Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.
Hmm, rasa macam lama sudah tak post apa-apa. Rasanya belum terlambat nak mengucapkan,
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. ^___^ "
Baiklah, saya akan mulakan kisah saya. Tahun ini sedikit sedih tanpa kehadiran angah. Malah kami tak tangkap gambar bersama pun. Rasa kekurangan sangat. Pada pagi raya, kami skype dengan angah. Bersembang dan bertanya khabar. Suatu yang saya terkilan adalah saya tak pergi airport hantar dia bertolak ke Perancis. Jadi, saya berharap andai suatu hari nanti saya dapat melawatnya di sana. (jauh berangan..)
Okaylah, sebabkan gambar angah tak ada tahun ni, Saya akan masukkan gambar yang sempat ditangkap semasa pergi jalan beraya.
Mak dan abah yang tersayang. |
Saya dan mak tercinta. Raya first.. Raya second.. |
Saya suka tangkap gambar dengan budak-budak ni. Sebab terasa macam budak-budak je. Sangat suka main dengan mereka. Mereka suka bergambar rupanya. Actually, itula umpan saya nak dekat dengan mereka. Jom, tengok la.
Nama anak buah saya, HAZIQ. Aset terpenting dia LESUNG PIPIT. Dalam betul. |
Yang ni NISA. Actully dia ni cousin la. Sebab anak acu. |
Ni sepupu yg paling saya suka dan rindu. Anak mak uda. Aqif yang abang sangat comel dan manja dengan saya. Adni pula sama hari lahirnya dengan saya. Besar nanti agaknya macam sapa la..hihi. |
Tahun ini, raya dan kenduri kahwin dibuat serentak di kampung saya. Dan saya lihat semuanya sangat sibuk dan letih. Tapi semangat gotong-royong dan bantu-membantu memang saya tabik. Hujan lebat selebat-lebatnya sehari sebelum kenduri. Malah malam akad nikah pun, hujan membasahi bumi. Sedikit simpati pada pengantin. Apapun, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Saya turut membantu sedikit-sebanyak. Nak kata reti itu, tidaklah. Lebih gambar dari kerjanya. hihi.
Okaylah, lupakan gambar malu-malu di atas. Saya nak share gambar dengan cousins yang paling rapat dengan saya. Inilah Fadila. My lovely cousins!
Tumpang lalu..hihi.. |
Yang tudung krim di tengah tu cousins juga. Merangkap adik kepada pengantin. NASUHA namanya. Kami bertiga kalau bertemu, aish susah nak cakap, ada saja benda yang nak cerita. |
Tengoklah tu anak dara posing. |
Sangat suka gambar-gambar ni semua. Thanks juru gambar.(kakcik) |
Done. Yups, the last but not least ada satu lagi picture yang saya nak share di sini. This picture sangat-sangat memberi makna. Even dalam gambar ni saya merenung dia dengan pandangan tak puas hati tapi akhirnya hati ini sudah terbuka sedikit untuknya. Ya Allah, andai dia jodohku maka dekatkanlah. Jika dia bukan jodohku maka jauhkanlah. Aku redha walau siapa jua jodohku.
Somethings happen before 'kenduri'. Seriously, it makes me guilty and sad for him. Surprisingly, he came to the 'kenduri' with his family. Saya agak geram sebab dia datang tiba-tiba tanpa beritahu. Last minute baru cakap. Memang tak senang duduk saya dibuatnya. Mujur saya dah makan kenyang-kenyang sebelum dia datang. Saya tidak pernah ajak sungguh-sungguh atau bertanya tentang itu apatah lagi mengharapkan dia akan datang ke kampung saya. Tapi, terdetik di hati ini, andai dia datang, semua orang akan tahu dialah tunang saya. Means oficially saya dah mengakui dia sebagai tunang saya.
Before this, saya tidak suka bercerita tentangnya. Saya bimbang kalau tak jadi. Saya takut dan saya segan untuk bercakap tentang itu. Alhamdulillah, hati saya sudah terbuka sedikit demi sedikit bila melihat kesungguhannya. Jadi saya buat keputusan untuk menerima dia seadanya. Insya-Allah. Amin.
Ini gambar dari handset dia ke handset saya. Permintaannya mahu gambar ini dimasukkan ke dalam blog. |
Semoga tahun ini membawa seribu satu makna buat kita semua. Setiap orang bebas mencorakkan hidupnya seperti mana yang dia inginkan. Tetapi ingatlah, setiap apa yang kita lalui itu berlaku kerana kehendak Allah SWT. Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukannya. Jangan berhenti berdoa untuk kami. Ini adalah pengalaman yang indah untuk dikongsi. Mudah-mudahan segalanya akan berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Amin.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment