Love isn't something you find. Love is something that finds you.


26 August, 2012

Raya & Kenduri 2012


Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.

Hmm, rasa macam lama sudah tak post apa-apa. Rasanya belum terlambat nak mengucapkan, 

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. ^___^ "

Baiklah, saya akan mulakan kisah saya. Tahun ini sedikit sedih tanpa kehadiran angah. Malah kami tak tangkap gambar bersama pun. Rasa kekurangan sangat. Pada pagi raya, kami skype dengan angah. Bersembang dan bertanya khabar. Suatu yang saya terkilan adalah saya tak pergi airport hantar dia bertolak ke Perancis. Jadi, saya berharap andai suatu hari nanti saya dapat melawatnya di sana. (jauh berangan..)

Okaylah, sebabkan gambar angah tak ada tahun ni, Saya akan masukkan gambar yang sempat ditangkap semasa pergi  jalan beraya.

Mak dan abah yang tersayang.
Saya dan mak tercinta.


Raya first..


Raya second..

Saya suka tangkap gambar dengan budak-budak ni. Sebab terasa macam budak-budak je. Sangat suka main dengan mereka. Mereka suka bergambar rupanya. Actually, itula umpan saya nak dekat dengan mereka. Jom, tengok la.

Nama anak buah saya, HAZIQ. Aset terpenting dia LESUNG PIPIT. Dalam betul.
Yang ni NISA. Actully dia ni cousin la. Sebab anak acu.
Ni sepupu yg paling saya suka dan rindu. Anak mak uda. Aqif yang abang sangat comel dan manja dengan saya.  Adni pula sama hari lahirnya dengan saya. Besar nanti agaknya macam sapa la..hihi.
Tahun ini, raya dan kenduri kahwin dibuat serentak di kampung saya. Dan saya lihat semuanya sangat sibuk dan letih. Tapi semangat gotong-royong dan bantu-membantu memang saya tabik. Hujan lebat selebat-lebatnya sehari sebelum kenduri. Malah malam akad nikah pun, hujan membasahi bumi. Sedikit simpati pada pengantin. Apapun, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Saya turut membantu sedikit-sebanyak. Nak kata reti itu, tidaklah. Lebih gambar dari kerjanya. hihi.

Pelamin buat sendiri dengan cousins yang lain. Simple tapi cantik. Jimat kos.

Jangan salah faham gambar bawah ni. Saya lambat lagi. Saja dah penat buat kerja tu nak  la  sibuk kat sini. Tak nampak muka orang buat kerja?

Okaylah, lupakan gambar malu-malu di atas. Saya nak share gambar dengan cousins yang paling rapat dengan saya. Inilah Fadila. My lovely cousins!

Tumpang lalu..hihi..

Yang tudung krim di tengah tu cousins  juga. Merangkap adik kepada  pengantin.  NASUHA namanya. Kami bertiga kalau bertemu, aish susah nak cakap, ada saja benda yang nak cerita. 
Tengoklah tu anak dara posing.
Sangat suka gambar-gambar ni semua. Thanks juru gambar.(kakcik)


Done. Yups, the last but not least ada satu lagi picture yang saya nak share di sini. This picture sangat-sangat memberi makna. Even dalam gambar ni saya merenung dia dengan pandangan tak puas hati tapi akhirnya hati ini sudah terbuka sedikit untuknya. Ya Allah, andai dia jodohku maka dekatkanlah. Jika dia bukan jodohku maka jauhkanlah. Aku redha walau siapa jua jodohku.

Somethings happen before 'kenduri'. Seriously, it makes me guilty and sad for him. Surprisingly, he came to the 'kenduri' with his family. Saya agak geram sebab dia datang tiba-tiba tanpa beritahu. Last minute baru cakap. Memang tak senang duduk saya dibuatnya. Mujur saya dah makan kenyang-kenyang sebelum dia datang. Saya tidak pernah ajak sungguh-sungguh atau bertanya tentang itu apatah lagi mengharapkan dia akan datang ke kampung saya. Tapi, terdetik di hati ini, andai dia datang, semua orang akan tahu dialah tunang saya. Means oficially saya dah mengakui dia sebagai tunang saya. 

Before this, saya tidak suka bercerita tentangnya. Saya bimbang kalau tak jadi. Saya takut dan saya segan untuk bercakap tentang itu. Alhamdulillah, hati saya sudah terbuka sedikit demi sedikit bila melihat kesungguhannya. Jadi saya buat keputusan untuk menerima dia seadanya. Insya-Allah. Amin.


Ini gambar dari handset dia ke handset saya. Permintaannya mahu gambar ini dimasukkan ke dalam blog.
Semoga tahun ini membawa seribu satu makna buat kita semua. Setiap orang bebas mencorakkan hidupnya seperti mana yang dia inginkan. Tetapi ingatlah, setiap apa yang kita lalui itu berlaku kerana kehendak Allah SWT. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukannya. Jangan berhenti berdoa untuk kami. Ini adalah pengalaman yang indah untuk dikongsi. Mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Amin.

 Wallahualam.





12 August, 2012

Rawat hatimu dengan senyuman. =)


Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.

Apa khabar?Alhamdulillah, sedar tak sedar, tinggal beberapa hari lagi berpuasa. 10 malam terakhir harus direbut kerana tersembunyi malam lailatul qadar yang tiada siapapun yang tahu bila. Hanya Allah sahaja yang tahu. Baju raya dah beli?Saya dah. Ehem, bak kata adik saya, untung la ada orang tolong belikan. Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang diberikan. Apabila dia menawar untuk membelikan kasut, saya pantas menolak. Cukup lah. Jangan dimanjakan saya dengan kemewahan..Eleh (konon..)

Tak adalah, orang kata hadiahkan kasut pada pasangan ni menunjukkan dia seorang yang mengambil berat dan prihatin. Ada yang tak masuk akalnya, bila kita dapat hadiah kasut dari seseorang yang istimewa, kita hanya akan lari pada dia kerana kaki kita telah diikat untuknya. Kelakar pula teori orang korea ni. Ah, tak terpengaruh langsung!Itulah, asyik tengok cerita korea je. Inilah padahnya. hehe ^_^

Saya sedang buat kuih sedikit demi sedikit. Nanti nak dekat raya baru buat banyak-banyak. Saja bagi adik-adik rasa air tangan kakak dia ni. Nanti rindu pula kan. Lagipun, saya nak tengok biskut apa yang paling mereka suka. Setakat ni, cornflakes madu lah yang paling laku. Agak dah. Tengok tu. Baik adik-adik kakak ni. Tak suka menyusahkan kakak dia ni. Cornflakes madu paling senang nak buat dan jimat tau. =)

Okaylah, lama juga saya tak tulis blog. Nak tulis tak ada mood. Idea ada tapi tak semangat dan kemalasan yang sangat tinggi sukar dielakkan. Nak buat macamana?Saya tak tahulah, banyak benda yang saya sedang fikirkan sekarang. Saya hanya perlu bertahan dan perlu kuat. Cara saya senang saja. Rawat hati dengan senyuman. Insya-Allah segala rasa gelisah itu akan hilang.

Kadang-kadang diri saya terasa seperti berada di sebuah pulau yang indah di tengah-tengah lautan. Terpesona dengan keindahan pulau tersebut tapi dalam masa yang sama saya tidak gembira berada di tengah-tengah lautan itu.Walaupun pulau itu tidaklah sejauh mana. Tapi setiap kali saya cuba menyeberangi lautan saya akhirnya kelemasan dalam air masin itu. Itu menunjukkan, apabila saya cuba buat lebih dari itu, saya akan mudah berputus asa. Rasa tak kuat. Kemampuan saya hanya setakat itu. Apabila saya cuba melakukan sesuatu yang baru ia pasti tidak akan berakhir dengan baik.

Saya gembira kerana mampu hidup sendiri dan berdikari. Jauh dari orang lain. Dalam fikiran ni macam-macam yang saya nak lakukan. Tapi saya sedar saya masih tak mampu lagi. Saya mungkin mampu menguruskan diri sendiri tapi saya masih belum mampu uruskan hidup saya. Seronok dapat puaskan hati sendiri, bebas buat keputusan dan mampu penuhi apa yang diingini, tapi itu masih tidak cukup lagi. Saya mahu puaskan hati orang lain juga. 

Saya sedar kalau orang lain bahagia saya juga turut bahagia.Bahagia di sini bukan bermaksud bahagia sendirian tapi bahagia bersama-sama. Saya mahu kongsi bahagia dengan orang lain. Tapi kalau saya saja yang ingin membahagiakan orang lain tapi orang lain tidak malah sebaliknya  saya yang merana kerana sikap pentingkan dirinya itu tiadalah gunanya juga. 

Kadang-kadang manusia jadi begitu pentingkan diri apabila dia jumpa sesuatu yang boleh membahagiakan dia. Mereka lupa diri pada nikmat yang sementara.  Jangan sampai kita hilang rasa bahagia disebabkan perbuatan kita sendiri. Itulah yang paling menakutkan.Ya Allah izinkan aku sebarkan rasa bahagia pada orang yang aku sayang dan izinkan aku merasai kebahagiaan yang Engkau redhai. Amin!

Saya tak nafikan perkara ini. Ia boleh berlaku pada sesiapa saja. Walaupun dia punya ilmu agama yang lebih dari orang lain dia juga mungkin tidak mampu kawal hati dia dengan baik. Jadi jangan mudah menilai mereka hanya kerana itu. Luaran tidak membentuk dalaman. Dalaman yang membentuk luaran. Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang ada dalam hati mereka jadi kita tidak boleh percaya pada apa yang kita lihat. 

Apabila kita sedar hati kita masih kotor lagi,kita harus mulakan dengan membersih hati kita. Saya bagi contoh mudah. Kalau seorang yang asalnya tidak bertudung, dia harus perbaiki akhlaknya dan pelihara hatinya dahulu sebelum dia memakai tudung. Lihat, dia mesti bermula dari dalam,lakukan pencerahan, fahami apa konsep sebenar disebalik pensyariatan bertudung. Barulah dia akan rasa kewajipannya dan dia akan istiqamah dengan apa yang dilakukan.

Syaitan tidak akan pernah berhenti menggoda manusia supaya lalai dan leka dengan nikmat dunia. Jadi seandainya kita sedar yang kita sudah melakukan dosa, Allah telah beri peluang untuk kita bertaubat. Sedangkan Allah boleh saja menghukum kita tapi sebaliknya Allah hadirkan rasa bersalah dalam diri kita supaya kita bertaubat dan mengambil pengajaran atas kesilapan kita. Yakinlah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Berhentilah menghukum diri sendiri. Selalulah beri ganjaran buat diri sendiri supaya kita akan lebih bersemangat untuk menjalani kehidupan ini. Insya-Allah, kebahagiaan itu akan hadir dengan sendiri. Teruskan berdoa kepada Allah. Semoga Allah pelihara kita dan dijauhi dari segala perkara yang akan merosakkan hidup kita.

Sekadar perkongsian untuk semua dan peringatan buat diri sendiri. Semoga kita mampu menjadi lebih baik lagi dimasa-masa akan datang. Insya-Allah. Selamat beriftar dan semoga amalan kita akan diterima oleh allah SWT.



Best juga kalau ada adik perempuan yang memahami...huhu

Wallahualam.