Love isn't something you find. Love is something that finds you.


14 October, 2011

Apabila sakit sangat..

Assalamualaikum..

Seperti biasa..Apa khabar?Hmm..jangan fikir saya sedang menderita kesakitan pula..Saya juga baik dan sihat..Alhamdulilah..Jadual saya tak padat..Banyak ruang kosong di sini..Sehingga saya bosan dan tak tahu apa yang patut saya buat..akhirnya saya memutuskan untuk menulis sedikit perkongsian..Dengan harapan agar perkongsian saya bermanfaat harapnya..Walaupun semua sedia maklum..semua sedia tahu..tapi entahlah saya hanya terfikirkan perkara ini buat saat dan ketika ini.

Saya punya satu tabiat...Kalau sakit..tak suka makan ubat..tapi saya cuba tak menyusahkan orang..Saya akan cuba bertahan semampu saya..Saya tak mahu tunduk pada kesakitan itu..Saya ego pada kesakitan itu..Walauapapun..saya tak akan mengalah..Biar saja kesakitan itu sembuh sendiri..Biarkan rasa sakit itu hilang dari tubuh..Biarkan kesakitan itu berlalu pergi..


Sebab..Saya tahu semua rasa sakit itu datang dari Allah..maka kepada Allah juga saya pulangkan kembali..Sakit membuatkan saya terfikirkan dosa-dosa saya..mungkin sebagai kifarah buat saya..Sakit sebagai ujian dari Allah..menuntut kesabaran yang utuh..Sakit membuatkan saya terfikir..ada hikmah disebalik kesakitan ini..ada nikmat yang menanti mungkin..Apapun jua..saya memandang sakit ini dari sudut yang positif!

Namun..sebagai orang Islam..kita dituntut untuk berusaha..tiada sakit yang tiada penyembuhnya..selagi belum sampai masanya,Allah katakan setiap kesakitan itu pasti ada ubatnya!Membiarkan sakit melarat tanpa usaha untuk memulihkannya,ibarat menyiksa jiwa dan raga..Sudah elok sempurna Allah ciptakan tubuh kita ini,kita tidak berusaha menjaga amanah Allah SWT ini..Kalau kita tidak berusaha juga tandanya kita berputus asa pada Allah,bukan?Itu bukanlah sifat seorang mukmin..

Sakit ini bukan sakit dalaman atau luaran semata-mata tapi kesannya seluruh(kulli)..Apabila datang sakit,mood kita akan jadi kurang baik..Kita akan mudah marah tak tentu pasal..pemikiran dan tindakan kita tidak lagi rasional..Maka,solusinya cuma satu,bersabar,berusaha dan bertenang selalu..Dengan itu,secara automatik,ada sesuatu dalam badan yang mengalir memberikan satu semangat dan aurat yang begitu berkesan menyembuhkan rasa sakit tersebut..Kuasa minda itu sangat hebat..Be positif!Insya-Allah yang positif akan datang dalam setiap keadaan!


Yang penting banyak berdoa..Teruskan berdoa tanpa henti..Doakan kesejahteraan kesihatan kita..dan jangan lupa..ucapkan syukur dan terima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat tubuh badan yang diberi..Berjanjilah kita akan menjaga kesihatan yang Allah kurniakan ini..Jangan sampai Allah tarik nikmat sihat itu,kita akan berpaling salahkanNya sedang sebelum ini kita tidak menjaga amanah yang Allah berikan kepada kita dengan sebaiknya!Mohonlah pada Allah SWT supaya diberi ruang dan peluang untuk kita terus beribadat kepadaNya dalam keadaan sihat walafiat!Insya-Allah^_^Amin=)))

Wallahualam,

No comments:

Post a Comment