Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..
Apa khabar?Harap semuanya masih dalam keadaan baik lagi. Saya, Alhamdulillah. Masih lagi sama dan tiada apa yang berubahnya. Sudah mula packing-packing barang untuk berkemas. Minggu depan saya akan balik ke Terengganu! Bermulanya semester baru dengan semangat yang baru dan dengan cara hidup yang baru. Dapat duduk rumah sewa dengan kawan-kawan memang exited tapi ada risau juga. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan. Amin.
1 Sept saya dan kawan-kawan semasa form 6 berkonvoi beramai-ramai untuk beraye ke rumah guru-guru kami. Sukar digambarkan perasaan itu, tapi saya akan ceritakan nanti. Jadi hold on dulu kisah raya kami ye? ^_____^.
Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah tentang kehidupan saya, perasaan saya dan perjalanan kisah saya. Membaca Surah Ar- Rahman tadi membuatkan saya benar-benar sebak. Terharu sehingga menitis air mata ini. Siapalah saya pada pandangan mata Allah. Rasa begitu hina dan rendah diri pada Nya. Malu. Terlalu banyak saya meminta. Sedangkan apalah yang saya lakukan sebagai hambanya? Tapi Allah tetap datangkan nikmat yang kadang-kadang saya tak sangka-sangka. Allah, apalah dayaku selain mampu mensyukuri setiap kurniaan ini.
Daif sungguh diri ini ya Allah! Terasa banyak hutang saya pada Allah. Entah sebanyak mana Allah terima atau tidak amalan saya. Ya Allah, baiknya Allah menjadikan saya terasa cukup bertuah. Bergema di dalam fikiran saya,
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)
Semoga Allah memberikan saya kekuatan untuk bertahan dan terus kuat menghadapi dugaan dan ujian hidup. Supaya tidak mudah berputus asa sedangkan Allah tidak pernah berputus asa dalam memberi nikmat buat hambanya. Saya berharap Allah akan sentiasa memelihara diri saya dan tidak jemu untuk menjaga saya. Meskipun beribu kali saya terjatuh, cukuplah Allah untuk saya. Saya cukup bahagia dengan cinta dan kasih sayang Allah. Terima kasih ya Allah di atas nikmat yang tidak terhingga ini. Alhamdulillah.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment