Semenjak dua menjak ni masa makan aku tidak begitu berkualiti..Sering saja aku membiarkan perut aku ini kosong..Selera makan aku juga agak susut..Akupun tak tahu kenapa..Biasanya kalau rungsing memang aku tak lalu nak makan..Hari ini entry aku tajuknya agak kontroversi bagi akulah..Kerana ada kisah yang berlaku disebaliknya..Pada aku kawan ini tak ada yang sempurna..Makin kita kenal dia makin kita faham perangai dia..tak semua yang baik dan tak semua yang jahat..Kita berkawan dengan sesiapa saja tanpa memilih sesiapa..Kawan dalam kata lain kenalan biasa..bukan bermaksud sahabat..Sahabat bagiku lebih dekat dan rapat dengan kita..serta lebih memahami diri kita..Susah nak cari sahabat yang baik sebenarnya ^^,
Kisah 1;
Dulu masa aku bersekolah dulu,aku sering menyusahkan mak..Ada suatu masa,ada jamuan bilik..Masing-masing menyediakan makanan dari rumah.Lantas aku membantu ibuku memasak..Banyak sangat..Kemudian makanan terlalu banyak dan tak dapat dihabiskan..Lantas terpaksa membuangnya begitu saja kerana makanan tersebut tidak tahan lama..Alahai,kasihan mak..penat aku dan mak masak..(T_T)
Ada juga hal apabila aku ingin keluar outing dengan mak..kawan-kawan mulai sibuk untuk memesan macam-macam barang..Disebabkan kasihankan mereka yang tiada waris untuk outing bersama,aku bersetuju untuk membantu..tapi masaku bersama mak pula menjadi terbatas disebabkan sibuk menguruskan pesanan kawan-kawanku..
Kemudian ada seorang kawan meminta aku membelikan sesuatu untuknya tapi menggunakan duit aku dahulu.Disebabkan aku masih bersekolah aku terpaksa menggunakan duit mak untuk membeli barang yang dipesan oleh kawanku itu..dan akhirnya mak tak minta bayaranpun.Begitu juga apabila kawan-kawan meminta aku untuk sponser barang kelas tapi sebenarnya mak yang tolong bayar semua itu..Kawan-kawan sedikitpun tak beri duit.Mak pernah berpesan kalau nak tolong belikan boleh,tapi biarlah beserta duit sekali ..selepas barang diterima,Mak tak sampai hati nak minta mereka bayar untuk mak..Itu jawapan mak.
Aku sedikit menyesal kerana bersetuju dengan permintaan kawan-kawan..Niat aku untuk membantu kawan-kawan tapi rupanya aku dah menyusahkan mak pula :(
Kisah 2;
Baru-baru ini keadaan mak tidak berapa baik..Mak sering sibuk dan keletihan..Tidurnya tidak pernah cukup..Meskipun aku ada membantu di rumah namun mak tetap keletihan setiap hari..Kasihan aku melihat mak..Setiap hari mak akan mengadu sakit kepala..Ada seorang kawan mak yang sering mengganggu mak disaat mak sedang berehat di rumah..Kadang-kadang untuk perkara yang kecil juga dia boleh datang malam-malam tanpa ada rasa belas kasihan pada mak..
Suatu hari,ketika itu jam menujukkan hampir pukul 10 malam..telefon bimbit mak berdering..Aku mengintai di skrin telefon..Nama mak cik tu..Aku tak mahu mak cik itu menganggu masa rehat mak..Jadi aku biarkan saja telefon mak tanpa diangkat..Aku geram dengan sikapnya yang sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan mak..
Tiba-tiba aku terdengar bunyi enjin motor di luar rumah..Aku semakin marah apabila mak cik itu tetap datang ke rumah kami diwaktu malam begini..Bukan tidak suka tetamu datang ke rumah tapi biarlah kena pada waktunya..Mak cik itu sudah tercongok depan rumah takkan aku nak halau..Akupun gerak mak..Oleh kerana aku geram dengan kedatangan tetamu yang tak diundang itu,nada aku bercakap juga turut berubah..
"Mak kawan mak datang tu.."kataku.Mak seakan mahu menangis."Kenapa tak beritahu mak dah tidur?"Tanya mak.Jelas sekali mak turut terganggu dengan kedatangannya.Aduhai..kasihannya mak..Salah ku juga tak angkat telefon dan beritahu mak sedang tidur..Habis dari itu aku meminta maaf atas kesilapan itu..Aku berjanji akan menjawab telefon untuk mak seandainya mak sudah tidur..walaupun jelas sekali aku tidak suka menjawab panggilan orang lain..
Aku sayang kawan-kawan ku..dan aku mahu kawan-kawan juga menyayangiku..tapi aku lagi sayang pada ibuku..Aku memang tak mahu menyusahkan mak..Aku marah kawan mak mengganggu dan mengambil kesempatan ke atas mak tapi sebenarnya aku juga kadang-kadang melakukan benda yang sama pada mak semata-mata kerana kawan-kawan..Aku tak berhak menghukum kawan mak..apatah masuk campur hal mak dan kawannya.Kawanku biar aku yang uruskan..Kawan mak biar mak yang uruskan..Aku bukan berharap kebaikanku atau kebaikan mak diiktiraf atau dibalasi..tapi sedih juga kalau kawan-kawan kami tidak tahu menghargai setelah apa yang mereka dapat..Kecewa juga tapi itu yang berlaku sebenarnya..Memang fitrah manusia sering lupa..Benda baik dia tidak ingat..Apabila tersalah atau melakukan kesilapan,itulah yang paling diingati..
Aku berdoa agar Allah mengampunkan dosaku,dosa kedua ibubapaku dan dosa kawan-kawan kami..Aku mohon semoga Allah terus memberikan hidayah kepadaku,ibuku,kawan-kawanku dan kawan-kawan mak untuk terus ikhlas dan redha dalam berkawan dan berukhwah..Biarlah kita bersusah bersama dan bersenang bersama..Saling bantu-membantu dan tolong menolong antara satu sama lain..Yang mana yang baik,kita teruskan manakala yang tidak baik kita perbaiki sedikit demi sedikit.Insya-Allah kita akan lebih bahagia di hari mendatang :)
26 June, 2011
19 June, 2011
bicara hati**
Suatu hari seorang sahabat berkunjung ke rumah saya..Dia memakai tudung labuh bidang 60 yang elok berjahit..Masih mengekalkan pakaian muslimahnya..Alhamdulillah,saya tumpang gembira melihatnya..Dia lulusan STAM dan sedang dalam permohonan untuk belajar di Mesir..Ahli keluarganya semua kebanyakannya sudah berjaya..Abangnya sudah belajar di Mesir..Pendek kata keluarganya dikalangan keluarga yang soleh dan solehah..Saya cukup kagum dengannya..
"Saya kerja sebagai guru J-Qaf..ada dua buah sekolah saya mengajar..Pagi dan petang..Malamnya saya mengajar budak-budak mengaji..Pukul 8 sampai pukul 9 je..Penat tu memang penat..tapi Allah dah beri rezeki tu Alhamdulillah.."Bunyinya agak riya' dan tamak..Sampai dua sekali dia mengajar..fikir saya..tapi saya berbaik sangka..melupakan bisikan jahat yang cuba untuk meniupkan perasaan dengki dalam hati saya.
"Aduhai,bertuahnya awak..saya xbuat apa-apapun..jadi driver je,tolong hantar dan ambil adik-adik di sekolah..saya memang nak kerja tapi saya tak pandai cari..saya tak mahu kerja yang bukan-bukan..kalau boleh biarlah yang baik-baik..kawan saya ajak kerja sebagai guru ganti tapi di Kuala Lumpur pula..jauh sangat..lagipun kasihan ibu saya pula tak ada siapa tolong.."
"Lah..berlambak kerja cikgu kat sini..yang awak cari jauh-jauh tu kenapa?saya ada satu lagi tawaran kerja mengajar J-Qaf..kebetulan pak cik saya memang ada kawan di PPD..jadi dia yang tolong saya cari kerja..tapi hari tu saya dah bagi tawaran tu pada sahabat lain(lelaki).."jawabnya tanpa memikirkan perasaan saya ketika itu..Tidak pula dia mengoffer untuk saya..dan saya pula segan untuk bertanya..Sayapun mengalih topik yang lain pula..
Dalam hati saya,terkilan dia tidak bertanya pada saya..apa salahnya berkongsi rezeki dengan orang lain..sedangkan dia tahu saya juga tak buat apa-apa di rumah..Mungkin saya yang sepatutnya bertanya dia sendiri..Ya,salah saya..tak mungkin kerja datang bergolek..Apapun yang pasti,saya memang tak ada rezeki untuk bekerja..
