Love isn't something you find. Love is something that finds you.


21 July, 2013

Terima kasih untuk header yang comel ni ^_^


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Apa khabar semua?Alhamdulillah sihat kan?Bagusla. Saya belum mula buat kuih raya lagi. Ingat minggu depan dah boleh start buat kuih raya la..Buat awal-awal nanti habis awal. Untuk kerepek popia saya kene buat banyak sikit sebab ada tempahan..hihi..Mujur angah ada kat rumah. Dia yang meng'offer' diri untuk membantu..Yes, mudah keje!

Ok, habis pasal kuih raya..Pasal terawih pula. Terawih hanya buat kat rumah je. Belum pernah terawih di masjid. Tahun lepas hari first je semangat terawih kat masjid, last-last kat rumah juga yang bestnye..hihi.. Ramadhan tahun ni saya cepat ngantuk je. Habis solat terawih mesti rasa berat je matanya. Entahlah kenapa.

Nak kata banyak keje, biasa saja. Nak kata banyak makan pun biasa saja..hihi..Tupun, balik keje mesti tidur kejap. Balik keje kan pukul 4.30 petang. Pukul 5. 30 lebih kurang baru bangun memasak. Jangan main-main. Setiap hari kot masak. Belum pernah pegi bazar atau beli lauk pauk kat bazar tu. Tak teringin sangat la..

Cuma kelmarin je,saya dan angah buat perjanjian nak berbuka KFC. Sebabnya mak dengan abah ada majlis berbuka puasa kat luar. Mak dan abah ade ajak tapi, saya letih pula. Sebenarnya saya ni lemah sikit kalau tak ada member. Maklumlah, kalau saya ikut mak nanti, mesti punya mak tinggalkan saya kesepian sebab berjumpa dengan kawannya. Sedih tau mak buat macam tu..hihi

Saya tahu saya bukan budak kecik lagi. Kene teman saja memanjang. Saya kene pandai bawa diri. Berdikari. Beramah mesra. Tapi, entahlah kenapa saya ni pemalu sangat dengan orang di sini. Saya tak ada kawan kat sini sebab saya bersekolah jauh kat kamunting. Kawan baik-baik semua dok jauh. Mase sekolah menengah saya dok asrama. Lagi la jauh. Tak de kawan. Sedih kot.

Dulu saya berkawan sebab nak dapat perhatian selalu. Kadang-kadang berebut kawan. Bila dia rapat dengan kawan lain, saya rasa terancam. Sepatutnya saya pun kawan la juga dengan dia. Tapi entahlah. Sebab mungkin masa tu tak matang lagi kot. Macam kelakar bila ingat balik.

Oklah..banyak pula membebel kan?Sebenarnya nak cerita pasal header baru saya ni..hehe..omei kan?Nak promot kat sapa-sapa yang berminat nak tempah header blog..tempah kat sini ye. Credit to http://annursyauqina.blogspot.com/ .Terima kasih daun keladi, esok boleh buat lagi..kihkih.

Baiklah, setakat ni dulu..Nanti kalau rajin saya update lagi..Bye!
Assalamualaikum. Selamat menjalani ibadah puasa!


19 July, 2013

Disebalik kesempurnaan itu tersembunyi sebuah duka.


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi kita kecukupan yang tidak terhingga. Maha suci Allah yang tidak pernah lupa memberi nikmat buat hamba-hambanya. Kita sudah 10 hari berpuasa,kan?Semoga Allah swt memberkati rezeki kita semua. Insya-Allah.

Sekadar perkongsian buat renungan kita bersama. Sebuah kisah yang benar-benar berlaku. Saya tahu banyak lagi kisah di luar sana yang lebih menyayat hati. Cukup sekadar kisah satu ini membuat saya berfikir selalu. Tidak Allah ciptakan manusia itu sempurna semata melainkan ada kekurangannya. Maksudnya kerana ada kekurangan itulah maka dia ada kesempurnaan yang lain. 

Ada seorang ustaz di tempat saya praktikal. Jawatannya sebagai penolong pendaftar atau penolong pegawai tadbir agama. Jawatan kedua yang tertinggi di situ. Umurnya sekitar 30-an. Muda dan segak orangnya. Senang cakap dialah paling hensem kat situ. 

Tersenyum saya bila mendapat tahu dia merupakan bekas pelajar KUSZA juga. Sebelum saya mengenali dia sebagai ustaz di situ, saya betul-betul fikir dia seorang pelajar dan mungkin sedang praktikal. Tapi rupanya bukan.

Apabila saya tahu dia seorang ustaz dan jawatannya di situ, timbul kekaguman di hati saya. Hati saya berbisik. Muda-muda lagi sudah pegang jawatan itu. Sedangkan ustaz-ustaz lain yang lebih tua daripadanya bekerja di bawahnya. Untungnya isteri dia dapat ustaz yang segak dan berkepimpinan. Dari gayanya nampak seperti sayangkan isteri. Terfikir saya, mesti isterinya cantik mungkin.

Suatu hari, saya dapat tahu kisah hidupnya. Saya tak sangka disebalik kesempurnaan yang dilihat di depan mata rupanya tersembunyi kisah luka yang sangat menyedihkan. Bukan sesuatu yang aib tapi sebaliknya boleh dijadikan pedoman buat diri sendiri.

Ceritanya, isteri pertama ustaz sudah meninggal dunia. Akibat kemalangan. Begitu juga dengan anak di dalam kandungan isterinya. Ustaz yang memandu ketika itu bersama isteri yang sedang hamil anak sulung mereka. Agak lama juga untuk redha dengan pemergian isterinya itu. Selepas itu ustaz berkahwin kali kedua dengan kawan baik isterinya. Menurut apa yang diperkatakan wajah kawan baik arwah isterinya iras wajah arwah. Masya-Allah.

Itulah serba sedikit kisah yang disampaikan oleh seorang kakak yang merupakan staff lama di situ. Dia memang rajin bercerita. Apa yang berlaku memang sudah ditetapkan oleh Allah. Kekayaan, harta benda, kesenangan, wang ringgit, kecantikan wajah, keperibadian yang baik, kebijaksanaan. Semua itu anugerah Allah di dunia. Semua itu dinamakan kesempurnaan secara lahiriah.

Siapa yang tak mahu nampak hebat dan sempurna?Kalau kita mengharapkan sesuatu yang baik tapi membawa bahana, apalah gunanya? Maksud bahana tadi bukanlah seperti kisah ustaz tadi. Itu sekadar sebahagian kisah hidupnya. Setiap jalan hidup kita berbeza. Terpulang pada kita bagaimana ingin mencorakkannya.

Bahana sini menurut saya, perkara dalaman. Apa yang kita tak nampak di dalamnya. Iaitulah dinamakan hati. Contohnya, bila cantik maka dipuji, masakan tidak timbul perasaan riak? Bila kaya dan berduit, mana mungkin tak timbul perasaan suka membazir daripada bersedekah. Bila bijaksana dan berjawatan pula,mungkin kita akan cenderung untuk bersikap ego dan merendahkan orang lain, seolah-olah kita saja yang betul orang lain salah.

Apakah dengan semua kesempurnaan yang Allah kurniakan ini yang kita mahukan dan impikan selama ini?Adakah kita yakin dapat mengukur tahap keikhlasan kita dalam membantu sesiapa saja yang memerlukan?
Allahurabbi..Hanya Allah sahaja ada jawapannya!

Saya juga manusia biasa. Yang lemah dan pastinya tidak sempurna. Saya juga sering membuat salah. Kadang-kadang rasa puas hati bila dapat bantu orang. Tapi adakah perasaan bangga itu dikira sebagai riak?Allahu a'lam.

Allah sedang menguji hati hambanya. Dia mahu kita sentiasa sedar bahawa, selain Allah yang miliki dan mengawal hati kita, ada syaitan yang sering memainkan tugasnya di sini. Saya mengaku, bab mencari kesempurnaan ini memang saya mencari sejak dahulu lagi. Saya selalu fikir, saya sedar saya banyak kekurangan, biar jodoh saya nanti orang yang hebat! Kalau dia tak hebat, bagaimana dia nak didik hati saya?

Hati saya kadang-kadang cemburukan pada kelebihan atau kesempurnaan orang lain tapi saya tak sedar, mungkin orang lain berperasaan sebegitu juga pada saya. Itulah manusia. Tidak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Ya Allah jauhilah aku dari perasaan ini!

Allah tahu apa yang kita mahukan. Allah tahu apa yang kita perlukan. Allah beri apa yang sesuai dengan diri kita. Mana mungkin kita lebih hebat daripada perancangan Allah. Allah pelihara kita daripada memiliki kesempurnaan sekarang kerana itu Allah ciptakan kita berpasangan supaya kita dapat saling melengkapi antara satu sama lain. Itulah yang baru dinamakan kesempurnaan!

Biar dia bukan lelaki hebat, biar saya bukan wanita hebat tapi bila kami disatukan nanti kami akan menjadi hebat!Itulah doa saya. Itulah harapan saya. Tak salah kita saling memperhebatkan diri kita untuk pasangan kita bermula dari masa sekarang. Sama-sama mencari kesempurnaan dalam mencapai keredhaan Allah.
Amin ya Rabal Alamin.