Love isn't something you find. Love is something that finds you.


26 June, 2011

#Kawanku vs Kawan Mak#

Semenjak dua menjak ni masa makan aku tidak begitu berkualiti..Sering saja aku membiarkan perut aku ini kosong..Selera makan aku juga agak susut..Akupun tak tahu kenapa..Biasanya kalau rungsing memang aku tak lalu nak makan..Hari ini entry aku tajuknya agak kontroversi bagi akulah..Kerana ada kisah yang berlaku disebaliknya..Pada aku kawan ini tak ada yang sempurna..Makin kita kenal dia makin kita faham perangai dia..tak semua yang baik dan tak semua yang jahat..Kita berkawan dengan sesiapa saja tanpa memilih sesiapa..Kawan dalam kata lain kenalan biasa..bukan bermaksud sahabat..Sahabat bagiku lebih dekat dan rapat dengan kita..serta lebih memahami diri kita..Susah nak cari sahabat yang baik sebenarnya ^^,
Kisah 1;
Dulu masa aku bersekolah dulu,aku sering menyusahkan mak..Ada suatu masa,ada jamuan bilik..Masing-masing menyediakan makanan dari rumah.Lantas aku membantu ibuku memasak..Banyak sangat..Kemudian makanan terlalu banyak dan tak dapat dihabiskan..Lantas terpaksa membuangnya begitu saja kerana makanan tersebut tidak tahan lama..Alahai,kasihan mak..penat aku dan mak masak..(T_T)
Ada juga hal apabila aku ingin keluar outing dengan mak..kawan-kawan mulai sibuk untuk memesan macam-macam barang..Disebabkan kasihankan mereka yang tiada waris untuk outing bersama,aku bersetuju untuk membantu..tapi masaku bersama mak pula menjadi terbatas disebabkan sibuk menguruskan pesanan kawan-kawanku..
Kemudian ada seorang kawan meminta aku membelikan sesuatu untuknya tapi menggunakan duit aku dahulu.Disebabkan aku masih bersekolah aku terpaksa menggunakan duit mak untuk membeli barang yang dipesan oleh kawanku itu..dan akhirnya mak tak minta bayaranpun.Begitu juga apabila kawan-kawan meminta aku untuk sponser barang kelas tapi sebenarnya mak yang tolong bayar semua itu..Kawan-kawan sedikitpun tak beri duit.Mak pernah berpesan kalau nak tolong belikan boleh,tapi biarlah beserta duit sekali ..selepas barang diterima,Mak tak sampai hati nak minta mereka bayar untuk mak..Itu jawapan mak.
Aku sedikit menyesal kerana bersetuju dengan permintaan kawan-kawan..Niat aku untuk membantu kawan-kawan tapi rupanya aku dah menyusahkan mak pula :(
Kisah 2;
Baru-baru ini keadaan mak tidak berapa baik..Mak sering sibuk dan keletihan..Tidurnya tidak pernah cukup..Meskipun aku ada membantu di rumah namun mak tetap keletihan setiap hari..Kasihan aku melihat mak..Setiap hari mak akan mengadu sakit kepala..Ada seorang kawan mak yang sering mengganggu mak disaat mak sedang berehat di rumah..Kadang-kadang untuk perkara yang kecil juga dia boleh datang malam-malam tanpa ada rasa belas kasihan pada mak..

Suatu hari,ketika itu jam menujukkan hampir pukul 10 malam..telefon bimbit mak berdering..Aku mengintai di skrin telefon..Nama mak cik tu..Aku tak mahu mak cik itu menganggu masa rehat mak..Jadi aku biarkan saja telefon mak tanpa diangkat..Aku geram dengan sikapnya yang sering mengambil kesempatan ke atas kebaikan mak..

Tiba-tiba aku terdengar bunyi enjin motor di luar rumah..Aku semakin marah apabila mak cik itu tetap datang ke rumah kami diwaktu malam begini..Bukan tidak suka tetamu datang ke rumah tapi biarlah kena pada waktunya..Mak cik itu sudah tercongok depan rumah takkan aku nak halau..Akupun gerak mak..Oleh kerana aku geram dengan kedatangan tetamu yang tak diundang itu,nada aku bercakap juga turut berubah..

"Mak kawan mak datang tu.."kataku.Mak seakan mahu menangis."Kenapa tak beritahu mak dah tidur?"Tanya mak.Jelas sekali mak turut terganggu dengan kedatangannya.Aduhai..kasihannya mak..Salah ku juga tak angkat telefon dan beritahu mak sedang tidur..Habis dari itu aku meminta maaf atas kesilapan itu..Aku berjanji akan menjawab telefon untuk mak seandainya mak sudah tidur..walaupun jelas sekali aku tidak suka menjawab panggilan orang lain..

Aku sayang kawan-kawan ku..dan aku mahu kawan-kawan juga menyayangiku..tapi aku lagi sayang pada ibuku..Aku memang tak mahu menyusahkan mak..Aku marah kawan mak mengganggu dan mengambil kesempatan ke atas mak tapi sebenarnya aku juga kadang-kadang melakukan benda yang sama pada mak semata-mata kerana kawan-kawan..Aku tak berhak menghukum kawan mak..apatah masuk campur hal mak dan kawannya.Kawanku biar aku yang uruskan..Kawan mak biar mak yang uruskan..Aku bukan berharap kebaikanku atau kebaikan mak diiktiraf atau dibalasi..tapi sedih juga kalau kawan-kawan kami tidak tahu menghargai setelah apa yang mereka dapat..Kecewa juga tapi itu yang berlaku sebenarnya..Memang fitrah manusia sering lupa..Benda baik dia tidak ingat..Apabila tersalah atau melakukan kesilapan,itulah yang paling diingati..

Aku berdoa agar Allah mengampunkan dosaku,dosa kedua ibubapaku dan dosa kawan-kawan kami..Aku mohon semoga Allah terus memberikan hidayah kepadaku,ibuku,kawan-kawanku dan kawan-kawan mak untuk terus ikhlas dan redha dalam berkawan dan berukhwah..Biarlah kita bersusah bersama dan bersenang bersama..Saling bantu-membantu dan tolong menolong antara satu sama lain..Yang mana yang baik,kita teruskan manakala yang tidak baik kita perbaiki sedikit demi sedikit.Insya-Allah kita akan lebih bahagia di hari mendatang :)

No comments:

Post a Comment