Love isn't something you find. Love is something that finds you.


31 October, 2012

My latest activities updated.



Bismillahirahim
Assalamualaikum

Hai..apa khabar?Asyik tanya apa khabar je kan?Alhamdulillah. Harap semua baik-baik saja. Saya baru saja pulang ke Terengganu. Dalam 2 minggu lagi saya balik semula ke Taiping. Dah seminggu berlalu. Tinggal seminggu saja lagi nak balik kampung. Insya-Allah. Kali ini doakan semoga perjalanan saya dipermudahkan. 

Perjalanan sebelum ini macam-macam dugaan yang menguji.Terbalik pula, selalunya nak balik kampung lah banyak halangannya. Ada kelas lah, ada test lah, tiket habis lah dan sebagainya. Tapi demi nak balik juga, terpaksa kuatkan semangat. Tapi apa yang berlaku sebaliknya. Membuatkan hati ini rasa tak mahu balik Terengganu. Mungkin sebab masa nak balik hari tu Allah benar-benar mempermudahkan urusan saya. Saya balik dengan senang hati tanpa terpaksa ponteng kelas. Apapun semuanya ada hikmahnya.

Okalah seperti yang dijanjikan, saya akan share aktiviti saya. Macam biasalah, malas nak cerita panjang-panjang. Kalau cerita sampai esok pun tak habis kot. Hihi..Oklah, mula-mula nak story dulu pasal pergi Sekayu. Lepas tu update pasal forum dengan movie. Selamat melihat!

Masa untuk bergambar dalam air.
Sejuk la. Tu yang peluk Kak Nurul tu..hihi.
Budak laki masak berbeque ayam.
Nampak macam sedap kan? Memang sedap pun. Jangan jeles.
Tukar hadiah dengan Kak Dayah. Saya dapat bantal Sponge Bob. Yeay!

Baiklah, seterusnya saya dan kumpulan saya bertungkus lumus menyiapkan assignment kami iaitu forum dan movie. Forum dah selesai. Tapi lakonan belum selesai lagi.

Muka cuak bila nak buat forum.

Happy lepas habis forum English.

Masa praktis berlakon untuk movie English.

Sibuk je rabbit nak berlakon sekali..hihi

Habis berlakon. Bersantai di depan rumah.
Sekarang nak selitkan gambar saya dan kawan-kawan sekejap. Inilah satu-satunya hobi yang tak boleh kami tinggalkan. Biasanya waktu-waktu senggang kami isikan dengan aktiviti ini. Tengok bawah pokokpun boleh jadi tau!

Bergambar sebab kelas batal.
Tengah menanti kedatangan lecturer.

Itu sahaja latest aktiviti yang saya lakukan di Terengganu bersama kawan-kawan. Matapun dah ngantuk. Saya nak tidur dulu. Kalau diberi masa dan ruang lagi, akan saya coretkan lagi kisah saya di sini ya.Selamat malam semua!

Wallahualam.



24 October, 2012

Rindu pada ex-roomate!!

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Apa khabar? Saya baik-baik sahaja. Happy sangat dapat balik rumah. Segala perasaan yang berkecamuk saya tinggalkan di Terengganu. Sekarang musim hujan. Kepala selalu sakit-sakit. Mungkin kena hujan kot. Kelas pula bermula seawal pukul 8 pagi. Pagi-pagi dah belajar dalam aircond. Bayangkanlah nak mandi pagi-pagi airnya sejuk macamana.. Dah mula selesema ni. Saya harap saya tak demam kat rumah..Sedih kot kalau demam. Dalam sehari lagi nak balik, mood hilang. Tak best kalau kita balik, ada kawan-kawan yang tak balik. Raya di perantauan memang menyedihkan. T_T

Insya-Allah, semuanya akan baik. Bukan tak best apa, cuma hati ni risaukan kesihatan diri. Tambahan pula, risaukan juga 2 kelas yang terpaksa skip tu. Nak buat macamana. Redha aje laa..Alkisahnya, hari last sebelum bertolak balik malam tu, dapat makluman bahawa kesemua kelas hari Rabu dan hari Khamis, dibatalkan! ALLAHUAKHBAR! Bak kata kak Nurul, seronok sampai melompat keteteng. (entah betul ke tak bunyinya..hihi..)

Bukan apa.. penat la.. busy sikit. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian.Dengan forum dan presentation nya. Assigment dan program 1Citizen lah. Eh, lupa baru-baru ni kami pergi Sekayu. Best dapat mandi tapi lagi best kalau tak hujan. Nanti saya share kalau berkesempatan. Sebelum itu, saya nak share sesuatu pasal roomate saya. Boleh kan?

Okaylah.. Entah kenapa beberapa hari ni asyik ingat kat ex-roomate. Setahun bersama dengannya. 2 sem lebih kurang. Saya bukan saja mengenali dirinya tapi juga keluarganya. Malah masih berhubung dan bertegur sapa setiap kali bertemu mereka. Ada lah dalam 2 ke 3 kali ke rumah mereka. Maklumlah menumpang barang dekat rumahnya semasa cuti panjang hari tu. Macam saya katakan dulu situasi sudah berbeza. Dulu di asrama sekarang duduk di luar. Mungkin perubahan itu mewujudkan perasaan rindu pada ex-roomate dulu.

Suatu yang bersyukur sangat pada Allah, saya dikurniakan sahabat-sahabat yang baik di sisi saya. Saya sedar, saya bukanlah kawan dan sahabat yang baik untuk mereka. Kadang-kadang saya suka manjakan diri dan minta diberi perhatian. Jauh disudut hati saya ingin mereka tahu saya sayangkan mereka. Tapi kalau mereka fikir saya sekadar mengada-ngada dan menyusahkan, saya minta maaf. Saya juga tak nafikan saya seorang yang sangat sensatif. Saya seorang yang kuat menangis dan tak suka dikasari. Kalau saya ada buat silap, tegurlah dengan cara berhemah. Insya-Allah saya menerima dengan hati yang terbuka. Kadang-kadang kita sendiri boleh tahu sama ada teguran kita itu dapat diterima atau tidak berdasarkan mimik muka. oh, lagi satu teguran bukan 1 arahan. Kita sudah tegur terpulang padanya untuk berubah atau tidak.

Terus-terang saya katakan di sini bahawa, saya tidak pandai mengekpresikan rasa sayang saya dan perhatian saya pada mereka. Bukan kerana saya benci atau dingin..tapi saya pernah melalui episod dimana kawan tikam kawan, kawan tikam belakang, kawan ambil kesempatan atas kebaikan yang diberikan. Mak yang tahu saya bagaimana, sering menasihati saya supaya jangan terlampau baik pada orang takut orang ambil kesempatan. Saya pernah terluka kerana itu. Dan kerana terlampau lebihkan kawan, saya telah melukakan hati ibu sendiri. Sebab tu kini, apa juga yang saya lakukan, selalu saya dahulukan mak sebelum kawan. Maafkan saya jika itu tidak menyenangkan hati.

Saya tak nafikan, sebagai manusia biasa, mungkin saya juga kadang-kadang mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Tapi kalau dia ikhlas atasnya, InsyaAllah, saya akan memberikan sesuatu yang lebih besar dari itu, lebih besar dari wang ringgit, iaitulah doa untuk dia. Apa yang saya katakan ini benar-benar berlaku. Saya ada seorang kawan yang sangat baik dengan saya. Saya sayangkan dia sehingga saya doakan dia dalam doa saya supaya dia berjaya dalam peperiksaan STAM. Saya masih ingat lagi. Kemudian dia menghubungi saya dan memberitahu saya dia dapat pangkat MUMTAZ. Saya sangat bangga. Sedikitpun tiada perasaan cemburu walaupun ketika itu saya masih  belajar di Tingkatan 6. Kuasa doa seorang sahabat, kan?

Jadi, berbalik pada roomate saya ni, boleh tak kata dia lah roomate yang terbaik yang pernah saya jumpa? Dia sangat memahami dan caring. Ya Allah, terus-terang saya bangga mengaku dia sebagai roomate. Dia baik. Sangat baik. Malah lebih baik dari saya. Malu saya bila bersama dengannya. Tapi saya suka kalau orang lebih baik dari saya. Sekurang-kurangnya saya akan berusaha menjadi seperti dia. Best tau jadi orang baik ni.. Nak jadi orang baik tak perlu disuruh dan di arahkan. Buat dengan tindakan itu lebih baik.  Bukan speak louder than action, right?

Sedang saya rasa perlukan dia, pagi sebelum saya bertolak balik ke kampung, ditakdirkan Allah, saya bertemu dengannya di kafe. MASYA-ALLAH. Rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama. Teringatkan saya. Segala perasaan yang tak menentu hilang sebaik terpandang wajahnya. Dia bukan seorang yang cantik tapi hatinya cantik membuatkan saya suka mendekatinya. Rasa tenang saja. Apalah guna menjadi cantik kalau hati tak cantik. Masa saya sebilik dengannya, orang menghormati saya sepertimana orang menghormatinya. Itulah kesan ada roomate yang baik. Inilah satu-satunya gambar yang sempat kami tangkap bersama. Satu-satunya gambar yang ada dalam simpanan saya. Satu-satunya gambar yang buat saya kembali bersemangat.

Banyak persamaaan antara kami berdua. Boleh perasan kan?

Saya ingat lagi, kalau saya bersedih saja, dialah orang pertama yang akan bertanya samaada saya okay atau tidak. Saya terharu. Apatah lagi kalau saya ada masalah, pasti cepat saja dia bertanya. Kemudian, kalau dia ada makanan, selalu saja berkongsi dengan saya. Walaupun saya menolak tetap dia berikan juga.  Dia juga kalau nak sentuh barang saya mesti minta izin dulu. Walaupun tujuannya untuk mengemas. Sebenarnya saya tak kisah tapi saya lebih suka begitu. 

Ahhh, boleh tak kata saya rindu kat dia? Saya nak duduk sebilik dengan dia lagi.. Kami selalu share nasi dalam satu pinggan. Minum guna straw yang sama. Cawan yang sama. Setiap kali tak ada kelas, kami akan lepak-lepak sambil berbincang, berkongsi pendapat dan pandangan. Dia suka dengar teori saya yang merapu-rapu tu. Dalam erti kata yang lain, dia suka share masalah dan minta pandangan saya. Katanya dia suka dengar apa yang saya cakap. Dia juga suka beri kata-kata semangat. Kegemaran kami suka menampal kata-kata semangat di dinding, meja study dan loker bilik.

Dan dia sangat supporting dan tidak jumud. Itu yang paling membuatkan saya suka sangat duduk sebilik dengan dia.Sesetengah orang fikirannya agak sempit dan jumud. Selalu dia mengusik perihal saya yang sudah bertunang. Boleh pula dia cerita pada keluarganya tentang perkara itu. Blushing pula dengan familynya. Kemudian, tidak lah sampai dengar lagu, lagu nasyid saja. Tawadhuk dan sunyi sepi saja bilik jadinya. Kami masih melayan lagu sentimental. Jiwa dia jiwa saya. Dia suka dengar radio IKIM dan yang membuatkan saya bertambah tertarik untuk dengar sekali radio IKIM adalah semasa slot Ust Pahrol Juoi dengan Prof Dr Muhaya. 

Kalau pagi saya sambung tidur, mesti dia akan jaga-jaga takut saya terjaga. Dia tak buka lampu. Dia memang macam saya. Tak suka ganggu orang tidur. Dia selalu saja terkena gastrik. Bila dia gastrik rasa kasihan sangat. Mesti dia guling-guling kesakitan. Kesian sangat. Setiap kali hujung minggu dia akan pulang ke rumah bersama dengan family dia. Sebab tu kadang-kadang hujung minggu, saya akan lepak dengan Sal dan Naim.

