Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. Nak dekat-dekat balik universiti ni rajin pula mengupdate entry baru. Packing barang malas pula. Ini la akibatnya kalau dah cuti lama sangat. Hati ni dah tak sabar nak balik universiti tapi beg tak habis kemas lagi. Apalah, Atin ni.. Baiklah, kalau tengok tajuk mesti ingat saya ni sedang dilamun cinta,kan? Suka hatilah. Hati saya, so hanya Allah dan saya saja yang tahu apa yang tersembunyi disudut hati ini..hihi
Sebelum saya menulis saya ingin kongsikan kisah kawan baik saya. Baru-baru ni, saya menerima kedatangan kawan baik saya, Pikah dan tunangnya ke rumah saya. Kedua-dua mereka saya kenal kerana kami bertiga pernah bekerja bersama selepas form 5 sebelum saya menyambung form 6. Mereka bertunang bulan 5 hari tu kalau tak silap saya. Sudahnya, Pikah memberitahu dia akan berkahwin hujung tahun ni, pada bulan 11. Alhamdulillah, itu yang sebaiknya kerana mereka masing-masing sudah bekerja dan tidak sambung belajar lagi.
Kawan baik saya semasa di Taayah sehingga sekarang. |
Always sharing & caring each other.. |
Selama ni, saya hanya lihat orang lain saja yang kahwin awal tiba-tiba best friend sendiri yang kahwin muda. Dia baru 21 tahun dan tunangnya baru 22 tahun. Wah, tahniah. Saya baru selesai menyemak kalendar akademik dan tarikh walimah mereka jatuh ketika saya sedang cuti pertengahan semester. Bestnya, dapat pergi. Alhamdulillah. Tak sabar pula. Dia kata nak tunggu saya. Tapi nampaknya dia kahwin dahulu. Tak apalah, saya mendoakan semoga jodoh mereka kekal sehingga ke anak cucu. Amin. Insya-Allah.
Saya tak tahulah, saya tidak sedar sejak bila saya jadi pakar cinta atau kadang-kadang saya pernah digelar doktor cinta oleh kawan-kawan. Ramai antara kawan-kawan dan sahabat-sahabat saya datang dan minta pandangan saya berkenaan soal hati. Saya fikir sejak saya bertunang mereka lebih gemar berkongsi dengan saya. Saya tak nafikan perbincangan soal hati dan perasaan ini memang luahan wajib bagi orang perempuan. Masalah mereka tak lain tak bukan hanya berkisar soal lelaki, kahwin, cinta, suka dan sebagainya. Jangan nak tipulah, saya pun dulu begitu juga. Alah, zaman remajalah katakan..huhu
Mostly, apa saja yang saya share dengan mereka adalah datang dari pengalaman saya sendiri. Caranya, saya suka menganalisis masalah terlebih dahulu dan sedaya upaya menjadi natural. Saya biasanya tidak akan menyebelahi mana-mana pihak. Saya tidak cuba menghasut atau menyokong mana-mana pihak. Saya akan cuba membuka minda mereka supaya mereka bersikap lebih tenang dan rasional dalam menyelesaikan apa jua masalah.
Kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang saya sayangi sekalian, saya ada beberapa nasihat dan peringatan untuk diri saya dan juga semua. Sebagai wanita, kita harus persiapkan diri dari sekarang. Janganlah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Rancang hidup ini perlahan-lahan. Yang utama kita dahulukan, yang kemudian nanti-nantilah fikir..hihi. Mari sama-sama kita lakukannya, boleh kan?
1. Hamba Allah ...
Kita ini selalu terlupa bahawa kita ini milik Allah. Dalam mengejar mana-mana cinta sekalipun, cintailah Allah yang utama. Ingat Allah selalu. Insya-Allah kita akan selamat. Kalau kita cintakan lelaki itu, ajaklah dia mencintai Allah. Even, kita sudah menjadi isteri padanya, cinta pada Allah tetap yang utama. Berhentilah kejar cinta manusia. Kejarlah cinta Allah dahulu barulah cinta manusia yang benar-benar layak akan mengejarmu.Taatlah Allah sementara masih ada 5 perkara ini.
2. Anak Solehah ...
Jadilah anak yang solehah. Taati kedua ibu dan bapa. Berbakti dan berbuat baik kepada mereka. Mereka memerlukan kita ketika ini. Sementara kita bukan lagi seorang isteri, kita harus laksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang anak. Ibu bapa menjadi keutamaan kita selepas Allah. Kalaulah kita tidak mendapat keizinan untuk berkahwin dengan lelaki pilihan kita di usia muda, jangan bersedih, jangan memaksa. Sabar dan berdoa. Hormati keputusan mereka. Setiap keputusan mereka bersebab. Mereka lebih kenal dengan kita. Ibu bapa mana yang tidak mahu lihat kebahagiaan anaknya?
3. Pelajar cemerlang ...
Jika kita seorang pelajar, kita kena tumpukan perhatian pada pelajaran. Ingat penat-lelah ibu bapa yang menanggung pengajian kita. Jangan sia-siakan. Bersyukur kita masih diberi peluang untuk menuntut ilmu. Bayangkan betapa ramai yang mahu belajar lagi tapi tidak mampu. Apakah kita rela bermain-main dan bercinta sakan sehingga mengabaikan pelajaran? Berhentilah mencari cinta biarkan masa yang menentukan. Insya-Allah, jodoh kita juga pasti akan hadir apabila tiba masanya. Jadilah pelajar yang berjaya dan banggakan orang tua kita. Kejar cita-cita dahulu sebelum cinta!
Saya tahu, sekarang trend kahwin awal atau kahwin muda. Jangan ikut orang, percaya pada aturan Allah. Saya juga tidak nafikan mahu kahwin awal tapi saya sedar, banyak benda lagi yang saya perlu belajar dan lakukan. Saya redha dan saya akan sabar sehingga sampai masanya. Kita perlu yakin dengan perancangan Allah. Sebab itu kita tidak boleh berhenti berdoa. Semoga Allah permudahkan urusan dan niat kita untuk membina Baitul Muslim di samping membina kejayaan yang cemerlang. Insya-Allah. Amin Ya Rabal Alamin.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment