Love isn't something you find. Love is something that finds you.


24 February, 2012

Selamat ulang tahun ke 21 tahun Atin!

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..

This is my campus life..Kredit buat sahabat saya(rahsia) kerana memberi hadiah ini  untuk hari jadi saya^^,
Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya,saya masih lagi diizinkan Allah untuk terus mengabdikan diri kepadaNya..Syukur yang tidak terhingga kerana menghadirkan kedua ibu bapa saya yang telah membesarkan diri saya sehingga apa adanya saya sekarang..Tidak dilupakan juga,insan teristimewa dalam hidup saya..terima kasih kerana sentiasa di sisi saya..Juga buat sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan yang mengenali diri ini..doa kalian dan doaku sentiasa mengiringi..Saya sayang semua!

Saya tidak mengharapkan hadiah yang mahal-mahal..Cukuplah hadiah itu adalah sesuatu yang membuatkan saya mengingati anda setiap masa..Pada saya hadiah yang paling mahal adalah doa kalian..Kepada yang memberikan hadiah,terima kasih banyak-banyak..Saya suka sangat-sangat,sekalipun cuma sekeping kad sahaja atau sebuah ucapan..Saya terharu dengan ingatan ikhlas dari semua..Selama kita berkawan,anggaplah gurauan-gurauan saya cuma untuk merencahkan kehidupan ini..Jangan ambil hati ya..

Buat tunang yang dikasihi,bertambahnya umur ini saya harap bertambah juga rahmat dan kasih sayang Allah dalam hubungan yang dibina..Saya sedaya upaya cuba untuk menjadi pedamping yang terbaik buat dirimu..Tiada kata yang mampu saya ucapkan melainkan kehadiranmu adalah hadiah yang paling besar dalam hidup ini..^_^

Perjalanan saya masih jauh..Impian saya terlalu banyak..Cita-cita saya tinggi menggunung..Saya jatuh..Saya bangun..Sungguh hidup ini tidak mudah..dan saya juga tidak kuat..Tapi saya mampu berdiri semula dengan izin Allah serta doa mereka yang tersayang.Saya berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan makbulkan doa saya..Saya ingin perbaiki kelemahan dan pertingkatkan kelebihan saya..Itu harapan saya untuk tahun ini..Semoga saya menjadi insan yang lebih cekal dan tabah di masa hadapan!Amin ya Rabal Alamin.

Kata-kata semangat saya..
Hebatnya sarang lebah bermula dengan setitis madu dan usaha yang berterusan lalu memberi khasiat yang tinggi kepada manusia...Sanggupkah kita mengumpul ilmu seperti lebah mengumpul madu dan dan memberi manfaat yang banyak kepada manusia?Yang bulat tak datang bergolek,yang pipih tak datang melayang..Kejayaan hanya datang pada mereka yang pernah gagal sebelumnya tapi terus berusaha tanpa putus asa.

Saya belanja kek ya..ambillah rasa sorang sikit..okay!
Macam pernah tengok je kek ni..hmm..Nyum2

15 February, 2012

Cas semula bateri untuk terus hidup..

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..

Saya sedang menghitung hari untuk pulang ke Unisza..Saya rindukan bilik saya..Masa untuk saya belajar..Masa untuk saya bergurau dengan kawan-kawan dan paling penting masa untuk saya bersendirian..Apabila sudah berada jauh nanti,mulalah rasa sedih mengingatkan disini pula..mulalah terasa susah payah ibu bapa mencari duit untuk menanggung pembelajaran saya..Bila difikirkan semula,duit memang sangat penting..ada duit banyakpun susah..tak ada duit lagi susah..Aduhai,duit..oh,duit!

Saya ingin berkongsi bagaimana saya mencas semula bateri dalam diri saya supaya sentiasa bertenaga dalam menjalani hidup..Saya akui,ada masa saya menjadi letih dan bosan untuk melakukan hal yang sama...Saya bukannya robot yang tidak punya perasaan..Terutama apabila berdepan dengan konflik perasaan..seringkali saya akan hilang pertimbangan..akibatnya,orang lain yang menjadi mangsa..

Tapi baru-baru ini saya menggunakan cara ini setiap kali saya hilang tumpuan,lemah,malas dan sebagainya.. Hati kita di sebelah kiri.Saya ambil tangan kanan dan letak di dada kiri..Saya bisik perlahan,cukup saya saja yang dengar..

Ya Allah..hati ini berhak bahagia..

Hati ini ingin disayangi..

Hati ini tidak mahu disakiti..

Hati ini takut dikecewakan..

Kemudian,peluk tubuh erat-erat dan katakanlah,

Saya sayangkan diri saya..

Saya cintakan diri saya..

Sebanyak mana yang ingin dikatakan..Cas diri menjadi positif..InsyaAllah,kita akan kembali bertenaga..Kata orang,kalau kita sayang diri kita sendiri..cas positif akan pergi kepada orang disekeliling kita dan kita pasti disayangi juga..Mudah-mudahan Allah pelihara hati ini dan diri ini supaya hidup ini tidak menjadi sia-sia..Teruskan  angan-angan dan cita-cita..jangan pernah berpatah balik sehingga impianmu tercapai!


Fikirkan hal-hal yang paling hebat,dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi.Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.


Selamat Mencuba!

08 February, 2012

Suntikan motivasi sebagai pembuka semangat!

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..




Dalam kehidupan kita ini, kadangkala kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan dan melenakan. Kita harus rela untuk meninggalkan tingkahlaku lama kita agar kita dapat mula terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan.

 

Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk belajar perkara-perkara yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah bakat baru dan menatap masa depan dengan penuh keyakinan.
Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan andalah penguasa atas diri anda.Jangan biarkan masa lalu menumpulkan asa dan melayukan semangat kita. Maka itu, kita harus berubah!


07 February, 2012

Lembutkan hati ini..

Bismillahirahmanirahi..Assalamualaikum..

Pertama-tamanya,saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dipinjamkan sedikit rasa bahagia atas kejayaan yang cuma sementara ini..Saya dah berusaha sebaik mungkin..Alhamdulillah,hasilnya result yang memuaskan..Saya tak tahu orang lain,tapi saya yakin selain usaha saya,doa-doa dari orang tersayang juga sangat membantu..Semuanya atas izin Allah juga..Bila rasa syukur diletakkan dalam hati..saya cukup bahagia.

Paling penting..Kawan-kawan sekampus dan pensyarah harus diberi kredit ..sudi berkongsi apa jua ilmu dan maklumat..Tidak dilupakan sahabat roomate saya..sudi meminjamkan rumah dan katil untuk berteduh sepanjang minggu peperiksaan..Bila Allah datangkan ujian,tinggal Allah yang menjadi tempat bergantung,maka,Allah hantarkan bantuan pada kita dalam apa jua bentuk termasuklah memberi ketenangan semasa menjawab soalan..Alhamdulillah..

Saya perasankan sesuatu..Saya ni berhati lembut..Maaf bukan propa..tapi kenyataan..Itu bahasa cantik..bahasa kasarnya..mudah terpengaruh..Kalau ia membawa kebaikan dan menguntungkan saya boleh terima..tapi, kalau ia merugikan..memang tak senang duduk saya..rungsing je memanjang..tambah saya ni banyak berfikir bila sesuatu dahpun berlaku..sebelum berlaku tak nak fikir masak-masak..Itu kelemahan saya yang nyata..

Menyesal?Harap saya tidak menyesal apatah lagi menyalahkan takdir..Saya yakin semua yang berlaku atas kehendak Allah..Yang tersalah itu saya jadikan pengajaran..yang dah betul tu, saya jadikan pengalaman..Begitulah cara saya pujuk hati..Saya kuat..Insya-Allah..Selagi saya jadikan Allah tempat bergantung, saya mampu untuk hadapi semua halangan yang datang.. Saya sedar Allah sentiasa bersama saya,bilamana hati saya benar-benar perlukannya..satu-persatu masalah itu selesai dengan sendirinya..

Saya selalu berdoa agar Allah lembutkan hati ini untuk menyukai apa yang tidak saya sukai..Sedangkan batu yang keras itu akan lekuk juga bila air yang lembut itu menitis diatasnya,begitu jugalah hati manusia..Saat kemenangan bagi saya bila sesuatu yang membuatkan saya marah,saya dapat atasinya dengan cuba bersabar!Saya puas!Percayalah,kalau kita sedang marahkan sesuatu, kita lepaskan kemarahan tersebut tanpa kawalan,kita tidak akan pernah merasa puas..malah akan semakin membuak-buak sehingga kadang-kadang membina api dendam dalam hati..

Selembut mana juga hati ini..tidak akan menghilangkan rasa ego dalam diri..Ego,perlu ada supaya kita tidak dipergunakan dan diperkotak-katikkan..Kalau sudah terlalu baik sangat-sangat..susah juga kan..rugi lah kehidupan di dunia ini..Kita harus bijak mengawal Ego itu,kerana kalau terlalu tinggi,ego itu akan memakan diri kita sendiri..Allah jadikan wanita itu miliki hati yang lembut lebih dari lelaki..Maka, lelaki,janganlah ambil kesempatan untuk melukakan hati mereka..kerana boleh jadi,hati yang lembut bila terluka,sukar dipulih kembali..

Wallahualam..