Love isn't something you find. Love is something that finds you.


07 February, 2014

My Diaries- Ujian menempuh alam perkahwinan(part1)


Bismillahirahanirahim
Assalamualaikum

Apa khabar ? Kita sambung semula ya. Seperti yang saya janjikan. Masalah  pertama dan yang utama sekali adalah dalam menentukan tarikh perkahwinan. Kedua-dua pihak masing-masing inginkan satu tarikh tapi setiap kali dah tetap tarikh, ade je yang tak kena. Banyak kali kot tukar tarikh itu ini..mula nak booking dewan pun tak sempat..dah siap bayar deposit akhirnya burn. Last sekali tak buat kat dewan pun. Dua-dua buat kat rumah.

Lepas tu angah pula mula-mula cakap tak boleh balik. Saya dah menangis bagai nak rak kot. Ini perkahwinan pertama saya tak kan lah angah tak boleh balik. Saya sedih sangat. Rasa down tiba-tiba. Tak nak kahwin la macam ni..huhu..masa tulah perasaan ketika itu. Rasa macam badmood je.. Mujurlah en. tunang ni sabar je orangnya. Saya tahu, dia lagi sedih bila keadaan jadi begini.

Alhamdulillah, akhirnya angah cakap dia boleh balik bulan 8. Jadi ingat nak buat bulan 8 la lepas raya. Tapi tiba-tiba, sekali lagi, masalah berlaku. Masa tu bukan cuti sekolah. Memandangkan mak ayah saya dan mak en tunang ni cikgu, tentulah mereka nak buat waktu cuti sekolah juga. So, saudara mara pun boleh datang juga. Keluarga lelaki bertegas nak buat bulan 6 walaupun sy rasa agak kelam kabut juga dan hati ni berat juga la. Kebetulan kena pula dengan cuti sekolah dan sayapun betul-betul baru habis sem 6 ketika itu. Jadi akhirnya, setelah berbincang kami setuju nak buat kenduri sebelah lelaki dulu baru sebelah perempuan. Walaupun bersalahan dengan adat tapi itu saja keputusan yang terbaik untuk puaskan hati semua pihak.

Ok, settle pasal tarikh. Hari ni saya bersiap pulang ke Terengganu. Selalu saya suka nak balik Terengganu sebab saya rasa kalau balik terengganu saya boleh buat kerja yang saya suka. Tapi kali ni saya rasa macam nak balik terengganu cepat tapi saya takut nak mulakan sem ni dan takut nak habiskan sem ni. Mungkin kerana subjek sem ni semakin susah dan berat dan tak lama lagi akan berlaku peristiwa besar dalam hidup saya.

Takut saya lihat subjek sem kali ni. Tapi saya yakin kalau saya berjaya manage waktu dengan baik dan sentiasa bertenang tanpa masalah, rasanya saya mampu untuk melakukannya. Ya, saya yakin saya boleh. Sebenarnya tak ada apapun cuma saya kalau boleh mahu semuanya perfect dan berjalan dengan lancar saja. Ya Allah, mudahkanlah aku untuk menuntut ilmu. Amin.

Jujur saya cakap saya exited dalam melakukan persiapan kahwin ni. Alhamdulillah, perkara yang penting saya dah settlekan jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan. Macam yang pernah saya cakap sebelum ni, saya dan dia bukan dijodohkan atas dasar suka sama suka tapi kerana sudah Allah tetapkan jodoh saya dengan dia. Jarak umur antara dia dan saya bukan penghalang yang besar malahan saya sangat besyukur kerana dia sudah bekerjaya tetap.

Dan bila berbicara soal hati, saya percaya dia adalah lelaki yang paling baik dan paling layak untuk saya cintai. Cuma definisi cinta saya untuk dia ketika ini bukan seperti definisi cinta yang biasa yang kita ketahui. Definisi cinta saya adalah selepas nikah. Memang banyak perkara sweet yang dia lakukan untuk tambat hati saya yang keras ni..dan saya amat hargainya tapi bukan bermakna saya tak sukakan dia. Sebabnya satu saja kerana prinsip saya, semua yang sweet adalah lepas kahwin. Insya-Allah.

Sangat penting bagi kita tetapkan prinsip hidup kita kerana kita terutama wanita kalau tidak ada prinsip pasti kita akan hancur. Teringat dulu zaman mula-mula nak up..masa belajar sekolah menengah, bila ada orang nak minta couple,saya akan tegaskan prinsip saya tak akan bercouple masa belajar. Ya, sungguh saya tak pernah bercouple semasa saya bersekolah sedangkan kawan-kawan saya ketika itu semua sibuk bercinta.. Baguskan? puji diri sendiri..haha..

Para wanita sahabat yang saya kasihi terutamanya. Nasihat saya berdasarkan pengalaman, jangan sewenang-wenangnya menyerahkan hati kita pada lelaki. Hati kita hanya untuk insan yang bergelar suami. Selagi dia belum halal lagi, jangan serahkan hatimu padanya. Boleh jadi dia bukan jodohmu. Kalau dia jodohmu pasti dia akan bersabar dan berusaha menjadi yang terbaik untukmu sehingga kamu sendiri mengagumi perubahannya.

Ingat kita bukan mencari yang sempurna tapi kita sedang berusaha untuk menjadi sempurna. Jangan gusar kalau si dia banyak kelemahan. Jangan kau rasa dia tak mampu membimbingmu. Jangan sesekali pertikaikan kemampuan mereka kerana setiap lelaki itu Allah ciptakan dia sebagai pemimpin buat wanita. Jika dia seorang yang bertanggungjawab, maka dia pasti akan mampu menjaga dan melindungimu seumur hidup bersama. Insya Allah. Percayalah.

Setakat ni dulu lah.. ada lagi masalah-masalah lain tapi ini antara masalah besar yang menganggu fikiran dan emosi ketika ini. Apapun, mungkin lama saya tak akan update dah. Tengoklah kalau rajin saya update lagi. Doakan saya kuat dan dapat menempuh segala ujian yang datang ya..

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment