Assalamualaikum..
Banyaknya saya nak berkongsi di sini..emh..mana satu saya nak cerita dulu ye?Okaylah..assignment saya yang paling berat dah settle..TITAS..memang mencabar..tinggal yang lain-lain saja lagi..Insya-Allah,tak banyakpun..
Presentation KAUNSELING pun dah lepas..Alhamdulillah..memuaskan hati pensyarah kami..
Baiklah..seterusnya program saya sepanjang bulan ini..Yang terbarulah yang saya cerita di sini..Minggu lepas..Saya kecewa dengan apa yang terjadi dan sedang berlaku..Baru-baru ini,ada program Jelajah Imam Muda&Kursus Kepimpinan Mahasiswa Lestari..Masha-Allah..kaum Adam yang hadir boleh dikira berapa jari saja..Sedangkan bukankah program ini lebih kepada kaum Adam?Di mana kalian semua??Saya lihat kaum Hawa yang memenuhi dewan..Tapi tak semua yang mendaftarpun..Saya yang mengajak mereka semua turut serta bagi memenuhi ruang-ruang kosong di dalam dewan tersebut..
Malah hari pertama,hanya saya dan seorang adik,Afifah namanya dan seorang kakak MPP,Kak Hasniza sahaja pelajar wanita..Hanya kami ditemani oleh 4 orang senior lelaki menaiki bas UniSZA ke Masjid Wakaf Tembesu bagi mengikuti Jelajah Imam Muda bersama Imam Muda Miril.Saya juga menghantar mesej untuk rakan lelaki sekelas saya supaya mereka turut serta dalam program tersebut..Rata-rata mereka memberi alasan nak siapkan assignment..Saya mendapat tahu ada perlawanan bola pada malam tersebut..Saya dahulukan husnu zhan..berbaik sangka..mungkin mereka benar-benar sibuk..
Saya masih terkilan..Saya bukan mengagungkan Imam Muda Hizbur atau Imam Muda Miril yang hadir..Malah,saya tak pernahpun melihat perjalanan mereka dalam rancangan realiti Imam Muda sebelum ini..Cuma,saya fikir,program ini program yang bermanfaat..Apatah lagi mendengar celoteh Ustaz Badli Shah..Seronoknya mendengar kata-kata orang yang bijaksana!^_^Alhamdulillah..Alangkah ruginya kalau lepaskan peluang yang ada!!
Minggu ini,Program Rakan Muda..Malam tadi,artis yang comel dan manis,Heliza Helmi daripada Akademi Fantasia..turut hadir memberikan sokongan..Wah...Sambutan sungguh menggalakkan..Baik pelajar perempuan mahupun pelajar lelaki semuanya menjerit-jerit dapat melihat Heliza..Nasib baik Heliza..Kalau artis lain..wallahualam..
Apa yang saya dapat lihat,sambutannya sungguh berbeza..Saya tak nafikan,masalah yang berlaku semasa Program Imam Muda,sedikit-sebanyak menganggu perjalanan program..Hampir seminggu tiada air di bangunan lama,menyebabkan pergerakan terbantut..Kami perlu ke blok baru untuk menumpang mandi dan membasuh..Tambahan cuaca yang tidak menentu menyebabkan kain lambat kering..Manakala,pelajar diploma sudahpun mula bercuti..hanya tinggal pelajar Ijazah sahaja..Dalam masa yang sama kami sibuk menyiapkan assignment dan presentation yang sangat hampir due nya..Wah,tak ke saya menangis malam-malam..Kepenatan!=(((
Namun,Allah pinjamkan saya saya kekuatan dan semangat..Alhamdulillah..Ini ujian buat saya..Minggu ini,adalah minggu saya akan pulang ke kampung!!Wah..BEST!=)))
Saya bersama 4 orang lagi sahabat yang sama-sama di KASAS dulu selain Laila,membeli tiket bersama.Saya,Ana,Rafsan dan Yasir.Ana,kawan baik saya..lembut orangnya..Rafsan,dua pupu saya sebelah ayah..juga belajar di KASAS..seterusnya,Yasir,kawan sekelas saya semasa di SMK DR.Burhanuddin dan juga semasa di KASAS..Entahlah..orang kata kalau saya belum bertunang,tentu saya ada jodoh dengan dia..mana tak nya,kami bertukar ke SMKDB hari yang sama dan kemudian menyambung pengajian di tempat yang sama juga!hehe..gurau je la..>_< jangan marah!
Allah nak uji saya..ada PROGRESS TEST pada 3hb/11..sedangkan tiket kami 2hb/11..Saya cuba call syarikat perkhidmatan bas tersebut,katanya tiket bas untuk 3hb/11 malam dan 4hb sudah penuh..Kalau nak cari bas lain,tiket kami yang berharga RM50 lebih akan burn begitu saja lah..Ya Allah..Saya menangis..Saya bimbang saya tak dapat pulang..Ketika itu Ana ada kelas..lantas saya menghantar mesej pada Yasir..Dia terus menghubungi saya dan dia kata dia akan berusaha untuk menukar tarikh Progress Test tersebut..Malunya saya,ketika itu saya sedang menangis pada Laila..
Keesokan paginya,saya ke kelas BI dalam keadaan yang tak semangat..Sedih..Alhamdulillah,kami menerima mesej bahawa,Progress Test akan ditunda selepas cuti..Suka sangat!!Tapi saya masih ada test yang lain lagi..iaitu,test Kaunseling dan Akhlak Aqidah..Presentation BI lagi..Huhu..itula..Suka lagi..
Dan semua yang berlaku ketika itu,saya tak ceritakan sangat pada tunang saya..Dia mungkin sibuk mempersiapkan diri untuk ke Jerman..Dia dah balik dah pun..Tapi saya geram,sebab dia tak beritahu saya dulu sebelum dia bertolak ..Buatkan saya risau saja!Grrr..Apapun..Alhamdulillah,selamat kembali ke Malaysia!^_^
Setakat ini saja dulu perkongsian saya..Tak sabar nak balik..Nak jumpa family!
Wassalam..