Assalamualaikum..
Saya sedar dalam setiap kebahagiaan pasti terselit kesedihan..dalam setiap kenikmatan pasti terselit kepedihan..begitu jua dalam setiap kejayaan pasti terselit kegagalan..Apapun..itu semua merupakan pengorbanan yang terpaksa dilalui dan dihadapi..Andai saya ini didatangi oleh rasa bahagia..saya pasti rasa derita pasti mengiringi..Andai diri ini bertamu kenikmatan,saya pasti dibelakangnya diikuti rasa keresahan..Sering kali apabila saya merasa begini..saya pasti akan menangis dan mengadu pada Allah..Kerana saya percaya..semua rasa yang wujud dan bermain di hati saya ini adalah milik Allah..
Tiba-tiba saya dapat rasakan yang jiwa saya sering terusik..Fikiran saya mudah terleka..Emosi saya tidak menentu..Hati saya mudah merintih dan seluruh hari saya bagai tak kena..Segera saya mengambil wudhuk dan menunaikan solat dhuha dua rakaat..Saya mengambil masa untuk memujuk hati yang tiba-tiba tidak dikunjungi sakinahNya.
Alhamdulillah..saya sedar..wajar saya berperasaan begitu..saya baru teringat..saya pernah berjanji,namun saya tidak tepati..Sudah dua orang sahabat saya yang memberi saya mesej meminta saya memberi nombor telefon seseorang kepada mereka..tapi atas kesibukan dan kelalaian saya,saya terlupa..nombor telefon tersebut tidak ada pada saya tetapi saya boleh mencarinya..Saya pasti mereka sudah tertunggu-tunggu mesej daripada saya..
Saya pernah berkata pada diri, habluminallah,habluminannas..jaga hubungan dengan Allah,jaga hubungan sesama manusia..Saya cuma sekadar insan biasa yang sering terlupa dan terleka..Itu baru dua orang,saya tidak pasti kalau-kalau ada sahabat lain yang saya ada berjanji tapi tidak saya tepati..Atau ada kata-kata saya yang mengguris perasaan tanpa disedari..atau bicara tulisan saya yang mengundang fitnah..saya mohon kemaafan..
Sememanganya bukan niat saya untuk melakukan kesilapan..sedang diri saya ini memang tidak sempurna..saya hanya ingin berusaha memperbaiki kelemahan itu,dari itu saya mohon sahabat sekelian merestui perjalanan saya ini..agar iman saya tidak mudah goyah dan sentiasa terpelihara dalam jagaan Allah..
Sekiranya saya ada melakukan kesilapan,hubungilah saya segera..tuntutlah janji saya,kerana saya bimbang di akhirat nanti Allah akan mempersoalkan janji saya itu..Saya mohon maaf sekali lagi andai tulisan saya kali ini agak memberatkan..saya cuma ingin berkongsi rasa dan perasaan melalui tulisan..kerana bagi saya ia lebih menenangkan dari meluahkan melalui kata-kata..
Kadang-kadang bila kita terlalu banyak berkata-kata akan menimbulkan salah faham dan prasangka..Saya seorang yang mudah didekati..saya pasti akan membantu walau jauh beribu batu..Kita ada kemudahan yang diberi..tidak salah kita menggunakannya ke arah kebaikan..
Dimana lagi ingin dicari sahabat yang sentiasa disisi?Tidak ada bukan..sahabat bersilih ganti,tapi apabila bertemu yang baru,jangan pula yang lama dilupakan..Ukhwah itu indah,namun,untuk mengekalkannya cukup payah andai tidak dibina kerana Allah..Kasihi saudaramu sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri..Ketahuilah,walau saya tidak selalu menghubungi kalian disebabkan kesibukan dan kelalaian,maka doa saya pasti mengiringi kalian..
Saya gembira jika ada sahabat yang mengingati saya..mengingati tandanya mendoakan..Allah menyukai orang yang sering mendoakan kebahagiaan orang lain..Dan itulah sebaik-baik ukhwah..Oleh itu,ingatilah sahabat-sahabatmu selalu!!!
Cukup sampai disini coretan saya..Mudah-mudahan perkongsian ini semua dapat dijadikan iktibar buat diri kita..Buang yang keruh,ambil yang jernih..kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi..Insya-Allah..Moga Allah merahmati ukhwah kita..
~Wassalam~
No comments:
Post a Comment