Love isn't something you find. Love is something that finds you.


08 March, 2012

Kisah layang-layang terputus talinya


Bismillahirahmanirahim..Assalamualaikum..

Apa khabar?Lama sudah saya tak postkan sesuatu..Bukannya sibuk sangat.. cuma ada 2 sebab saja, pertama tak ada idea jadi tak ada mood nak tulis.. Kedua, ada idea tapi malas nak tulis.. Banyak juga kisah menarik dan tidak yang berlaku dalam hidup saya..Apapun, itulah namanya kehidupan..

Baiklah, saya ingin sekali berkongsi suatu kisah yang diceritakan oleh pensyarah saya.. Saya fikir ianya sangat bagus untuk direnungkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian..


Seorang ayah menemani anaknya bermain layang-layang di padang.Angin sungguh kuat.Si anak berlari sekuat hati dan berusaha menaikkan layang-layang tersebut. Si ayah tidak putus-putus memberi kata-kata semangat buat si anak..Berkat kesungguhan si anak, layang-layang tersebut naik tinggi ke udara. Si anak cukup gembira. Begitu juga si ayah. Layang-layang terus terbang dan terbang tinggi dan tinggi lagi ke udara. Sesekali ia melentok ke kiri dan kanan mengikut arus angin.Sehinggalah tali yang mengikatnya sampai ke penghujung. Layang-layang tidak mampu terbang tinggi lagi. Si anak kesedihan.

Si anakpun berkata kepada si Ayah.."Ayah tali ini menyebabkan layang-layang ini tersekat..Bolehkah saya memotongnya supaya layang-layang ini dapat terbang lebih tinggi lagi?"Soal si anak itu.

Maka, ayahnyapun menjawab.."Tidak boleh anakku, layang-layang ini tidak boleh diputuskan..Jika terputus talinya, layang-layang ini akan jatuh ke bawah.."Si ayah melarang.

Si anak tidak berpuas hati. Dia tidak mempedulikan nasihat ayahnya. Dia tetap memutuskan tali layang-layang tersebut. Akibatnya,layang-layang tersebut terputus dari pegangan tangannnya dan jatuh menjunam ke tanah. Layang-layang tersebut rosak dan koyak-rabak kerana tersangkut di pokok. Si anak begitu menyesal kerana tidak mendengar nasihat ayahnya. Kini, layang-layang tersebut tidak dapat dimainkan lagi.

Pengajaran yang boleh kita dapati melalui kisah di atas ;

  • Layang-layang itu ibarat diri kita. Setiap dari kita pasti miliki impian yang tinggi dan gemilang.Jika kita berusaha bersungguh-sungguh, walau angin kencang yang datang dari pelbagai arah, layang-layang itu berjaya naik ke udara juga.


  • Ibubapa mana yang tidak ingin melihat anaknya berjaya?Mereka sentiasa mendoakan dan berada di sisi kita memberi semangat dan dorongan.


  • Dimana bumi dipijak,di situ langit dijunjung. Berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan sombong dan bongkak apabila layang-layang itu gagah di atas awan.


  • Tali yang mengikat layang-layang itu ibarat undang-undang dan peraturan. Tidak kisahlah samaada undang-undang Allah mahupun dunia asal mengikut syara', kita wajib mentaatinya.


  • Dengar dan patuhi nasihat mereka yang lebih tua dari kita. Sesungguhnya apa yang mereka larang kita lakukan itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Jangan membantah. 


  • Layang-layang tidak mampu terbang bebas tanpa kawalan. Orang yang hanya ingin bebas dan tidak mahu dikawal akan jatuh dan rosak sepertimana yang terjadi pada layang-layang tersebut. 


Begitulah sedikit perkongsian yang menarik saya rasa untuk dikongsikan di sini.Semoga perkongsian itu dapat memberi manfaat buat diri saya dan sesiapa jua yang sudi membaca..

Suka sangat dengan kata-kata ini...

Pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini. Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. Mungkin kita inginkan kesenangan, tapi Allah anugerahkan kesabaran. Mungkin kita inginkan keindahan, tapi Allah kurniakan kebenaran. Mungkin juga kita inginkan kebahagiaan, tapi Allah kurniakan keredhaan-Nya. Bukankah kesabaran, kebenaran dan keredhaan itu lebih berharga daripada keindahan, kesenangan dan kebahagiaan? Maka, bersyukurlah!
Wallaualam ^_^ 

No comments:

Post a Comment