Fikiran saya kembali berputar ligat di zaman persekolahan kami..Ketika itu saya bersahabat dengan seorang lelaki juga atas dasar untuk belajar..malangnya persahabatan kami disalah tafsir lalu mengundang fitnah..saya tak mahu mengimbau kenangan lalu..yang pasti kami tidak lagi berhubung sejak itu..saya yang meminta supaya kami tidak lagi bersahabat tapi akhirnya saya yang sedih..xapalah..setiap orang pernah melakukan kesilapan..itu kisah lalu..saya dah lupakan dan sekarang saya dah ada kehidupan yang baru ^^
Masa dulu sahabat lelaki itu pernah memberitahu bahawa dia percayakan saya dan sahabat saya yang datang ke rumah saya tadi..sampai sekarang saya tak faham maksudnya..Saya takut untuk bertanya lebih lanjut lagi,jadi saya membiarkan persoalan itu bermain di fikiran saja..
Apa yang saya nak katakan di sini,betapa wanita seringkali mudah mendahulukan sahabat lelaki sedangkan masih ada sahabat wanita yang memerlukan pertolongan..saya pasti apa jua sebabnya,lelaki dan wanita tak boleh menjadi sahabat baik..perasaan kepada sahabat lelaki berlainan rasanya sebagaimana perasaan dengan sahabat wanita..benar atau tidak?Saya juga yakin,masih ada ramai lagi sahabat wanita yang boleh kita meminta pertolongan namun seringkali apabila si sahabat lelaki menghulurkan pertolongan kita mudah terima..Ingatlah,apabila lelaki mendekati wanita itu tandanya dia tertarik dengan wanita itu..justeru,mana mungkin xwujud apa-apa perasan aneh apabila bekerjasama dengan yang berlainan jantina..saya ambil pengajaran atas apa yang berlaku,kerana saya juga mungkin pernah melakukan kesilapan..kesimpulannya,haruslah dahulukan sahabat wanita dalam segala hal barulah kita membantu sahabat lelaki pula..
Suatu hari yang lain ibu menghampiri saya..
"Apa yang kak long menungkan tu?"
"Mak..kak long rasa rendah diri dengan diri kak long..kak long asyik cerita tentang adik-adik..angah dapat pergi Perancis tak lama lagi..Amat di KISAS..tapi kak long tak ada kejayaan untuk dibanggakan.."
"Jadi biarlah bersederhana..memang kalau dari satu sudut kita sangat kurang..mana tahu sudut lain kita lebih baik dari orang lain..kita tak tahu,orang tak nampak apa yang kita nampak dan kita tak nampak apa yang orang lain nampak pada kita..Allah itu Maha adil..kita tak mungkin dapat apa yang kita mahu..masing-masing pasti ada kekurangan dan kelebihan yang Allah kurniakan..jadi bersyukurlah pada apa adanya kita..kalau menurut mak,alhamdulillah hubungan dengan Allah insya-Allah kak Long jaga,cuma perbaiki hubungan sesama manusia..hablul minallah,hablul minannas..lagi satu,besungguh-sungguh dalam setiap yang kak long lakukan..jangan seperti melepaskan batuk di tangga..bersabar banyak,insyaallah kejayaan itu pasti akan tiba juga.."Pesanan ibu kusematkan di dada.
Baru kusedar,hidup ini perlukan peringatan dan tarbiyah berterusan..maklumlah sudah lumrahnya manusia mudah lupa dan leka..bukan persoalannya tak tahu tapi tak dapat nak kawal..Hati ini dalaman..pasti sukar untuk kita kawalnya kerana kita tak dapat memegangnya,melihatnya dan membersihkannya setiap hari..jadi setiap hari kita pasti akan melakukan kesilapan maka caranya bertaubatlah selalu..Sebabkan hati ini kita tidak dapat lihat maka kita tidak tahu apa yang orang fikirkan tentang kita..dan begitu juga sebaliknya..Ada kata-kata yang kita ucapkan tidak ada niat untuk membangga diri,tapi orang lain fikir kita riya..Jadi jangan sewenangnya menghukum orang yang melakukan kesilapan..barangkali kesilapan yang dilakukan tidak disedari, tidak disengajakan atau pertama kali dilakukanya..maka maafkanlah kesilapannya.Zaman sekarang ada yang diluar kelihatan baik tapi sebenarnya dia tidak sebaik disangka..ada juga yang dari luar kelihatan tidak baik tapi sebenarnya dia sangat berhati baik..Semua itu bukan suatu mustahil!#
"Sekarang awak buat apa?"Saya bertanya.

Pantas saya menggeleng..

10 June, 2011
^^Debaran menanti hari *__*
Rungsing aku memikirkan tentang keputusan permohonan ke IPTA..tiada tarikh yang pasti..aku berdebar menanti saat itu..tetapi aku letih menanti dan terus menanti..aku cemburu pada mereka yang sedang belajar..sudah berapa bulan aku hanya terperap di rumah menanti dan terus menghitung hari..kebosanan dan kebuntuan yang ku rasai hanya tuhan sahaja yang tahu..
Aku berfikir-fikir..persaingan sengit..ramai pelajar yang bijak pandai zaman sekarang..keputusan aku belum di tahap selamat lagi..sedih aku bila memikirkannya ;)..entah dapat..entah tidak..aku sendiri tidak ada jawapannya..masikah ada rezeki untuk aku menyambung pengajianku lagi?hmm..aku mengeluh lagi..^o^aku terlalu menaruh harapan yang tinggi..Belajar di universiti memang impianku..kemuncak kepada kehidupan mudaku..walaupun aku tahu penuh cabaran dan rintangannya..aku akui juga belajar di universiti tidak seindah di sekolah..di asrama..tapi..biarlah aku merasainya sendiri..menggenggam segulung ijazah!
Aku tahu peluang dan masa depan aku mungkin agak cerah buat masa sekarang..dalam situasi aku yang sudah bertunang ni..'~'..aku ada banyak pilihan lain jika aku tidak berjaya untuk ke universiti..namun ada sebab aku tetap ingin menyambung pengajianku lagi..aku rasakan yang masih banyak lagi perkara yang belum aku pelajari,hadapi,alami..ada benda yang belum aku laksanakan..aku sendiri bagai mencari-cari apa sebenarnya yang ku mahukan dalam hidup..dalam kata lain,aku belum berpuas hati dengan apa yang sudah aku lalui selama ini..aku tak tahu..haruskah begini atau begitu?hmm..aku mengeluh lagi..^o^
Ketika semua orang lena dibuai mimpi..aku terjaga memikirkan hari-hari yang bakal kutempuhi..Seketika aku lemah atau terleka..aku segera mencapai untaian tasbih di birai katil..lantas aku berzikir memohon diberi kesabaran,ketabahan dan kekuatan..Sungguh..aku tenang bila memikirkan Allah..memuhasabah diri yang penuh kekurangan dan kelemahan..setiap kali jatung ku berdetak..begitulah aku mengingati Allah..bagai ada kuasa yang memberi kekuatan dalam tubuhku..seperti bateri yang di caz..aku segera bangun dari rasa yang menghimpit hati..seringkali aku bisikkan dalam diri..kusematkan dalam hati..memohon petunjuk dari Ilahi..agar diberi ruang atau peluang untuk aku membina sendiri kejayaanku..
Aku mohon pada Allah agar aku sentiasa istiqamah dalam beribadat kepadaNya..aku bimbang andai tawaku ini adalah disebabkan aku terlalu bahagia dengan nikmat duniawi..sehingga kadang-kadang aku terleka untuk seketika..aku juga bimbang andai air mata yang mengalir ini hanya kerana aku lemah tika diuji olehMu atau semata-mata kerana aku tidak mendapat apa yang kuhajati..Ya Allah..aku sedar Engkau sedang mengajarku tentang ikhlas dan redha..Aku akan terus sabar dan tidak akan berputus asa dengan mudah..kerana aku yakin..Engkau tidak pernah tinggalkan hambaMu..
Maka ya Allah..aku serahkan seluruh jiwa dan ragaku kepadamu..Engkau tentukanlah pilihan yang terbaik untukku agar aku terus melangkah dengan penuh yakin mencari dan mengharapkan keredhaan daripadaMu..Janganlah Engkau pesongkan hati ini dari rahmatmu..aku masih memerlukan perlindungan daripadaMu..Andai aku takut..Engkau peluklah imanku erat-erat agar aku percaya pada qadak dan gadarmu..temani aku menuju jannahMu yang abadi..Aku redha..aku percaya..rezekiku pasti ada juga!^^

06 June, 2011
#>Kenapa dia berubah?:(
Berulang kali saya istigfar dalam hati..syaitan pasti bersorak kegembiraan..jiwa saya tak tenang..penuh rasa amarah..Mood saya tak berapa baik..tak macam selalu..saya sentiasa tenang dan sabar..tapi entah kenapa saya rasa begini..Berkali-kali saya berfikir..Benarkah dia sudah berubah?
