Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
1 FEBRUARI 2013
Tajuknya macam entah apa-apa la kan.. mana ada orang tunang 2 kali kan..kecuali kali kedua dengan orang lain la..ops!Tak adalah masih setia lagi..kihkih (konon).. Malam 1 Feb itu just perbincangan lanjut tentang hubungan saya dan dia. Tolak bulan ni mungkin tinggal lagi 17 bulan dalam kata lain 1 tahun 5 bulan..Inya-Allah. Nampak macam lama lagi tapi disebabkan saya masih belajar lagi mungkin saya tak akan sedar masa yang berlalu. Banyak sangat benda tak buat lagi.. Kursus kahwin belum pergi lagi..hmm..tak tahu nak mula mana dulu..somebody help me arrangekan my wedding..I tak nak kelam kelibut pula atau last minute preparation..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tapi hantaran tu tak rancangpun..just perbincangan biasa-biasa saja tak perlulah hantaran bagai..sebabkan masa tunang dah bagi hantaran..Tapi at least diorang cakap nak bawak buah tangan je..mula-mula cakap nak bawak 3 dulang saja, last-last pihak lelaki bawa 6 dulang termasuk duit..dan pihak kami cuma balas 5 saja guna dulang mereka.. Bila rombongan pihak laki tiba, terbeliak bijik mata tengok hantaran mereka..tiba-tiba jadi banyak, comel-comel pulak gubahan tu..lebih banyak daripada hantaran tunang..hihi..maklumlah, anak sulung nak kahwin, itu yang jadi macam berlebihan saja..Malangnya, sebab terkejut sangat sampai lupa nak snap pic..dah siap punggah barulah teringat nak snap pic..sayang betul..
Apapun, kali ni macam meriah rumah walaupun hari sekolah sebab petang tu ada bacaan yassin dan doa selamat sikit..untuk kaum muslimat sahaja..macam hari ni pula majlis nikah..Tak adalah nervous cuma malu sampai rasa nak menyorok bawah katil. Rasa malu sangat sampai rasa down dengan diri sendiri. Rasa malu sangat sampai rasa nak ketuk kepala kat dinding..
Rasa malu sangat sampai tak reti nak sapa kawan-kawan mak dan jiran tetangga..Dah panggil baru terkedek-kedek datang sambil tersengeh-sengeh..Hakikatnya tak tau nak cakap apa..Adoyai,sombong betul diri ini..Sangat kecewa dengan diri sendiri..Macamana ni nak bawa diri ke keluarga mertua nanti..Cedih..Nangis lagi.. T_T
Menyedari akan kelemahan diri ini..sayapun mengadulah pada dia.. Dia menenangkan saya..Katanya, jangan takut dia akan sentiasa ada dan bantu saya biasakan diri.. Dia tahu kalau saya senyap tu, saya tengah nangis lah.. Nak buat camne, dah hobi suke nangis.. Tak kira kalau happy ke sedih ke malu ke sakit ke takut ke marah ke..nangis je keje nye..tak pe nangis senyap-senyap je..nangis dalam hati..orang bukan tau pun.. nak buat camne, hati ni sensetip sangat.. Bila difikir-fikir balik, saya ni kena ada orang di sisi saya.. Bukan saya tak cuba untuk berdikari cuma saya ni tidak ada kepercayaan pada diri sendiri. Mula-mula dah yakin, pastu mula lah stress.. Macam menanggung masalah negara.. Last-last kena juga minta tolong orang lain bagi keyakinan ke apa ke..
Inilah rombongan pihak laki..Diapun ada di situ.. |
2 bakul buah..Namapun buah tangan kan.. |
Album duit.. |
Manisan daripada pihak lelaki..comel kan..tapi manis sangat.. |
Hantaran pihak saya..Last minute preparation.. |
Sebab lelaki bagi 2 bakul buah, saya balas 2 kek yang sama.. |
Sebenarnya semuanya kek..Ni kek gulung..cantik dan sedap tau.. |
Satu lagi Biskut makmur..Harapnya Aman Makmurlah kehidupan kami.. |
Dari pandangan atas nampak cantik juga kan walaupun simple.. |
Me, Tok and Mom. |
Mesti dah muak kan asyik bace tentang saya dan diaries ni..sorry just ini yang sedang saya lakukan dan terus berlaku untuk ketika ini..Mungkin saya akan berhenti sekejap bercerita tentang ini bila saya sudah kembali ke Terengganu untuk fokus pada pelajaran. 10 hari lagi tinggal saya di rumah sebelum kembali ke Terengganu..Saya perlu kumpul azam dan semangat yang baru. Ya, kehidupan yang baru.. Saya yakin saya mampu uruskan masa untuk belajar dan persiapan kahwin saya dalam masa yang sama. Masa cuti masa yang terbaik untuk uruskan apa yang patut.
Saya perlukan sokongan dan kepercayaan orang di sekeliling saya.. Ketika saya bersendirian di Terengganu, saya benar-benar perlukan kawan-kawan sebab mereka yang akan ada di sisi saya diwaktu susah dan senang. Bantulah saya untuk perbaiki kelemahan diri. Bantulah saya setiap kali saya dalam masalah. Teruskan pinjam bahu untuk saya bersandar ketika keletihan. Teruskan meminjamkan telinga korang untuk mendengar luahan saya. Teruskan bersama saya ya.. Itu saja yang saya minta.
Saya berdoa semoga Allah pelihara diri saya. Hablu min Allah, Hablu min annas. Mudah cakap tapi susah untuk dilaksanakan. Bila sudah dilaksanakan susah pula nak maintain. Namapun manusia. Ego membatasi akal. Susah untuk celik akal dan celik hati bagi setiap manusia. Kerana kita ni cuma manusia biasa.. Iman tak akan pernah sempurna. Syaitan pula akan mengambil kesempatan atas kelemahan kita. Sebab tu kadang-kadang kita jadi tak tenteram. Ada masa saya down ke lemah ke, tolong kuatkan saya..Doakan saya selalu. Sama-sama kita berusaha untuk perbaiki segala kelemahan diri dan terus melakar kenangan yang indah-indah saja, ok?
Insya-Allah.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment