Love isn't something you find. Love is something that finds you.


15 July, 2011

Akhirnya..termakbul jua impianku!

Assalamualaikum...

Lama sungguh aku tak menjenguk blog aku ni..bukan apa..aku sdg mempersiapkan diri untuk menghadapi tarikh penting itu..ya..setelah sekian lama aku menanti..akhirnya,aku telah berjaya menyambung pengajianku..
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN(UNISZA)...itulah nama tempat pengajianku nanti..Meskipun ia tidak segah UM,UKM,UIA dan sebagainya namun aku tak pernah rasa menyesal malah aku sungguh bersyukur kerana aku berpeluang untuk belajar course yang aku minati..Usuluddin dan Kaunseling..course yang sangat menarik bagiku..dekat di hatiku..
Tambahan pula aku ditemani sahabat yang agak rapat denganku..walaupun kami berlainan course,namun aku pasti kami dapat saling membantu nun jauh di sana nanti..
Semangatku kini benar-benar berkobar-kobar..banyak perancangan yang sudah aku aturkan..7 bulan berada di rumah,banyak yang aku fikirkan..aku belajar untuk menjadi lebih matang dan berani..Sudah masanya untuk aku keluar daripada kepompong aku selama ini..Otakku,tubuhku..seperti dah tepu untuk berhadapan dengan dunia baru ini..Langkah yang ingin kuaturkan nanti biarlah bijaksana dan penuh hikmah..
Aku bersyukur sangat..disaat aku menerima khabar gembira ini,orang-orang yang kusayangi lagi kukasihi berada disampingku..Doa dan harapan mereka mungkin banyak membantuku..Ketika aku lemah..mereka sentiasa memberi nasihat,sokongan dan semangat buatku..Terima kasih semua ^__^

Sebenarnya..masih banyak lagi perkara yang ingin aku lakukan..ingin aku kongsikan dan ingin aku tulis di sini..tapi masa aku pula yang tidak mengizinkan..aku benar-benar agak sibuk minggu ni..aku bercadang untuk update blog aku menjadi lebih segar dan menarik sedikit..aku menulis kerana aku terlalu rindu pada dunia blog..aku juga ingin baiki segala kelemahan aku kerana aku sudah mula punya visi dan misi masa depan..Nantikan kemunculan blogku yang baru^^

Wassalam..

No comments:

Post a Comment