Saya selalu bangun awal pagi. Kadang-kadang sebelum subuh. Kami pernah solat jemaah bersama. Selalunya dia tak mahu jadi imam. Biasanya sayalah imam, dia makmumnya. Kadang-kadang saya paksa juga dia jadi imam. Hihi. Jahat juga saya ni. Kadang-kadang kami study sama-sama.

Saya sangat sayangkan kawan-kawan saya kerana Allah. Sometimes, ada antara mereka yang sering mengecilkan hati. Selalu saya pujuk hati saya dengan mengatakan bahawa setiap orang berbeza-beza. Saya ambil pendekatan buat tak tahu saja. Lama-lama rasa sakit hati itu akan hilang sendiri. Bersabarlah menghadapi ragam dalam berkawan. Sebenarnya itu yang membuatkan persahabatan menjadi lebih indah. Saya sudah ada lebih dari cukup dengan apa yang ada pada saya, jadi layakkah saya meminta mereka memahami situasi saya? Saya yang harus memahami situasi mereka dan lebih bijak dalam menyelesaikan masalah. Percaya pada kuasa doa. What you do you will get back!


Insya-Allah sama-samalah kita menjadi hamba yang mencari keredhaan Allah. Buktikan bahawa kita bukan sekadar bersahabat di sini tapi juga kita akan bersahabat di jannah sana nanti. Saling mendoakan kebaikan orang lain. Walau rugi di dunia, Insya-Allah balasannya di akhirat sana. Okaylah, setakat ini, saya membebel panjang. Nanti ada rezeki, masa dan waktu saya akan tulis entry lagi. Oh, please..doakan kesihatan saya. Amin.

04 October, 2012

New life, different life (part2)


Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum,

Apa khabar? Saya minta maaf. Saya janji nak kongsi cerita saya di sini. Tapi entahlah.. Sibuk pula jadinya. Sampai saya tak tahu nak cerita pasal apa. Apa yang saya selalu share biasanya tentang apa yang saya rasa menarik untuk saya ingati dan simpan kenangan ini sebagai memori indah dalam hidup saya. Sepanjang cuti hari tu, setiap hari kami keluar berjalan. Nak tahu apa yang kami buat sepanjang cuti yang saya gaduh bosan sangat tu? Malas nak cerita satu-satu. Nah, tengok saja gambar-gambar ni.


Makan dekat kafe Niyang Rapik.
Jalan-jalan dekat ICT.
Tengoklah tu sampai panjat pokok.
Lupe nak kenalkan lagi 2 orang housemate saya.  
Nilah Kak Dhira dengan Amie.
Menikmati pemandangan sungguh.
Tengok ape tu?
Gadis-gadis ayu di pesisiran pantai.
Tak habis-habis buat peace kan?Tak ade gaye lain ke?hmm..
Dah cukup cukup sudah. Bosan.
Biarlah gambar-gambar ini berbicara betapa happynya dapat keluar berjalan-jalan. Bosanpun hilang tapi kena redhalah kalau terpaksa keluar duit lebih sikit. Nasib baik saya bukan jenis yang suka shopping sangat. Daripada habiskan duit shopping, baik saya habiskan duit jalan-jalan. Bukan jalan-jalan ke tempat yang mahal-mahal tu. Jalan kat tempat macam nipun ok juga. Tambah tak ada orang. Kalau malam penuh la kot. Tapi saya ini memang teringin macam-macam cuma saya masih mampu mengawal lagi keinginan saya setakat ini.

Baiklah, ada sesuatu saya nak share di sini. Sesuatu yang saya rasa cukup menarik. Sebaik habis kelas mantik pagi tu saya duduk melepak di situ kerana yang lain ada mesyuarat. Kemudian telefon pun berdering. Selesai saja bergayut, tiba-tiba saya didatangi seorang adik classmate saya. 

"Kak sape telefon?abang ye?Hm, akak saya baru tahu akak dah bertunang masa kelas BI hari tu.." Katanya beserta wajah yang penuh exited. Saya tersenyum bila teringat hari itu. Rasa malu pula. 

"Alah, tunang baru dik. Belum kahwin lagi."Jawabku berseloroh. Kemudian bertubi-tubi soalan dilemparkan pada saya. Sudah jadi macam rancangan melodi rasanya. 

"Akak, saya nak tanye apa perasaan akak bila dah bertunang? Mesti best kan? Kak, bila nak kahwin?" Tanyanya. Itu okayla lagi. Soalan itu biasa sangat ditanya oleh sesiapa saja yang mengenali saya. Tapi ada  soalan cepumas yang ditanya yang kalau salah jawab silap haribulan boleh jadi lain. Soalannya lebih kurang beginilah.

"Alahai, lamanya akak tunang..Katakanlah akak tersuka orang lain dekat sini macam mana?"Tanyanya. Jawab saya,

"Insya-Allah. Kalau dia jodoh akak, datanglah yang baik macam mana sekalipun, akak tetap dengan dia juga akhirnya. Kalau benar itu terjadi pada akak, akak tak fikir itu akan mengganggu hubungan kami. Akak faham, biasalah kalau itu terjadi tapi suka tak bermakna ingin memiliki. Akak sudah ada orang cop. Jadi akak tak rasa teringin nak kenal dengan mana-mana lelaki. Bukan ke sepatutnya lelaki yang cari kita bukan sebaliknya? Lagi satu sebabnya, akak lihat manusia ini bercinta melalui 2 cara. Pertama, dari mata ke hati. Kedua, dari hati ke mata."

"Apa maksud akak? Saya tak faham." Mukanya berkerut minta penjelasan. Saya memang suka buat teori sendiri. Maklumlah, saya kan suka menganalisis sesuatu perkara itu.

"Begini, orang selalu salah faham dengan konsep ini. Akak tak kata semua tapi selalunya ini yang terjadi. Pertama, dari mata turun ke hati. Kita jumpa dengan orang yang kacak atau cantik contohnya..terus jatuh hati. Sedangkan kita tak kenal hatinya bagaimana. Ya, memang kita boleh mengenalinya selepas itu tapi hakikatnya kita telah dibutakan dengan kecantikannya sehingga kadang-kadang kentut yang busuk dirasakan wangi. Begitulah perumpamaanya.

Kedua, dari hati ke mata. Kita tak pernah berjumpa dengannya. Tiba-tiba dia cakap nak kahwin dengan kita. Macamana nak kahwin kalau tak ada perasaan suka? Kita bermujahadah dengan hati kita. Kita banyak mohon petunjuk Allah supaya diberikan jawapan atas istikharah kita. Apabila hati terasa benar-benar yakin  maka, kita terima dia dengan penuh redha. Dalam tempoh bertunang itulah kita perlu jaga hubungan itu sebaiknya. Dalam proses itu sudah tentu banyak ujian. Maka kita perlu sama-sama menguatkan antara satu sama lain. Perkahwinan bukan sehari dua tapi seumur hidup Insya-Allah. Sebenarnya bila hati dah suka segala yang dia tunjukkan di mata kita terasa begitu sweet dan indah. Kerana kita nampak kesungguhannya itu."

Terdiam adik ini mendengar bicara saya. Saya lihat dia mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju. Dia bangun apabila kawannya mula memanggilnya pulang.

"Alaa..tak puas sembang dengan akak. Akak, cepat-cepatlah kahwin ya. Saya tak sabar nak tengok akak kahwin." Bisiknya perlahan sambil menepuk lembut bahu saya. Dia sempat memberi lambaian terakhir sebelum pintu bilik kuliah itu ditutup. Saya hanya mampu tersenyum dan mengaminkan. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.

Saya tak perlukan apa-apa lagi kecuali doa dan restu orang tua. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Untuk waktu ini, dia memberi saya peluang untuk kejar cita-cita. Maka, saya akan belajar bersungguh-sungguh. Memang tidak mudah tapi sekurangnya-kurangnya saya rasa puas dapat bersama-sama kawan-kawan dan bakal menggenggam segulung ijazah. Aduh, tak sabar rasanya bila membayangkan. Sudahlah, tak mahu tamak. Tak mahu berangan lagi. Perjalanan masih jauh. Masa masih panjang. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin ya Rabal Alamin.

Wallahualam.