Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum..
Apa khabar agaknya sahabat-sahabat saya?Saya..alhamdulillah..secara fizikalnya..baik-baik saja..Namun,ada masanya hati ini sangat rindukan kampung halaman..Manja ke saya ni.?.Roomate saya sering saja pulang ke rumah..Saya tidaklah cemburu..kerana setiap kali dia pulang ke kampus dia pasti akan membawa bekal kepok lekor,kepok losong dan seangkatan dengannya..dialah yang memberitahu kepok dimana yang sedap dan enak..Saya akan menikmatinya sepuas-puasnya..hehe..=)))
Suka saya berkongsi suatu kisah dengan sahabat semua..tentang pengalaman yang saya kutip di UniSZA..bukanlah pengalaman yang menarik saya kira..tapi mungkin boleh mengisi jiwa yang dahagakan peringatan dan ibrah(pengajaran) yang berterusan..mudah-mudahan pengalaman yang saya ingin kongsikan disini dapat memberi manfaat buat hati dan jiwa sahabat-sahabat yang saya kasihi..
Lewat petang itu saya tidak banyak bercakap seperti selalu..Saya tidak tahu apa yang berlaku..tapi ternyata saya terasa ingin menangis..Saya sebenarnya memang seorang yang sangat sukar menangis di hadapan orang apabila saya dalam masalah..Entah kenapa,pada roomate saya ini saya mampu mengalirkan airmata ini..Malah,pada sahabat yang paling saya rapat di UniSZA,dan yang seangkatan dengan saya di KASAS dahulu,saya tidak mampu menangis di hadapan mereka..Saya pun tidak tahu kenapa.
Hari itu saya banyak mengeluh..Wajah saya nyata kepenatan..Saya jenis suka memikir dan memendam..jadi mungkin masalah dan ujian yang hadir itu membuatkan saya kurang baik..Roomate saya ini berbicara pada saya dalam loghat Terengganu,seperti biasa..
"Athing ade masalah ke?"
"Muka athin nampak bermasalah ye?"Saya menjawab sambil melemparkan senyuman.
"Selalu kawan-kawan atin dapat tahu tak yang atin dalam masalah?"
"Muka atin memang jelas bila dalam masalah..sebab tu atin lebih suka memendam dan menyembunyikan masalah itu..atin tak mahu tunjuk yang atin lemah di depan mereka..Maaflah sebab lihat keadaan atin begini..Sepatutnya atin boleh handle diri ini.."Saya menyambung lagi.
"Tak apa..walauapapun yang atin fikirkan saat ini,saya pasti atin boleh hadapi semuanya..atin percayakan jika hari ini tidak begitu baik,mungkin hari esok akan menjadi lebih baik..setiap orang pasti akan diuji,bukan?"Kata-katanya sepertimana kata-kata yang saya ucapkan pada sahabat-sahabat saya sendiri..Sungguh..Saya tahu itu..tapi..mengapa hati ini rapuh benar bila terkena pada diri sendiri?
Kata-kata sangat mudah dituturkan..Namun,hati sangat payah dipujuk..Lain yang difikir,lain yang dibuat..Biasalah itu..Bilamana saya berhadapan dengan situasi yang sebenar,diuji dengan pelbagai mehnah,walhal mehnah duniawi cuma,hati ini mudah benar menjadi lemah..Mengapa ya?Belum lagi diuji dengan jihad di medan perang!Masya-Allah..
Saya ambil masa berfikir-fikir seketika..merenung segala kekhilafan diri..Saya mengikhlaskan diri menghadiri program anjuran Persatuan Mahasiswa Usuluddin(PMHU),sebuah ceramah yang sangat santai yang disampaikan oleh Dr. Mohd Safri bin Ali,salah seorang pensyarah dari Jabatan Usuluddin,Fakulti Kontemporari Islam(FKI) yang bertajuk,'Ilmu Kekuatan Mahasiswa'.
Ceramahnya bersahaja,tidak membebankan dan lebih banyak bercerita..sampaikan tidak sedar 1 jam setengah mendengar celotehnya..Kebiasaannya,kalau dah satu jam orang dah panas buntut kan?Saya tak tahu orang lain..tapi itu yang saya rasakan..Saya semakin bersemangat lagi untuk mendengarnya walhal jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam.
Isi-isi yang cuba disampaikan,membuatkan saya terfikir..Selama ini,apabila saya mahukan ketenangan,saya akan melaksanakan qiamulail,saya pasti akan mengalunkan ayat-ayat suci dalam kalamullah bagi memujuk hati..atau saya akan membaca mathurat setiap kali solat Subuh dan Asar..atau membaca surah yassin pada malam Jumaat mahupun membaca Surah Al-Kahfi setiap pagi hari Jumaat,selesai menunaikan Solat Dhuha..Dengan begitulah,saya merasai ketenangan dan kebahagiaan..Alhamdulillah,pada saya ia berkesan!
Namun,kata-kata Dr. Mohd Safri membuatkan saya tersedar sesuatu.
"Orang yang berilmu dikatakan lebih baik dari ahli ibadah"Kata-kata Dr. Mohd Safri mendatangkan kekeliruan di minda saya..Apa agaknya maksud sebenar hadis yang beliau bacakan?
"Kerana dikatakan bahawa,ahli ibadah itu hanya melibatkan hubungannya dengan Allah..tetapi sebaliknya,orang yang berilmu itu melibatkan hubungan dengan Allah dan sesama manusia..mengkaji rahsia-rahsia kebesaran dan keagungan Allah SWT.."
Dan selalu benar saya mengungkapkan ayat ini;
Habluminallah..Habluminnas..Bukan begitu?Nah,ini jawapannya!Ini kuncinya..
Allah ciptakan dunia dan akhirat bukan untuk kita seorang..tetapi untuk semua orang..Kita adalah khalifah di dunia..maka,kita disuruh melaksanakan tanggungjawab dengan perlu menuntut ilmu sebanyak mana yang boleh..Ilmu itu tidak akan habis sehinggalah kita meninggalkan dunia ini..Orang yang berilmu akan menyampaikan dan berkongsi dengan orang lain..
Jangan rungsing bila kita di uji..kerana Allah tidak akan menguji kita dengan sia-sia..Allah uji sesuai dengan kemampuan kita,bukan?Percayalah..carilah kebahagiaan dengan menunutut ilmu..Keluarlah dan nikmatilah hidup kita ini..Mungkin,kita boleh belajar dari pengalaman..Jangan rungsing andai silap langkah..apa yang berlaku itu jadikan pengajaran..Bersyukurlah Allah berikan hidayah buat kita..Itu tandanya Allah sayangkan kita..Hidup kita bukan semata-mata perlu dihabiskan di tikar sejadah tapi juga diatas tikar ilmu..Sebab itu kita perlu bijak seimbangkan duniawi dan ukhrawi..tidak salah berhibur janji menurut syariat..tidak salah berfesyen,janji menutup aurat..tidak salah berkawan,janji ikhtilat lelaki dan perempuan terjaga.
Maka seharusnya,setiap ruang dan peluang yang Allah berikan itu harus digunakan sebaik mungkin.Menuntut ilmu juga bukan hanya di menara gading,tapi dimana-mana jua boleh mencari ilmu..Saya tegaskan tidak salah mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah..di usia tua,siapa tahu ajal maut kita..di usia muda,selagi badan masih bertenaga..semangat masih berkobar-kobar..nah..lakukanlah!
Hati saya terpujuk..sebenarnya masalah yang datang itu semuanya datang dari dalam fikiran kita sendiri..Seharusnya,jangan rasa terbeban dengan sesuatu masalah,tetapi bersyukurlah Allah memberikan kita masalah tersebut kerana dengan itu akan mendekatkan kita pada Allah..betapa Allah menyayangi kita..Allah suka kita merintih padaNya.Syukur,Alhamdulillah..
Setakat ini dahulu..Saya ingin menamatkan tulisan saya di sini..Andaikata ada masa dan ruang yang Allah beri untuk saya menulis di sini lagi..akan saya kongsikan lagi pengalaman saya di sini buat tatapan para sahabat..Saya baru saja pulang dari Temerloh,Pahang bagi melaksanakan tugasan saya yang pertama sebagai mahasiswi UniSZA..Temuramah kaunselor..Insya-Allah,jika diizinkan Allah..akan saya berkongsi pengalaman saya sepanjang di sana..Mungkin menarik.Nantikan saja ya ^_^
Wassalam.
No comments:
Post a Comment