Love isn't something you find. Love is something that finds you.


03 September, 2012

Ukhwah itu indah bila dibina kerana Allah..


Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..

Apa khabar? Alhamdulillah, mudah-mudahan kita sentiasa sihat dan baik-baik saja. Sebenarnya, ada perkara lain yang saya nak share tapi saya hold dulu. Minta-minta saya tak lupa pula. Baiklah, seperti yang dijanjikan, saya akan share kisah saya beraya bersama kawan-kawan pada 1 Sept hari itu. 

Alkisahnya, raya tahun ini terasa begitu bermakna dan indah sekali. Entah bagaimana saya ingin gambarkan perasaan ini. Bertemu mereka dalam keadaan susah dan senang membuatkan kami semakin akrab. Selama saya belajar saya tidak pernah terasa indah dalam berukhwah. Ada saja masalahnya. Mungkin pemikiran ketika itu belum begitu matang. Jadi, kenangan bersama form 6 merupakan kenangan terindah buat saya.

Jumaat malam Sabtu, saya mengambil Ecah yang datang dari KL menumpang tidur di rumah saya. Saya sangat mengagumi kesanggupannya datang ke Taiping dan join venture raya tahun ini. Saya tak nafikan, kehadirannya benar-benar menceriakan suasana. Happy sangat dapat jumpa Ecah. Tahu tak, ecah la orang pertama yang tahu tentang pertunangan saya. Dan dia ialah orang yang telah menghebahkan berita tersebut pada kawan-kawan lain. Dia tahu melalui pak cik Lid yang duduk di KL. 


Baiklah, teruskan dengan cerita asal. Dari Taiping kami bergerak 3 kereta. Perancangan awal nak bertolak pukul 8.30 pagi tapi tengah bersiap Yap call kata kereta tayar pecah. Sudahnya, kami bertolak pukul 9.30 pagi. Kami sampai ke Bota dalam pukul 10.45 lebih kurang. Kami berkumpul di rumah Ziah dulu sebelum berkonvoi ke rumah cikgu-cikgu. Ziah sudah uruskan hal itu. Tinggal pergi saja lagi. 


Sementara tunggu yang lain kami makan-makan dulu. Ada seorang lagi kawan yang nak datang, Fim namanya. Dia naik tren dari KL ke Kampung Gajah. Dan saya telah drive sampai ke Kampung Gajah untuk mengambilnya dengan ditemani oleh Ziah. Memang agak penat tapi tak apalah janji dapat berkumpul sekali. Selepas semuanya sampai kami bersembang dan setiap kami mengupdate status masing-masing. Soalan yang tak pernah diorang miss adalah, bila nak kahwin? Saya hanya menjawab sambil tersenyum meminta mereka mendoakan untuk saya. Kemudian kami bergambar lagi.



Lepas bergambar kami mula bergerak ke rumah guru-guru. 6 kereta semuanya. First kali kami ke rumah Cikgu Rohana. Kemudian ke rumah Cikgu Zaimah dan akhir sekali baru ke rumah Ustaz Yazid. Best sungguh dapat jumpa dengan mereka. Terutama cikgu Rohana dan Ustaz Yazid. Cikgu Rohana seorang yang lembut dan penuh sifat keibuan. Dia sempat berpesan pada saya supaya tidak lupa menjemputnya ke walimah. Ya Allah, sangat berbesar hati kalau cikgu sudi menghadirkan diri. Terus doakan kami ya cikgu. Cikgu Zaimah tidak mengajar kelas saya jadi saya tidak berapa rapat dengan beliau.

Kami berkonvoi beramai-ramai.


Akhir sekali, kami pergi ke rumah Ustaz Yazid. Ustaz tidak seperti ustaz lain yang saya kenal. Biasanya, ustaz lain lebih bersikap serius, tak banyak bercakap dan tidak suka mengusik. Tapi Ustaz Yazid sangat lain. Dia tegas dan menakutkan tapi dalam masa yang sama dia suka mengusik dan bergurau. Kecoh satu rumah bila ustaz mengusik. Apapun, itu yang menyebabkan kami semua rapat dengan ustaz. Semoga ustaz sihat selalu. 

Untuk pengetahuan, ustaz banyak memberi jawapan dalam istikharah saya untuk bertunang. Malah ustaz adalah guru pertama yang saya beritahu. Kemudian, boleh pula ustaz hebahkan pada cikgu-cikgu form 6 yang lain. Ustaz-ustaz (geleng kepala). Ustaz Yazid ni dah ibarat ayah kepada kami semua. Mungkin kemampuan dia membaca apa yang ada dalam fikiran kami membuatkan kami berdebar mendengar setiap patah katanya. Kami tahu, jauh disudut hatinya pasti dia mendoakan yang terbaik untuk kami semua. Terus doakan untuk kami ya ustaz. Terima kasih atas segala nasihat ustaz.
  
Ustaz Yazid yang pakai baju kuning tu.
Suprisingly,anaknya adalah kawan sebilik saya semasa form 2 di Taayah. Namanya, FATHEN HANANI.  Sama kan nama kami?
Bergambar sebelum balik. Ini saja yang tinggal. Yang lain dah balik.
Gaya bebas tapi malu-malu..hihi..

Nice shoot dari Izzah.

Alhamdulillah, selesai semuanya, kami pun pulang ke rumah masing-masing. Ecah tidur semalam lagi di rumah saya. Dan dia pulang keesokkan harinya. Penat sungguh rasanya. Tapi saya puas hati. Kepenatan itu berbaloi juga. Saya berdoa semoga ukhwah kami akan berterusan dan kekal selamanya. Jumpa lagi tahun depan!


Wallahualam.










No comments:

Post a Comment