Bismillahirahmanirahim..
Sejuta keampunan saya panjatkan kepada Allah SWT diatas segala khilaf dan salah saya kepadaNya..Setinggi kesyukuran juga saya panjatkan pada Allah SWT atas segala nikmat dan hikmah yang begitu banyak disampaikanNya dalam apa jua keadaan sekalipun..Semuanya saya terima dengan hati yang ikhlas dan penuh rendah diri...Selayaknya saya di uji..bukankah saya juga seorang hamba?Hamba kepada Al Khalid..,makhluk ciptaan Allah SWT..
Entahlah..kadang-kadang hati ini terasa ingin berkongsi dengan semua apa yang ada di fikiran saya..tapi kadang-kadang akal saya menegah saya untuk berbuat demikian..Jika diperhatikan perjalanan blog saya selalu saya berkongsi kisah sedih dan duka mahupun peristiwa yang boleh memberi pengajaran buat saya dan sesiapa sahaja..Seolah-olah kisah saya ini hanya penuh kedukaan..tiada sinar,kebahagiaan dan keseronokan..benarkah begitu?
Saya sama seperti insan lain..gadis yang lain..yang seusia saya..jiwa saya masih keanak-anakkan lagi..belum cukup matang saya rasa..Namun,jauh di sudut hati saya..saya memendam dan menyembunyikan perasaan saya..Saya tidak tunjukkan kemanjaan saya kecuali pada sesiapa yang rapat dengan saya..jiwa keremajaan saya juga tidak ditonjolkan..Saya lebih kelihatan seperti orang yang berpandangan luas..berfikiran jauh..lebih suka berdiam apabila ada yang tidak kena...dan suka menangis bila terasa mahu menangis..
Kerana apa agaknya saya begitu..kerana saya tidak mahu tersalah langkah..saya tidak mahu pisang berbuah dua kali..saya tidak mahu terburu-buru..Saya tidak mahu menyesal dikemudian hari...Oleh itu saya harus berfikir dahulu sebelum bertindak..Terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padahnya..
Saya berhutang satu cerita bukan?Saya katakan yang saya akan ceritakan tentang pengalaman saya di Pahang..Baiklah,lupakan luahan tadi..mari fokuskan pada kisah saya..
Saya,Laila dan Sal ke Pahang untuk menyiapkan assignment kami..iaitu menemu ramah kaunselor berdaftar di sebuah sekolah..Pengalaman di rumah Sal sangat menarik..Ibunya melayan kami cukup baik..Malah ibunya tak lokek memberi nasihat seolah-olah kami ini anaknya sendiri..Kami memasak di dapur dan makan bersama..Keluarga Sal tak ramai..3 beradik sahaja..tapi yang ada di rumah cuma adik lelakinya bernama Zaki..baru darjah 2..
Pertama kali menjejak kaki ke rumahnya..Adik Sal terus memeluk leher saya erat..seolah-olah minta didukung..Saya juga membalas pelukannya dan mencium pipinya..
"Aki..Aki sihat ke?"Saya tahu dia tidak mengerti..jadi saya hanya membiarkan persoalan itu tanpa jawapan dan sekadar tersenyum ke arahnya..Sal menghampiri kami berdua..
"Aki..aki salah kakak ni..Ini kak sitilah.."
Menyedari dia sudah tersalah orang dia mengomol pula kakaknya..Malu barangkali!Maaf.jangan terkejut..Saya lupa memberitahu,Aki mengidap down sindrom..Dia kanak-kanak yang cukup istimewa bagi saya..Ini merupakan pengalaman pertama kali saya mendekati kanak-kanak istimewa ini..sungguh menyentuh hati saya..Wajahnya suci dan tenang..Pada malamnya,Sal menyuruh Aki menyalam tangan kami sebelum tidur..Aki bukan saja menyalam tangan saya malah dia mengucup pipi saya..Bagusnya akhlak Aki!!Anak soleh itu^^,
Saya keberatan untuk berkongsi kisah saya seterusnya..Pengalaman saya dihantar tunang saya kembali ke UniSZA..Sukar saya gambarkan..pertama kali menaiki keretanya bersama-sama Sal dan Laila..Memang saya tidak pernah terfikir akan dihantar olehnya..tapi semua yang terjadi itu atas kehendak Allah..Allah aturkan perkara itu berlaku dalam sejarah hidup saya..Seumur hidup saya tidak pernah terfikir, merancang atau membayangkannya..
