Love isn't something you find. Love is something that finds you.


15 February, 2012

Cas semula bateri untuk terus hidup..

Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..

Saya sedang menghitung hari untuk pulang ke Unisza..Saya rindukan bilik saya..Masa untuk saya belajar..Masa untuk saya bergurau dengan kawan-kawan dan paling penting masa untuk saya bersendirian..Apabila sudah berada jauh nanti,mulalah rasa sedih mengingatkan disini pula..mulalah terasa susah payah ibu bapa mencari duit untuk menanggung pembelajaran saya..Bila difikirkan semula,duit memang sangat penting..ada duit banyakpun susah..tak ada duit lagi susah..Aduhai,duit..oh,duit!

Saya ingin berkongsi bagaimana saya mencas semula bateri dalam diri saya supaya sentiasa bertenaga dalam menjalani hidup..Saya akui,ada masa saya menjadi letih dan bosan untuk melakukan hal yang sama...Saya bukannya robot yang tidak punya perasaan..Terutama apabila berdepan dengan konflik perasaan..seringkali saya akan hilang pertimbangan..akibatnya,orang lain yang menjadi mangsa..

Tapi baru-baru ini saya menggunakan cara ini setiap kali saya hilang tumpuan,lemah,malas dan sebagainya.. Hati kita di sebelah kiri.Saya ambil tangan kanan dan letak di dada kiri..Saya bisik perlahan,cukup saya saja yang dengar..

Ya Allah..hati ini berhak bahagia..

Hati ini ingin disayangi..

Hati ini tidak mahu disakiti..

Hati ini takut dikecewakan..

Kemudian,peluk tubuh erat-erat dan katakanlah,

Saya sayangkan diri saya..

Saya cintakan diri saya..

Sebanyak mana yang ingin dikatakan..Cas diri menjadi positif..InsyaAllah,kita akan kembali bertenaga..Kata orang,kalau kita sayang diri kita sendiri..cas positif akan pergi kepada orang disekeliling kita dan kita pasti disayangi juga..Mudah-mudahan Allah pelihara hati ini dan diri ini supaya hidup ini tidak menjadi sia-sia..Teruskan  angan-angan dan cita-cita..jangan pernah berpatah balik sehingga impianmu tercapai!


Fikirkan hal-hal yang paling hebat,dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi.Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.


Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment