Love isn't something you find. Love is something that finds you.


29 March, 2012

Bicara dalam Diam

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum!

Apa khabar ?Alhamdulillah.. Selesai membaca Al-Quran yang sungguh ajaib mampu memberi ketenangan bagi yang membacanya.. Tidak seperti sebelum ini membaca hanya kerana ustaz nak tasmi'.. Menghafal menyebabkan otak terasa sedikit bebanan. Sedangkan tujuan membaca dan menghafal untuk memberi ketenangan buat si pembaca. Astagfirullahalazim.. Kena betulkan niat kembali =D
Saya inginkan keberkatan dan ketenangan. Mudah-mudahan Allah memberinya dan permudahkan saya menghafal!~sedih daya ingatan lemah dlm menghafal~

Hari-hari yang dilalui agak complicated. Study for the exam. Alhamdulillah.. Saya telah buat semampu yang boleh. Tinggal berserah dan bertawakal sahaja kepada Allah. Namun, semua itu tidak menjadi masalah buat saya sampai rasa nak bunuh diri..hehehe.. Sekadar rasa letih dan risau pada minggu ini..Begitulah..Bukannya masalah besarpun.. Lumrah belajar di universiti tiada yang mudah.. Sebenarnya itu yang menjadikan kehidupan ini lebih menyeronokkan.. Saya tidak nafikan apabila kepala sudah mula ting tong, mulalah nak melalut sampai ketawa pecah perut.. Risau juga andai itu membuatkan saya lagha dan terleka sekejap. Insya-Allah saya cuba kawal. ^_^

Kadang-kadang bila hati rasa tak senang, saya pasti mencari Allah kembali.. Mengadu dan merintih kepadanya. Bicara dalam diam antara saya dan Allah. Hati ini tiada siapa yang tahu dan fahami melainkan Allah sahaja. Saya bahagia dan tenang berbicara dalam diam. Saya sembunyikan segala rasa dalam senyum dan tawa. Kalaulah mereka tahu apa yang tersembunyi di dalam nescaya mereka juga akan rasa betapa Pengasinhya Allah dan betapa sabarnya Allah dalam memenuhi kehendak hati hambanya ini.

Terlalu banyak saya mengharap. Terlalu banyak saya meminta. Saya yakin. Wanita dilahirkan fitrahnya tamak.Tamakkan kasih sayang. Tamakkan perhatian. Tamakkan kelebihan. Kalau boleh ingin segalanya yang orang lain ada. Kalau boleh mahukan segala yang orang lain mahukan. Kalau boleh inginkan semua yang orang lain boleh lakukan. Tamakkan wanita?

Bukankah sudah cukup apa yang sudah ada?Aduh, balik-balik persoalan itu juga yang mendatangi fikiran. Saya mampu mengawalnya. Caranya duduk senyap berfikir dan berzikir. Allah akan bantu kita mengawal kehendak hati yang sentiasa tamak mengikut nafsu. Saya mengharapkan diri saya ini kuat dan tabah dalam menghadapi sesuatu yang tidak berlaku seperti apa yang saya mahukan. Kerana tidak semestinya apa yang kita inginkan itu apabila mendapatkannya akan membuatkan kita bahagia, dan tidak semestinya apa yang kita tidak inginkan tapi berlaku kepada kita akan membuatkan kita berada dalam kesusahan. Semuanya bergantung kepada kekuatan dalaman kita. Kalau positif.Maka positiflah. Kalau tidak sebaliknya pula.

Point utama disini adalah, semua yang berlaku ini kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Beritahu, siapa yang tidak mahu jadi yang terbaik?Apa yang penting adalah bagaimana kita cuba handle kembali diri kita. Saya yakin selagi Allah menjadi sandarannya kita tidak akan keluar dari landasan ini. Bukankah perjalanan masih jauh. Jadi, mengapa mesti bimbang dan takut untuk mengahadapi hari-hari esok dan seterusnya?=) Insya-Allah, kita semua pasti boleh lakukannya...Yakinlah ya, tiada yang mustahil!Amin ya Rabal Alamin!

Tanpa Iman, manusia tidak akan ada pendirian.
Tanpa pendirian manusia akan menjadi hamba pada keadaan.

Iman itu merubah keadaan, bukan sebaliknya.
Sesungguhnya, apa yang berlaku di dalam dri kita lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita!

Oleh itu, sekiranya hati kita mudah berubah-ubah mengikut kedaaan yang sedang kita hadapi... bererti iman masih goyah, yang di luar masih kuat mempengaruhi yang di dalam.
Renung-renungkan dan selamah muhasabah!

Wallahualam~

22 March, 2012

Saya cemburu tapi saya bersyukur!

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

Saya sedikit sibuk kebelakangan ini..Tapi kesibukan itu kadang-kadang membuatkan saya menjadi semakin terurus..Saya penat dan letih..tapi itu semua membuatkan saya semakin kuat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang..Saya gembira dan ketawa dengan kawan-kawan untuk menyembunyikan kesedihan saya tapi itu membantu saya menghilangkan stress apabila berhadapan dengan masalah.. Saya cemburu melihat yang lain tidak sibuk..Saya cemburu melihat yang lain tidak ada kelas banyak..tapi sebenarnya apa yang saya rasakan sekarang ada sebabnya..Maka, kerana itu saya bersyukur!

Apa gunanya saya mengeluh sekarang?Saya datang untuk belajar..bukan untuk bermain-main dan bersuka ria..Jadi normallah kalau saya sibuk dengan kelas dan study..Saya cemburu tapi saya bersyukur sangat-sangat..Setiap kali ada sesuatu perkara yang tidak berjalan mengikut kehendak dan perancangan saya..seringkali saya katakan pada diri saya sendiri..

"Atin..jangan putus asa..Apa yang kau dapat setakat ini sudah lebih dari cukup..Bukan semua yang kau inginkan akan dapat..Tidak mengapa, semuanya pasti akan baik.."

Hati saya terpujuk..Benar-benar terpujuk.Terima kasih Allah..Tak perlu saya nyatakan apa yang saya ada..Saya bukan mengira-ngira atau membanding-membandingkan diri ini dengan orang lain..Sejujurnya, saya takut saya leka dalam nikmat Allah..membuatkan saya jauh dan merasa tinggi daripada orang lain..Sungguh, saya tidak mahu Allah tinggalkan saya.. Saya tak mampu lagi berdiri sendiri..Saya masih ingin bergantung pada Allah..Melangkah mengikut aturannya yang Maha sempurna..

Maka,seringkali saya mengingatkan diri saya supaya saya ini insan yang punya banyak kelemahan dibandingkan dengan orang lain..Bukan cuba memboikot diri sendiri tetapi cuba menjalani hidup dengan kerendahan hati..Kedudukan yang terbaik hanya di sisi Allah..bukan di sisi manusia..Untuk apa saya mengejar kedudukan yang tinggi di dunia sekiranya hati saya merasa hebat daripada orang lain..Bukankah saya kena balikkan kehebatan ini pada Al Khaliq yang menciptakan diri ini sebaik-baik kejadian..

Mudah-mudahan hidup saya akan sentiasa dibawah redha Allah..Saya hargai dan syukuri apa yang saya miliki..Muhasabah untuk kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat..Insya-Allah..^_^..

I miss my family very much!

08 March, 2012

Kisah layang-layang terputus talinya


Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..

Apa khabar?Lama sudah saya tak postkan sesuatu..Bukannya sibuk sangat.. cuma ada 2 sebab saja, pertama tak ada idea jadi tak ada mood nak tulis.. Kedua, ada idea tapi malas nak tulis.. Banyak juga kisah menarik dan tidak yang berlaku dalam hidup saya..Apapun, itulah namanya kehidupan..

Baiklah, saya ingin sekali berkongsi suatu kisah yang diceritakan oleh pensyarah saya.. Saya fikir ianya sangat bagus untuk direnungkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian..


Seorang ayah menemani anaknya bermain layang-layang di padang.Angin sungguh kuat.Si anak berlari sekuat hati dan berusaha menaikkan layang-layang tersebut. Si ayah tidak putus-putus memberi kata-kata semangat buat si anak..Berkat kesungguhan si anak, layang-layang tersebut naik tinggi ke udara. Si anak cukup gembira. Begitu juga si ayah. Layang-layang terus terbang dan terbang tinggi dan tinggi lagi ke udara. Sesekali ia melentok ke kiri dan kanan mengikut arus angin.Sehinggalah tali yang mengikatnya sampai ke penghujung. Layang-layang tidak mampu terbang tinggi lagi. Si anak kesedihan.

Si anakpun berkata kepada si Ayah.."Ayah tali ini menyebabkan layang-layang ini tersekat..Bolehkah saya memotongnya supaya layang-layang ini dapat terbang lebih tinggi lagi?"Soal si anak itu.

Maka, ayahnyapun menjawab.."Tidak boleh anakku, layang-layang ini tidak boleh diputuskan..Jika terputus talinya, layang-layang ini akan jatuh ke bawah.."Si ayah melarang.

Si anak tidak berpuas hati. Dia tidak mempedulikan nasihat ayahnya. Dia tetap memutuskan tali layang-layang tersebut. Akibatnya,layang-layang tersebut terputus dari pegangan tangannnya dan jatuh menjunam ke tanah. Layang-layang tersebut rosak dan koyak-rabak kerana tersangkut di pokok. Si anak begitu menyesal kerana tidak mendengar nasihat ayahnya. Kini, layang-layang tersebut tidak dapat dimainkan lagi.

Pengajaran yang boleh kita dapati melalui kisah di atas ;

  • Layang-layang itu ibarat diri kita. Setiap dari kita pasti miliki impian yang tinggi dan gemilang.Jika kita berusaha bersungguh-sungguh, walau angin kencang yang datang dari pelbagai arah, layang-layang itu berjaya naik ke udara juga.


  • Ibubapa mana yang tidak ingin melihat anaknya berjaya?Mereka sentiasa mendoakan dan berada di sisi kita memberi semangat dan dorongan.


  • Dimana bumi dipijak,di situ langit dijunjung. Berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan sombong dan bongkak apabila layang-layang itu gagah di atas awan.


  • Tali yang mengikat layang-layang itu ibarat undang-undang dan peraturan. Tidak kisahlah samaada undang-undang Allah mahupun dunia asal mengikut syara', kita wajib mentaatinya.


  • Dengar dan patuhi nasihat mereka yang lebih tua dari kita. Sesungguhnya apa yang mereka larang kita lakukan itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Jangan membantah. 


  • Layang-layang tidak mampu terbang bebas tanpa kawalan. Orang yang hanya ingin bebas dan tidak mahu dikawal akan jatuh dan rosak sepertimana yang terjadi pada layang-layang tersebut. 


Begitulah sedikit perkongsian yang menarik saya rasa untuk dikongsikan di sini.Semoga perkongsian itu dapat memberi manfaat buat diri saya dan sesiapa jua yang sudi membaca..

Suka sangat dengan kata-kata ini...

Pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini. Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. Mungkin kita inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran. Mungkin kita inginkan keindahan, tapi Allah kurniakan kebenaran. Mungkin juga kita inginkan kebahagiaan, tapi Allah kurniakan keredhaan-Nya. Bukankah kesabaran, kebenaran dan keredhaan itu lebih berharga daripada keindahan, kesenangan dan kebahagiaan? Maka, bersyukurlah!
Wallaualam ^_^