Akhi(tunang) memberitahu saya dia akan ke Kuantan selama seminggu kerana urusan kerja.Kemudian dia ingin datang melawat saya di UniSZA kerana alasanya dia tidak pernah datang ke UniSZA..dan dia tidak dapat ikut sekali menghantar saya pada hari pendaftaran kerana dia terpaksa bekerja..Saya memberitahunya saya mungkin tidak sempat tiba pada hari tersebut kerana masih dalam perjalanan pulang dari Temerloh..Maka,dengan sendirinya dia mempelawa saya dan kawan-kawan untuk menumpang keretanya..Sal dan Laila kelihatan gembira apabila saya menyatakan pelawaan itu..bukan apa..Pergi saja ke Pahang hampir 30 ringgit..Kalau balik mahu lagi RM30..hampir RM60 nak naik bas..Huuh..Banyak tu..
Saya menelefon ibu..menanyakan kewajaran pelawaan itu..Ibu mengizinkan..Abah juga..InsyaAllah abah dan ibu pasti mendoakan saya..Hati kembali tenang..Malam tu saya tak dapat tidur lena..Risau..macam-macam yang bermain di fikiran..Saya serahkan pada Allah segala urusan ini..
Hari yang ditunggu tiba..Debaran di hati hanya tuhan sahaja yang tahu..Hati masih berwalang-walang lagi..Sal dan Laila masih mengusik saya tak henti-henti..Saya letih melayan usikan mereka.Dalam keadaan kritikal sebegitu,saya hanya mampu berdoa banyak-banyak agar Allah permudahkan segala urusan saya..Hanya itu yang mampu saya lakukan ketika itu!
Sepanjang perjalanan,saya tidak dapat melelapkan diri walau seketika..Bukan paksaan tapi memang saya tidak boleh tidur seperti Sal dan Laila di belakang..Agaknya mereka berdua benar-benar selesa berada dalam kereta Akhi kot..Baguslah..Amanah ibu saya pegang..Saya tahu dia masih risaukan saya..Saya berusaha untuk menjaga diri,kawan-kawan saya dan tunang saya sendiri..kalau saya tidur,
Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar..kami selamat sampai ke UniSZA..Letihnya seharian berada dalam kereta..Bagaimanalah yang memandu tu..Mesti lagi letih..kasihan dia..Sebaik sampai,Akhi menyuruh saya menelefon ibu memberitahu yang saya sudahpun selamat kembali ke UniSZA..Akhi memberi duit poket untuk saya sebelum dia bertolak pulang..Saya terharu..Saya bimbang..saya kasihan..Saya rasa bersalah..Entahlah..Seribu satu perasaan berwalang-walang dalam hati..Terima kasih atas apa yang akhi lakukan untuk saya..Ini boleh dapat merit tinggi dari saya..^_^..Sebagai tanda penghargaan,saya belikan sesuatu juga untuk Akhi..Apakah itu,biarlah rahsia ya =)))
Cukuplah setakat ini dahulu kisah saya di Pahang..Malu rasanya untuk berkongsi di sini..Kerana saya tahu si dia akan membaca juga..Tak mengapalah..Bacalah dan hayatilah..Saya tak kisahpun..Sebelum saya mohon diri,saya ingin beritahu pengajaran yang saya boleh share di sini..
Pertama..Kita hendaklah bersyukur kerana Allah ciptakan kita cukup sifat dan sihat..Maka seharusnya kita mampu menjadi hamba Allah dengan lebih baik..
Kedua..Dalam setiap apa yang kita lakukan..Allah sentiasa melihat dan memerhati..Allah mengetahui setiap isi hati kita..setiap apa yang kita fikirkan..Paling penting,restu ibu dan ayah perlu dahulukan..kerana..redha Allah itu terletak pada redha kedua ibubapanya.
Ketiga dan terakhir..Hargai apa yang kita miliki dan jangan sia-siakannya..Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment