Love isn't something you find. Love is something that finds you.


28 July, 2011

Nikmat dan Musibah,Tarbiyah dari Allah ^...^

Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian dari saya..Saya sibuk menguruskan urusan saya beberapa hari ini..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Medical checkup dan borang baitulmal telah selesai dilaksanakan.Sekarang saya hanya membilang hari sahaja lagi..
  • Teringat kisah lama..                    
Bagaimana nak saya luahkan..saya mudah sangat teringat kisah luka yang menyedihkan + menyakitkan.. Semua kesilapan,kelemahan,kegagalan dan kekurangan saya..membuatkan saya betul-betul sedih + kecewa..Bila teringat,pasti air mata saya menitis..Walau berkali-kali teringat tetap air mata ini mengalir..Tambah bila melibatkan kita sebagai mangsa keadaan..Yaa,Betul kata orang nak maafkan mudah tapi nak lupakan pasti mengambil masa juga..Setiap yang pahit itu pasti meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya..Sering kali saya tertanya-tanya..sampainya hati mereka melayan saya sebegini rupa..Apa salah saya pada mereka?

Saya biarkan segala pertanyaan itu berlegar difikiran..saya pendam dan simpan jauh di lubuk hati..Saya hanya manusia biasa..Salahkah kalau saya tersilap?Apabila saya meluahkan pada seorang sahabat,yang saya anggap seperti kakak saya sendiri..katanya;Mengapa kisah lama juga yang diingati?yang sudah lepas..biarkan berlalu..kalau asyik pandang ke belakang,bila nak maju kehadapan?Saya terdiam.Ada benar katanya.Dia menyambung lagi;Fathin kena kuat..tak boleh lemah-lemah..Ini baru ujian kecil dari Allah..Belum lagi pergi berperang..Saya mengangguk tanda bersetuju..Pantas tangan saya menyeka air mata yang mengalir.Saya akui,hidup ini penuh dengan ujian.Disaat saya merasakan diri ini penuh kekurangan,orang lain memandang saya sebaliknya..Saya rasa terbeban.Namun,saya akan lakukan yang terbaik dan semampu yang boleh!

Si kakak mengusap-usap bahu saya..Kami berkongsi perasaan yang sama..Apabila saya sudah tenang,dia menyambung lagi;Fathin terlalu memikirkannya sangat..Jangan selalu membandingkan diri Fathin dengan orang lain..Kita ini tidak sama..Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing..Maka bersyukurlah dan terimalah diri Fathin seadanya..Seseorang pernah memberitahu saya,cara kita menghargai diri kita adalah dengan meyakini diri kita sendiri.Biarlah kita bersederhana dalam kehidupan ini..Dari segi cara hidup,berpakaian dan pergaulan.Selagi tidak melanggar batas-batas syariat.Seimbangkan dunia dan akhirat..Kedua-duanya sama penting.Tidak berlebih-lebihan dan tidak berkurangan.Amalkan konsep wasathiah..Insya-Allah..kita akan perolehi ketenangan yang dicari.


  • Selalu memikirkan masa depan  
Biasalah..apabila kita semakin menginjak ke usia dewasa..Bermacam-macam perkara yang kita harus fikirkan..Saya juga begitu..Mahu begitulah..Mahu beginilah..Mula memasang angan-angan dalam diam..Pemikiran pula harus lebih matang dan rasional..Selari dengan kehendak dan keperluan semasa..Orang ada itu..kita juga mahu yang itu..orang ada ini..kita juga mahu yang ini..Pendek kata,kita pasti tidak mahu ketinggalan zaman dan sentiasa mengikuti peredaran semasa.

Siapa yang tidak mahu mempunyai masa depan yang bahagia?Saya yakin semua orang pasti tidak lepas dari memikirkanya..Kalau boleh..biarlah semuanya sempurna..Pasangan yang sama padan..kerjaya yang lumayan..membina keluarga yang sakinah,mawaddah wa rahmah?Dan yang paling penting kita melakukan sesuatu yang kita tidak mahu menyesal di kemudian hari..

Seringkali apabila kita menonton televisyen atau membaca novel mengenai kisah cinta..pasti kita akan terbuai dengan keasyikan watak yang dimainkan dan jalan penceritaanya..Realitinya..ia bukanlah seperti itu..Kadang-kadang saya tergelak kecil apabila kisah saya dikatakan seperti kisah yang terdapat dalam novel..Itu yang mereka lihat dari pandangan mereka..tetapi hakikatnya ia tidaklah seindah yang disangka..semuanya benar teruji dan saya benar terdidik dengan ujian yang Allah berikan ini.

Walauapapun yang berlaku dalam kehidupan kita..semuanya merupakan tarbiyah dari Allah..Itulah yang menjadikan hidup kita lebih bermakna untuk diingati..Saya  sungguh bersyukur kerana diberi peluang  dan kesedaran untuk menerima nikmat dan musibah yang tiba setiap saat dan ketika..kerana sekali lagi saya percaya semuanya adalah tarbiyah dari Allah!

No comments:

Post a Comment