Love isn't something you find. Love is something that finds you.


20 September, 2011

Kisah saya di Terengganu!

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

Apa khabar?Sudah terlalu lama saya tak menjengah blog..terlalu banyak perkara yang berlaku..ingin sekali saya kongsikan disini..sampaikan saya sendiri tidak tahu ingin bermula dari mana dahulu..Apapun kini saya sudahpun bergelar siswazah bukan lagi prasiswazah..Maha suci Allah yang mengurniakan saya kesempatan ini..Sungguh..saya tak akan sia-siakan..


Hari pendaftaran

Awal pagi dalam pukul 8 pagi saya dan kedua ibu bapa saya sudahpun tiba di perkarangan UniSZA..terlalu ramai orang.Saya mengambil nombor..Saya nombor yang ke 104..aduhai..lamanya..Alhamdulillah,tepat 9.30 ,urusan pendaftaranpun selesai..Saya mendapat kunci bilik blok H1 3/3..Alhamdulillah..tempatnya nampak selesa juga..Saya berkenalan dengan roomate saya yang berasal dari Johor Bahru..muda setahun daripada saya..Namanya Amirah.
Selesai pendaftaran saya kembali ke homestay dan ayah mengajak saya ke Pasar Payang..Sebelum menuju ke destinasi ibu mengingatkan ayah yang saya perlu kembali ke UniSZA pukul 3..kerana pelajar baru akan diberi sedikit taklimat.Jam menunjukkan pukul 11 pagi.Alhamdulillah,kami(pak uda+mak uda+si kecil Aqif+ nenek)dapat menemui Pasar Payang setelah bertanya beberapa orang.Apa lagi,berjalan sakanlah kami!Jam menunjukkan pukul 1.30 petang,dan kami berkira-kira untuk bertolak pulang.Mungkin Allah nak uji,kami tersesat mencari jalan pulang..3 kali pusing tetap masuk Pasar Payang..La haula wala quata illa billah azim..

Jam sudah menunjukkan pukul 2.30.Hati saya mulai resah.Perut saya mula berkeroncong.Lapar..Minyak kereta CRV yang dipandu ayah semakin berkurang.On the way ke UniSZA,ayah berhenti di stesen minyak..Entah kenapa saya mengeluh bila melihat jam sudah menunjuk ke angka 3 petang.Saya risau..Apakah saya sudah terlewat..Ayah memarahi saya..Saya diam membisu..Ayah..maafkan saya..Mak uda menelefon..meminta saya menaiki kereta mereka..Sementara ayah masih mengisi minyak.Kami bertolak ke UniSZA terlebih dahulu.

Pak uda memandu begitu laju..Saya melihat mak uda di belakang terkumat-kamit membaca doa..Risau dengan cara pemanduan Pak uda..Entah berapa kali Pak uda meminta maaf kerana melanggar lampu merah..Nenek pula ketawa melihat keletah Pak Uda yang meminta maaf itu.Sebaik tiba di UniSZA,saya menelefon sahabat saya.Mereka mengatakan taklimat bermula pada pukul 4.30 petang..Ya Allah!Sabar sajalah..Kasihan Pak Uda yang bergegas tadi..Dan kasihan juga saya yang tak pasal2 kena marah dengan ayah!=(..Mudah-mudahan Pak uda tidak kena saman!Kami semua menuju ke kafe setelah semua ahli keluarga selesai melawat bilik kediaman saya.Malangnya,tiada satu geraipun yang buka di kafe itu.Kasihannya kami!=(

Saya bersalaman dengan ahli keluarga saya satu persatu..Saya mengucap dahi adik-adik saya..Saya memeluk erat ibu saya..saya bersalaman dan mengucup ayah saya..Saya sebak..tapi saya menahan perasaan saya..saya simpan segalanya dalam hati..saya pendam dan sembunyikan gelodak perasaan yang bercampur baur..Rasa sedih,gembira,bersalah dan sebagainya menyelubungi segenap ruang diri saya..Kepergian mereka saya iringi dengan senyuman..Namun dalam hati,saya sedih juga..Saya pasti akan rindukan mereka semua!

Minggu orientasi

Minggu orientasi atau dalam kata lain minggu mesra siswa berlangsung selama 5 hari..bermula Ahad sehingga Khamis.Seperti biasa,setiap pagi ada ceramah yang akan menanti..Pada sebelah petangnya masa riadah..Masa sangat-sangat terhad..Setiap hari terpaksa bergegas dari tempat kediaman ke Dewan Al-muktafi Billah Shah(DABS) yang sangat jauh.Kebiasaanya,kami akan dibangunkan seawal 4.30 pagi dan program akan tamat menjelang 12 malam.Letih itu,hanya Tuhan saja yang tahu..Tumit saya pecah-pecah.Kaki saya juga melecet..tapi Alhamdulillah..tidaklah begitu teruk sangat jika dibandingkan dengan orang lain!

Hari Rabu malam kebudayaan..Syukur kumpulan saya tidak bercampur dengan lelaki..Kami memenangi tempat kedua dengan persembahan Koir yang bertajuk Warisan ,nyanyian asal alahyarham Sudirman Hj Arshad..Saya sangat enjoy pada malam tersebut.Malam penutup juga tidak kurang hebatnya..Pada malam tersebut kami telah sah menjadi mahasiswa dan mahasiswi UniSZA..Akur janji dari setiap Fakulti telah diserahkan kepada Dekan masing-masing.

Minggu orientasi kami tidak berakhir disitu.Kami dipecahkan kepada 2 group..Saya dari Fakulti Kontemporari Islam berada di group yang kedua..Kami merupakan batch pertama Ijazah yang melaksanakan   Camp Cocuriculum di Merang,Terengganu.Group kedua,bertolak pada Jumaat malam Sabtu.Jadi,pada paginya,group kedua wajib berpindah ke asrama kediaman yang lama..Sudah pasti jauh berbeza dengan rumah kediaman yang mula-mula dahulu.Saya ditempatkan di blok Maryam,bilik 201.Alhamdulillah,kali ini saya dapat roomate baru yang berasal dari Terengganu..Satu fakta yang menarik tentang roomate saya,ialah namanya adalah gabungan kepada nama saya dan roomate saya yang sebelum ini..jadinya..FATIN AMIRAH..hmm:)))
Antara aktiviti menarik yang dilaksanakan ialah,fire camp..junggle trekking dan water cofident..Suatu yang saya agak terkilan,saya tidak mampu menjaga aurat dengan sempurna..Namun,saya masih gembira dapat duduk sekhemah bersama sahabat-sahabat saya!Tempatnya sangat cantik dan damai.Water confident..saya tidak akan sekali-kali lakukan lagi..Saya hampir kembung perut minum air masin tau!Junggle trekking,saya tidak dapat lakukan kerana hujan terlalu lebat..Khemah kami hampir terbang ditiup angin..kami berhujan selama setengah jam sebelum kami diarahkan berkumpul di dalam dewan..Bukanlah dewan sebenarnya sekadar kawasan berbumbung.Hujan yang disertai guruh sangat menakutkan saya..Ketika itu saya hanya berdoa semoga hujan segera berhenti dan kami akan segera pulang!

Minggu kuliah

Minggu ini kami sudah mula masuk ke bilik kuliah..kos Usuluddin dengan Kaunseling(USUK) tidak ramai..hanya 31 orang..7 daripadanya lelaki dan selebihnya wanita.Jadual kuliah..ada yang padat dan ada yang kosong..Jadi tidaklah terlalu penat..Kelas yang paling awal pukul 8 dan kelas yang paling lambat berakhir pada pukul 10 malam.Ada juga kelas yang digabungkan bersama kos-kos yang lain..seperti subjek ilmu wahyu dan kemasyarakatan,Tamadun Islam&Tamadun Asia(TITAS) dan sebagainya.Alhamdulillah..
Saya mengenali ramai kawan baru dari segenap pelosok negeri..terasa seperti melancong 1 Malaysia pula..Dari terengganu,Kelantan,Pahang,Johor Bahru,Negeri Sembilan,Melaka,Kedah,Perlis,Selangor,PulauPinang,,malah dari Thailand juga ada..Ada juga dari China,Sabah&Sarawak..tapi saya tak sempat berkenalan..Kalau saya list di sini sekali lalu,merupakan wakil kawan-kawan yang saya senaraikan tempatnya tadi..Yati,Bii,Sal,nurul,Su,tikah,intan,dila,asiah,K zaimah,K Linda,dan Siham..Oklah..setakat itu dahulu lah!Itu yang saya ingat..


Baiklah..selesai sudah muqadimah yang panjang lebar..Sekadar perkongsian dari pengalaman yang saya pasti semua orang pernah lalui..Saya sentiasa berdoa semoga langkah saya di dunia yang baru ini sentiasa dipermudahkan Allah SWT..dan sudah pastilah saya mohon supaya diri saya ini sentiasa dipelihara dalam jagaan Allah..Saya sangat bersyukur pada Allah kerana ditempatkan di sini..Semoga saya sentiasa dikurniakan sahabat-sahabat yang terbaik di sisi saya!Buat seseorang yang sedang menanti nun jauh disana..anda juga tidak dilupakan!

Selamat berhujung minggu..

Wassalam..

25 August, 2011

Malam Lailatul Qadar


Assalamualaikum..

Apa khabar semua?Bagaimana setakat ini?Harapnya semua masih baik dan terjaga dalam peliharaan Allah..InsyaAllah..Yang jauh di perantauan pasti sudah dalam perjalanan untuk pulang ke kampung..Jalan raya semakin sesak..Pesan saya,berhati-hatilah semasa memandu..Saya nasihatkan pada diri saya sendiri terutamanya.

Baiklah..kali ini saya ingin berkongsi mengenai Malam Lailatul Qadar..Mungkin ini merupakan entry berkenaan Ramadhan yang terakhir yang akan saya kongsikan bersama memandangkan Syawal semakin menjelma tiba..Sebelum meneruskan lagi,saya mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap daripada pihak saya..Sekadar perkongsian yang tidak seberapa daripada saya..Terimalah buah tangan ini dengan hati yang terbuka..Mudah-mudahan Allah meredhai apa jua yang kita lakukan..Insya-Allah.

Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. 

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya: Mulai jam 12.00 tengah malam: 

1. Sembahyang sunat wudhuk. 

2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.

3. Membaca al-Quran.

4. Istighfar: 



5. Zikrullah:


6. Bertasbih: 







7. Selawat:



8. Sembahyang sunat tahajjud.

9. Sembahyang sunat tasbih.
Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca: 



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain." 

Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah: 



Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."


Alhamdulillah..selesai sudah perkongsian saya kali ini..Terima kasih kerana sudi membaca..Semoga dapat memberi manfaat buat semua..Pada saya,Ramadhan kali ini benar-benar membahagiakan saya..Saya benar-benar terdidik dan terjaga..Entah esok lusa,bolehkah saya menjalani Ramadhan seperti kali ini..Syukur pada Allah atas nikmat Iman dan Islam yang diberiNya..Saya berdoa,mudah-mudahan Allah permudahkan langkah saya selepas ini..Akan datang,saya akan melangkah ke dunia baru..Memburu cita-cita dan impian yang menggunung tinggi..Saya gembira menghitung hari tapi dalam masa yang sama saya sedih T_T ..Segalanya bercampur-baur.Belum berjauhan lagi,air mata kerinduan mula bergenang..Saya pasti akan rindukan keluarga saya..Ya Allah!Tolong doakan saya..agar dipermudahkan segalanya ya..Amin!