata..bukan bermakna aku tidak punya perasaan..Aku lebih suka mengadu rasa rindu dan sayangku pada Allah..Aku harap dirimu tidak mencemburui cintaku pada Allah yang utama melebihi cintaku padamu..untuk selamanya akan kekal begitu..
Biarlah aku menagis dan menyembunyikan segala perasaan indah padamu sekarang daripada tersenyum bahagia kerana bebas meluahkan isi hatiku dengan hubungan yang belum pasti lagi akhirnya nanti..Aku bimbang, kita berdua akan kalah dengan perasaan masing-masing..Aku bimbang segalanya akan pudar sedikit demi sedikit..Aku bimbang akan hilang getaran hebat yang aku impikan selama ini..Biarlah aku merasainya nanti..bukan sekarang..Aku tahu engkau memahami diriku..dan teruskan mendoakan agar diriku tetap di atas landasan yang benar..Kau dan aku..Insya-Allah akan disatukan dengan izin Allah..dengan restu orang tua kita..
Setakat ini..Alhamdulillah..aku bersyukur dengan apa adanya engkau..Terima kasih untuk segalanya yang engkau lakukan untukku..Minta maaf andai membuat engkau bimbang selalu..


Wallahualam..


No comments:

Post a Comment