Saya ada seorang sepupu yang agak rapat..Kami sebaya dan lahir di tempat yang sama serta mempunyai zodiak yang sama juga..Dia seorang yang pemalu dan tak banyak bercakap..Dia suka buat hal sendiri dan tidak begitu peramah..Kalau sekali jumpa nampak sedikit sombong..biasanya,saya yang akan tegur awak dulu kan?lepas tu baru kita rapat...berkepit je..bergurau dan berkongsi cerita macam-macam..awak ingat tak?
Dah lama kita tak jumpa kan?Maksud saya bersembang dan berborak macam dulu..kita jumpa sekejap-sekejap je..terserempak macam tu..Sejak saya ambil form 6 dan awak masuk kolej..dua tahun bukan?Masa rayapun kita tak berjumpa..awak balik kampung hari lain..saya balik kampung hari lain..saya rindu kat awak..ahh..ada sekali saya ingat saya pergi rumah awak..awak dapat adik perempuan kan?
Apapun..esok saya akan kerumah awak..awak buat kenduri aqiqah untuk adik awak..saya tak sabar nak jumpa awak..banyak benda saya nak cerita kat awak..Saya buka fb awak..awak cantik..pandai awak make up diri awak..awak dah ada couple..hensem orangnya..mak awak cakap dia kaya..habis bila nak bertunang macam saya..awak tengok sepupu kita yang sebaya kita dah berkahwin dan dah beranak seorang dah..Hmm..sekarang ni..jodoh mudah dicari bukan?kita rasa kita masih muda tapi kalau orang dulu-dulu dah kahwin kan?
Awak ada sesuatu yang terasa dengan sikap awak..saya takut nak jumpa awak..saya dapat rasakan awak dah berubah..saya takut saya tak mampu nak rapat dengan awak lagi..sebab makin lama saya rasa awak makin sombong..gaya awak tulis tu tak macam gaya awak cakap dulu..dulu awak lembut tapi sekarang saya rasa cara awak macam kasar..awak..janganlah berubah..saya sedih..awak macam berlagak dengan diri awak..itu bukan diri awak..Awak cakap..awak tak peduli apa orang nak kata tentang awak..bagi awak orang yang cakap pasal awak tu orang yang cemburukan awak..awak tak suka orang yang letak gambar palsu dekat fb sebab awak rasa orang tu macam hipokrit dan penuh kepura-puraan..saya terasa..saya tak tahu kenapa..mungkin awak tujukan pada orang lain tapi..saya yang salah sangka..
Tiba-tiba je saya jadi marah..awak cakap macam awak tuju kat saya..sesiapa saja berhak tulis apa yang dia nak..tapi tak semua orang boleh terima apa yang kita tulis..jadi..saya harap..awak tak berubah..awak jangan jadi sombong..jangan jadi belagak..awak cantik dan comel..saya harap hati awak juga cantik ya..saya bukan kata saya baik sangat tapi saya pun tak tahu kenapa..saya takut..awak jangan fikir seolah-olah saya cemburukan awak..tak..saya harap saya tak cemburukan awak..awak dan jodoh awak masing-masing Allah dah tentukan..saya cuma nak awak bahagia..saya juga bahagia..
Saya dah rasa lega sikit dapat luah kat sini..saya akan maafkan awak..saya akan buat macam biasa saja..awak saya nak pesan satu je..saya tak mahu cakap dekat awak..dan saya tahu awak tak akan baca apa yang saya tulis ni sebab awak mungkin tak akan baca blog saya..sebab tu saya nak tulis juga di sini..saya cakap saya pesan dekat awak..mungkin kalau saya tegur awak saya takut nanti saya pula yang jadi macam awak..
Saya bukan tak nak letak gambar betul dalam fb cuma saya tak ada gambar saya seorang saja..hm,lagi satu kalau boleh jangan terlalu menunjuk-nunjuk kecantikan yang ada..kita perempuan,bukankah lebih baik disembunyikan sedikit..saya tahu dekat fb tak ada apa yang dapat disembunyikan..saya tak cakap salah cuma biarlah bersederhana..saya komen bukan sebab cemburukan awak lagi comel dari saya..itukan anugerah Allah pada setiap wanita..tapi sebab saya sayangkan awak..kemudian bahasa kita biarlah manis dibaca ya..itu saja..insya-Allah..selagi kita jaga diri kita diluar..orang tak akan kacau awak..orang suka menilai luaran kita tapi dalaman kita orang tak tahu..jadi awak janganlah berubah ya.. ^__^

Subscribe to:
Posts (Atom)