Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
Apa khabar semua?Kalau secara lahiriah sudah sihat, alhamdulillah. Sekarang tanya pula iman kita. Subhanallahh. Rasa begitu lemah diri ini. Iman ini. Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil-Adha. Maka hari ni, saya membuat keputusan untuk berpuasa 9 Zulhijah. Hikmahnya, Allah akan mengampuni dosa-dasa kita setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Insya-Allah. Amin.
Bila bercakap soal hari raya kurban, kita pasti akan terkenang pada kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Jadi apa nilaian 'korban' di mata kita? Bila difikir-fikirkan, korban ni suatu perkataan yang sangat berat dan dalam maksudnya. Contohnya, bila nak berubah baik, banyak benda yang perlu dikorbankan. Kita akan hilang banyak benda, termasuk kawan-kawan semua lari. Tapi sebagai balasannya, kita dapat ketenangan yang dicari. Kita kena kuatlah tinggalkan semua perkara negatif dan cari perkara yang positif dan baik sahaja. Betul tak?
Alhamdulillah..saya
rasa tak susah nak jadi baik tapi untuk maintain itu yang susah. Dalam
kehidupan ini saya jumpa macam-macam orang. Ramai juga mereka yang saya
kenali suatu ketika dulu yang mungkin tidak seperti orang Islam yang
lain, mungkin dari segi sikap dan pakaian yang tidak melambangkan Orang
Islam yang beriman . Tapi alhamdulillah, berkat hidayah Allah, mereka
berubah. Pelbagai cara Allah nak beri hidayah itu. Sama ada positif
mahupun negatif semua kene terima.
Saya
gembira melihat sesiapa sahaja yang sudah kembali mengamalkan perintah dan tuntutan Allah SWT, malah mereka lebih baik lagi. Saya tak kata saya baik. Saya sendiri merasakan susahnya
nak maintain iman ni. Kadang-kadang bila sedar diri kita makin malas
untuk beribadah ketika itu saya sedar saya sudah jauh dari Allah. Saya
ralit dengan dunia. Saya cuba untuk meraih kembali perhatian Allah. Saya
takut Allah tarik hati saya.
Maka
saya akan melihat persekitaran saya. Banyak benda yang boleh kita jadikan iktibar untuk kita berubah menjadi lebih baik lagi. Salah satu caranya adalah dengan melihat orang-orang yang sedang berubah ini.
Saya benar-benar merasa diri ini kerdil. Mereka jauh lebih baik. Saya tak
mampu nak tegur kemungkaran kerana saya juga manusia yang melakukan
kemungkaran. Saya tak mampu untuk berdakwah pada orang luar kerana saya
tak mampu tegur kemungkaran orang yang saya kenali disekeliling saya. Saya tidak ada kekuatan. Apa yang mampu saya lakukan adalah mendoakan mereka supaya mendapat hidayah Allah.
Bila sudah berubah, banyak benda yang perlu kita korbankan, betul tak? Adakah kita mahu menjadi kufur nikmat? Selalu melihat kelebihan orang lain. Tapi tak sedar Allah yang beri kelebihan pada kita. Itukan rezeki mereka? Perlukah kita cemburu pada rezeki duniawi semata-mata? Rezeki kita ada cuma perlu pandai cari je.
Pernah dengar istidraj tak? Mari sini saya kongsikan satu info mengenai istidraj. Entah saya pernah cerita atau tidak saya dah tak ingat. Tak apa kalau dah pun apa salahnya? Berkongsi ilmu dan saling mengingati itukan kewajipan. Demi kebaikan diri dan kebaikan semua! Semoga bermanfaat!
Kadang-kadang hidup bersederhana lebih baik. Sebab itu saya
memilih untuk bersederhana. Saya bukan seorang yang terlalu hebat
terlalu kuat. Saya sedar itu. Saya cuma nak jadi orang biasa. Yang mana
saya mampu sampaikan, saya akan sampaikan.Yang mana saya mampu kongsikan saya akan kongsikan. Yang mana saya mampu sebarkan saya akan sebarkan. Insya-Allah.
Doakan saya tetap istiqamah. Menjaga iman ini. Bersederhana dalam semua perkara. Saya juga ingin mengejar kebahagiaan dunia disamping keredhaan Allah dan keberkatan sehingga ke akhirat kelak. Untuk itu, kita kena belajar untuk berkorban walaupun hati terasa payah. Setiap pengorbanan yang kita lakukan di dunia akan Allah balas juga sama ada di dunia mahupun di akhirat. Insya Allah. Amin ya Rabbal Alamin.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
Semoga Allah terima amalan kita.
Wallahu'alam.
Bila sudah berubah, banyak benda yang perlu kita korbankan, betul tak? Adakah kita mahu menjadi kufur nikmat? Selalu melihat kelebihan orang lain. Tapi tak sedar Allah yang beri kelebihan pada kita. Itukan rezeki mereka? Perlukah kita cemburu pada rezeki duniawi semata-mata? Rezeki kita ada cuma perlu pandai cari je.
Pernah dengar istidraj tak? Mari sini saya kongsikan satu info mengenai istidraj. Entah saya pernah cerita atau tidak saya dah tak ingat. Tak apa kalau dah pun apa salahnya? Berkongsi ilmu dan saling mengingati itukan kewajipan. Demi kebaikan diri dan kebaikan semua! Semoga bermanfaat!
Ada
orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam
bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis
dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang
susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak
sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah
menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun
mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya
mereka, takburnya mereka.
Kita tahu bahawa, sesiapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Kenapa begitu?
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”. (Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Marilah kita berfikir sejenak, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa orang tersebut?
Rasanya, mesti 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka janganlah merungut dan gusar bila kita tidak berjaya. Teruskan berusaha dan cuba lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH itulah yang perlu dijaga. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat lagi satu kisah yang mana:
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walaupun sudah berusaha, gagal dalam perniagaan walaupun kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil kita suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Tentunya Tidak Kan..
Rasanya, persolan begini selalu bermain difikiran sesetengah orang. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Untuk sama-sama mendapat muhasabah, kadang-kadang terlupa & kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t. telah berikan.

No comments:
Post a Comment