"Sekarang awak buat apa?"Saya bertanya.
"Saya kerja sebagai guru J-Qaf..ada dua buah sekolah saya mengajar..Pagi dan petang..Malamnya saya mengajar budak-budak mengaji..Pukul 8 sampai pukul 9 je..Penat tu memang penat..tapi Allah dah beri rezeki tu Alhamdulillah.."Bunyinya agak riya' dan tamak..Sampai dua sekali dia mengajar..fikir saya..tapi saya berbaik sangka..melupakan bisikan jahat yang cuba untuk meniupkan perasaan dengki dalam hati saya.
"Aduhai,bertuahnya awak..saya xbuat apa-apapun..jadi driver je,tolong hantar dan ambil adik-adik di sekolah..saya memang nak kerja tapi saya tak pandai cari..saya tak mahu kerja yang bukan-bukan..kalau boleh biarlah yang baik-baik..kawan saya ajak kerja sebagai guru ganti tapi di Kuala Lumpur pula..jauh sangat..lagipun kasihan ibu saya pula tak ada siapa tolong.."
"Lah..berlambak kerja cikgu kat sini..yang awak cari jauh-jauh tu kenapa?saya ada satu lagi tawaran kerja mengajar J-Qaf..kebetulan pak cik saya memang ada kawan di PPD..jadi dia yang tolong saya cari kerja..tapi hari tu saya dah bagi tawaran tu pada sahabat lain(lelaki).."jawabnya tanpa memikirkan perasaan saya ketika itu..Tidak pula dia mengoffer untuk saya..dan saya pula segan untuk bertanya..Sayapun mengalih topik yang lain pula..
Dalam hati saya,terkilan dia tidak bertanya pada saya..apa salahnya berkongsi rezeki dengan orang lain..sedangkan dia tahu saya juga tak buat apa-apa di rumah..Mungkin saya yang sepatutnya bertanya dia sendiri..Ya,salah saya..tak mungkin kerja datang bergolek..Apapun yang pasti,saya memang tak ada rezeki untuk bekerja..
Fikiran saya kembali berputar ligat di zaman persekolahan kami..Ketika itu saya bersahabat dengan seorang lelaki juga atas dasar untuk belajar..malangnya persahabatan kami disalah tafsir lalu mengundang fitnah..saya tak mahu mengimbau kenangan lalu..yang pasti kami tidak lagi berhubung sejak itu..saya yang meminta supaya kami tidak lagi bersahabat tapi akhirnya saya yang sedih..xapalah..setiap orang pernah melakukan kesilapan..itu kisah lalu..saya dah lupakan dan sekarang saya dah ada kehidupan yang baru ^^
Masa dulu sahabat lelaki itu pernah memberitahu bahawa dia percayakan saya dan sahabat saya yang datang ke rumah saya tadi..sampai sekarang saya tak faham maksudnya..Saya takut untuk bertanya lebih lanjut lagi,jadi saya membiarkan persoalan itu bermain di fikiran saja..
Apa yang saya nak katakan di sini,betapa wanita seringkali mudah mendahulukan sahabat lelaki sedangkan masih ada sahabat wanita yang memerlukan pertolongan..saya pasti apa jua sebabnya,lelaki dan wanita tak boleh menjadi sahabat baik..perasaan kepada sahabat lelaki berlainan rasanya sebagaimana perasaan dengan sahabat wanita..benar atau tidak?Saya juga yakin,masih ada ramai lagi sahabat wanita yang boleh kita meminta pertolongan namun seringkali apabila si sahabat lelaki menghulurkan pertolongan kita mudah terima..Ingatlah,apabila lelaki mendekati wanita itu tandanya dia tertarik dengan wanita itu..justeru,mana mungkin xwujud apa-apa perasan aneh apabila bekerjasama dengan yang berlainan jantina..saya ambil pengajaran atas apa yang berlaku,kerana saya juga mungkin pernah melakukan kesilapan..kesimpulannya,haruslah dahulukan sahabat wanita dalam segala hal barulah kita membantu sahabat lelaki pula..
Suatu hari yang lain ibu menghampiri saya..
"Apa yang kak long menungkan tu?"
"Mak..kak long rasa rendah diri dengan diri kak long..kak long asyik cerita tentang adik-adik..angah dapat pergi Perancis tak lama lagi..Amat di KISAS..tapi kak long tak ada kejayaan untuk dibanggakan.."
Pantas saya menggeleng..
"Jadi biarlah bersederhana..memang kalau dari satu sudut kita sangat kurang..mana tahu sudut lain kita lebih baik dari orang lain..kita tak tahu,orang tak nampak apa yang kita nampak dan kita tak nampak apa yang orang lain nampak pada kita..Allah itu Maha adil..kita tak mungkin dapat apa yang kita mahu..masing-masing pasti ada kekurangan dan kelebihan yang Allah kurniakan..jadi bersyukurlah pada apa adanya kita..kalau menurut mak,alhamdulillah hubungan dengan Allah insya-Allah kak Long jaga,cuma perbaiki hubungan sesama manusia..hablul minallah,hablul minannas..lagi satu,besungguh-sungguh dalam setiap yang kak long lakukan..jangan seperti melepaskan batuk di tangga..bersabar banyak,insyaallah kejayaan itu pasti akan tiba juga.."Pesanan ibu kusematkan di dada.
Baru kusedar,hidup ini perlukan peringatan dan tarbiyah berterusan..maklumlah sudah lumrahnya manusia mudah lupa dan leka..bukan persoalannya tak tahu tapi tak dapat nak kawal..Hati ini dalaman..pasti sukar untuk kita kawalnya kerana kita tak dapat memegangnya,melihatnya dan membersihkannya setiap hari..jadi setiap hari kita pasti akan melakukan kesilapan maka caranya bertaubatlah selalu..Sebabkan hati ini kita tidak dapat lihat maka kita tidak tahu apa yang orang fikirkan tentang kita..dan begitu juga sebaliknya..Ada kata-kata yang kita ucapkan tidak ada niat untuk membangga diri,tapi orang lain fikir kita riya..Jadi jangan sewenangnya menghukum orang yang melakukan kesilapan..barangkali kesilapan yang dilakukan tidak disedari, tidak disengajakan atau pertama kali dilakukanya..maka maafkanlah kesilapannya.Zaman sekarang ada yang diluar kelihatan baik tapi sebenarnya dia tidak sebaik disangka..ada juga yang dari luar kelihatan tidak baik tapi sebenarnya dia sangat berhati baik..Semua itu bukan suatu mustahil!#
No comments:
Post a Comment