Love isn't something you find. Love is something that finds you.


22 December, 2011

Jauhnya Menuju Al-Falah ya Allah...

Assalamualaikum..


Apa khabar?Sudah terlalu lama saya tidak mengupdate blog kesayangan saya ini..Bukan apa..saya sangat sibuk sekarang ini..Alhamdulillah..Sudah selesai kuliah untuk semester pertama..Mulai esok, bermulalah study week buat semua pelajar..Maka,saya ambil kesempatan untuk balik sekejap ke kampung..Nak berjumpa bonda dan ayahanda tercinta..Nak menatap wajah mereka..Nak mohon restu mereka..Baiklah..sebenarnya, sudah terlalu lama saya ingin bicarakan soal ini sebenarnya..mengenai KEJAYAAN..Saya sering tertanya-tanya, bilakah kita akan merasa puas dengan diri kita???


Sebelum saya menulis..saya ingin ucapkan tahniah buat satu-satunya adik perempuan yang saya miliki..NURFARAHIN..Kamu memang hebat!..Semoga berjaya masuk MRSM!Kakakmu akan sentiasa mendoakan kejayaanmu..Harap sangat kamu bantu kakak..Kakak tak pandai macam kamu..Tapi kakak tahu kamu memang dah berusaha banyak..So, Tahniah ye^^,


Termenung saya melihat diri saya..Saya tidak bijakkah?Kenapa ya?Bencinya saya pada soalan ini...Kenapa saya sering bertanya soalan itu pada diri saya?Kenapa saya suka merendahkan diri saya?Kenapa saya tidak percayakan kemampuan diri saya sendiri?Dan kenapa saya suka membandingkan diri saya dengan kawan-kawan saya?


Tak bolehkah saya yakin pada Allah yang mana kejayaan saya tak semestinya sekarang?Susahkah nak terima keputusan itu dengan hati yang redha dan ikhlas?Mudah sungguh berputus asa setiap kali gagal..Bagaimana nak berjaya kalau hati dan semangat serapuh ini?


Sungguh..cemburunya bila melihat orang sekeliling kita melebihi kita..Tapi kita??Ini saja yang kita dapat jawab??Ini saja yang kita betul??Ini saja yang mampu kita selesaikan??Apa yang kita dah belajar selama ini??Kenapa kita tidak menjawab dengan baik??


Ya Allah..kurniakanlah rasa cinta dan kasihku pada ilmuMu ya Allah..Letakkanlah aku bersama dengan mereka-mereka yang berjaya..Aku mohon sungguh-sungguh..Izinkanlah aku mengecapi rasa bahagia atas usaha gigihku ya Allah..Aku ingin sangat berjaya seperti orang lain..Ya Allah,tenangkanlah hati ini menghadapi hari-hari peperiksaan yang mendatang nanti..Engkau berikanlah kekuatan untukku dan pertolongan untukku ya Allah!


Ya Allah..bukanlah aku ingin berjaya kerana ingin menunjuk pada dunia akan kejayaanku..Tapi cukuplah aku berpuas hati pada diriku sendiri kerana telah berjaya memberi kebahagiaan kepada orang tuaku..Merekalah yang sepatutnya merasa lebih bahagia akan kejayaanku..Aku ingin melihat mereka bahagia..Tolonglah ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..Dan juga kalaulah ada rezekiku untuk berbakti pada agama,Maka Engkau permudahkanlah langkah ini menuju kejayaanMu Ya Allah..Ya Muhaimin..


Sungguh,aku risau pada peperiksaan yang akan datang..Aku bimbang pada semangatku yang mudah rapuh..Aku perlukan doa dari semua..agar aku dapat bertahan..sehingga bertemu dengan Al-Falah..Tuhan..Engkau lebih berhak mengukur segala rasa yang ada dalam hatiku..Engkau lebih berhak mengukur segala ilmu yang ada dalam fikiranku..Malah Engkau lebih berhak memberi kejayaan yang sesuai dengan kemampuan diriku..Tidakku harap lebih,kerana aku sedar diriku setakat yang mana..Ya Allah..tolonglah makbulkan doaku..Izinkanlah aku merasai kemanisan sebuah KEJAYAAN itu..Walaupun jauh..walaupun lama,aku akan tetap sabar menempuh hari yang mendatang sehingga tiba hari yang kuimpikan..Segulung jazah menjadi milikku..InsyaAllah..Amin Ya Rabal Alamin!


Wallahualam=))

No comments:

Post a Comment