Love isn't something you find. Love is something that finds you.


24 July, 2011

Aktiviti terbaru saya..

Assalamualaikum.
.

Seperti yang saya janjikan..Saya kembali dengan entry terbaru..dan blog yang mungkin lebih matang..jutaan terima kasih buat adik-adik kecil saya yang sudi membantu saya..sayang kamu semua..

Tinggal beberapa hari sahaja lagi,seluruh umat Islam akan menunaikan ibadah puasa.Sepanjang sebulan kita berpuasa ini saya hanya akan memasang lagu ini..jadi sambil membaca entry2 terbaru saya sambil nikmati lagu ini ya..saya sangat menyukai lagu ini.Nyanyian daripada Raihan ini begitu mendayu-dayu,bukan?Apapun..bagi saya setiap tahun,saya sangat gembira menyambut kedatangan Ramadhan..bulan yang cukup barakah..Nanti saya akan siapkan entry mengenai Ramadhan bermula 1 Ramadhan nanti..Tunggu saja ya..

Semenjak-dua menjak ni sedikit sibuk dengan masa saya..Idea ini datang dari mak cik2 saya..Bussiness kerepek..Pada mulanya,saya hanya belajar  suka2 dan cuba2 saja..tetapi dapat pujian yang melambung dari ibu..haah..apa lagi mula dia menyuruh saya menjadi bussinesswoman..Alhamdulillah..menjelang puasa ini,sudah berderet tempahan yang saya terima..Dulu saya langsung tak terfikir akan berniaga sendiri..Kini,bagaikan mimpi pula..Selain kerepek popia perisa pedas,ada juga yang bergula,nestum dan yang terbaru akan saya cuba perisa koko atau milo..itu eksperimen saja..setakat ni saya tak jual lagi..hanya ambil tempahan pedas dan gula saja..




Nak buatnya mudah..tapi yang susahnya sebab lama juga la..mujur adik-adik kecilku rajin membantu..Seorang buka,seorang gulung,seorang goreng..haha..sekejap saja..dah siap..cuba lihat gambar di atas..lebih kurang,beginilah bentuknya..

Baru-baru ini,saya ada reunion di SMKASAS or UniSAS..apa-apa ajelah..Best sangat..Tapi balik tu mengalir juga air mata ni dalam bilik sorang-sorang..Saya memang pelik,kan?Jumpa ustaz,ustazah,cikgu dan teacher..Rindu sangat mereka..Tak lupa juga pengetua dan adik-adik junior..Jumpa Ust.Yazid Al-Asady..masih ingat entry yang saya tulis yang bertajuk,Ustaz oh Ustaz?dialah ustaz yang saya sangat hormati..banyak benar amanat yang disampaikannya..Satu ayat daripada Ustaz yang bermain diminda saya sehingga sekarang,ialah" segala nikmat dan kejayaan yang kamu dapat sekarang merupakan satu UJIAN dari Allah"..maknanya,janganlah kita terleka dan perlulah sentiasa bersyukur kepada Allah..itu antaranya yang saya boleh kongsikan..yang lain,biarlah menjadi rahsia saya dan kawan2 yang ada ketika itu..Alhamdulillah..saya akan ambilnya sebagai satu panduan..Insya-Allah..Syukran jazilan,ya Ustaz..Balik dari tu,kawan2 lelaki mengajak kami semua minum ais kacang,bayar sendiri..ingatkan nak belanja..hehe..perasan pula..duit kelas pun liat nak bayar,ada hati nak belanja ye?ada gambar tapi gambarnye tak lawa..kabur-kabur..tak jelas..So,tak adalah gambarnya ya..maaf tau..nnt kalau nak tengok juga,saya masukkan lain kali ya..

Selain itu,saya juga sibuk dengan aktiviti dalam badan NISA'.Mungkin ada yang tahu,mungkin ada yang pernah dengar atau mungkin ada yang baru pertama kali mendengarkannya..Biar saya jelaskan secara umum..ia sebuah badan yang berdaftar di bawah NGO..NISA' hanya dianggotai oleh gadis remaja yang beragama Islam sahaja.Cuba klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut lagi.~http://www.webnisa.net/v2/~

Oleh kerana saya akan menyambung pengajian saya,maka saya tidak lagi dapat menyertai NISA' selalu..dan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya,boleh lah mencubanya..Setiap kawasan pasti ada wakil NISA' ini.Sangat sesuai untuk mereka yang punya masa lapang,seperti yang sedang menunggu keputusan peperiksaan,menunggu tawaran pengajian atau menunggu tawaran pekerjaan..Boleh juga setiap kali cuti semester ni,boleh join aktiviti2 yang diadakan..

Mesyuarat terbaru,membincangkan tentang LAMEGA( LAmbaian MEnara GAding) yang akan  diadakan di Kuala Kangsar..kemudian aktiviti sepanjang bulan Ramadhan..juga program Ihya' Ramadhan..Pendek kata,tidak rugi sebenarnya kita menyertainya..Sementara masih kuat dan bertenaga apa salahnya kita berukhwah dan membina silaturahmi,betul tak?

Sekarang,saya masih meneruskan rutin harian saya..membantu ibu dan ayah sebelum saya meneruskan pengajian saya yang bermula 4 Sept ni..Tidak sabar rasanya..Hmm,menguruskan rumah,menjadi drebar kepada adik2 saya..dan membantu menanda kertas peperiksaan kepada ayah saya..huhu..sibuknya mengalahkan menteri,kan?Tak apalah..saya gembira dapat berkhidmat untuk keluarga saya..^__^

Cukuplah sedikit sebanyak aktiviti2 yang saya lakukan sepanjang bulan ini..Insya-Allah,saya akan selalu2 menjengah blog dan memasukkan lebih banyak perkongsian dan perkembangan saya dari semasa ke semasa..Mudah-mudahan,saya doakan semoga diri saya sendiri,dan sahabat-sahabat yang sudi membaca terus diberi semangat dan kekuatan dalam menempuh ujian dan liku-liku yang dilalui dalam kehidupan ini..Semoga Allah merahmati kita dalam mencari dan mengejar keredhaan Allah,Insya-Allah..

~Wassalam~

No comments:

Post a Comment