Love isn't something you find. Love is something that finds you.


24 October, 2012

Rindu pada ex-roomate!!

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Apa khabar? Saya baik-baik sahaja. Happy sangat dapat balik rumah. Segala perasaan yang berkecamuk saya tinggalkan di Terengganu. Sekarang musim hujan. Kepala selalu sakit-sakit. Mungkin kena hujan kot. Kelas pula bermula seawal pukul 8 pagi. Pagi-pagi dah belajar dalam aircond. Bayangkanlah nak mandi pagi-pagi airnya sejuk macamana.. Dah mula selesema ni. Saya harap saya tak demam kat rumah..Sedih kot kalau demam. Dalam sehari lagi nak balik, mood hilang. Tak best kalau kita balik, ada kawan-kawan yang tak balik. Raya di perantauan memang menyedihkan. T_T

Insya-Allah, semuanya akan baik. Bukan tak best apa, cuma hati ni risaukan kesihatan diri. Tambahan pula, risaukan juga 2 kelas yang terpaksa skip tu. Nak buat macamana. Redha aje laa..Alkisahnya, hari last sebelum bertolak balik malam tu, dapat makluman bahawa kesemua kelas hari Rabu dan hari Khamis, dibatalkan! ALLAHUAKHBAR! Bak kata kak Nurul, seronok sampai melompat keteteng. (entah betul ke tak bunyinya..hihi..)

Bukan apa.. penat la.. busy sikit. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian.Dengan forum dan presentation nya. Assigment dan program 1Citizen lah. Eh, lupa baru-baru ni kami pergi Sekayu. Best dapat mandi tapi lagi best kalau tak hujan. Nanti saya share kalau berkesempatan. Sebelum itu, saya nak share sesuatu pasal roomate saya. Boleh kan?

Okaylah.. Entah kenapa beberapa hari ni asyik ingat kat ex-roomate. Setahun bersama dengannya. 2 sem lebih kurang. Saya bukan saja mengenali dirinya tapi juga keluarganya. Malah masih berhubung dan bertegur sapa setiap kali bertemu mereka. Ada lah dalam 2 ke 3 kali ke rumah mereka. Maklumlah menumpang barang dekat rumahnya semasa cuti panjang hari tu. Macam saya katakan dulu situasi sudah berbeza. Dulu di asrama sekarang duduk di luar. Mungkin perubahan itu mewujudkan perasaan rindu pada ex-roomate dulu.

Suatu yang bersyukur sangat pada Allah, saya dikurniakan sahabat-sahabat yang baik di sisi saya. Saya sedar, saya bukanlah kawan dan sahabat yang baik untuk mereka. Kadang-kadang saya suka manjakan diri dan minta diberi perhatian. Jauh disudut hati saya ingin mereka tahu saya sayangkan mereka. Tapi kalau mereka fikir saya sekadar mengada-ngada dan menyusahkan, saya minta maaf. Saya juga tak nafikan saya seorang yang sangat sensatif. Saya seorang yang kuat menangis dan tak suka dikasari. Kalau saya ada buat silap, tegurlah dengan cara berhemah. Insya-Allah saya menerima dengan hati yang terbuka. Kadang-kadang kita sendiri boleh tahu sama ada teguran kita itu dapat diterima atau tidak berdasarkan mimik muka. oh, lagi satu teguran bukan 1 arahan. Kita sudah tegur terpulang padanya untuk berubah atau tidak.

Terus-terang saya katakan di sini bahawa, saya tidak pandai mengekpresikan rasa sayang saya dan perhatian saya pada mereka. Bukan kerana saya benci atau dingin..tapi saya pernah melalui episod dimana kawan tikam kawan, kawan tikam belakang, kawan ambil kesempatan atas kebaikan yang diberikan. Mak yang tahu saya bagaimana, sering menasihati saya supaya jangan terlampau baik pada orang takut orang ambil kesempatan. Saya pernah terluka kerana itu. Dan kerana terlampau lebihkan kawan, saya telah melukakan hati ibu sendiri. Sebab tu kini, apa juga yang saya lakukan, selalu saya dahulukan mak sebelum kawan. Maafkan saya jika itu tidak menyenangkan hati.

Saya tak nafikan, sebagai manusia biasa, mungkin saya juga kadang-kadang mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Tapi kalau dia ikhlas atasnya, InsyaAllah, saya akan memberikan sesuatu yang lebih besar dari itu, lebih besar dari wang ringgit, iaitulah doa untuk dia. Apa yang saya katakan ini benar-benar berlaku. Saya ada seorang kawan yang sangat baik dengan saya. Saya sayangkan dia sehingga saya doakan dia dalam doa saya supaya dia berjaya dalam peperiksaan STAM. Saya masih ingat lagi. Kemudian dia menghubungi saya dan memberitahu saya dia dapat pangkat MUMTAZ. Saya sangat bangga. Sedikitpun tiada perasaan cemburu walaupun ketika itu saya masih  belajar di Tingkatan 6. Kuasa doa seorang sahabat, kan?

Jadi, berbalik pada roomate saya ni, boleh tak kata dia lah roomate yang terbaik yang pernah saya jumpa? Dia sangat memahami dan caring. Ya Allah, terus-terang saya bangga mengaku dia sebagai roomate. Dia baik. Sangat baik. Malah lebih baik dari saya. Malu saya bila bersama dengannya. Tapi saya suka kalau orang lebih baik dari saya. Sekurang-kurangnya saya akan berusaha menjadi seperti dia. Best tau jadi orang baik ni.. Nak jadi orang baik tak perlu disuruh dan di arahkan. Buat dengan tindakan itu lebih baik.  Bukan speak louder than action, right?

Sedang saya rasa perlukan dia, pagi sebelum saya bertolak balik ke kampung, ditakdirkan Allah, saya bertemu dengannya di kafe. MASYA-ALLAH. Rupanya dia juga mempunyai perasaan yang sama. Teringatkan saya. Segala perasaan yang tak menentu hilang sebaik terpandang wajahnya. Dia bukan seorang yang cantik tapi hatinya cantik membuatkan saya suka mendekatinya. Rasa tenang saja. Apalah guna menjadi cantik kalau hati tak cantik. Masa saya sebilik dengannya, orang menghormati saya sepertimana orang menghormatinya. Itulah kesan ada roomate yang baik. Inilah satu-satunya gambar yang sempat kami tangkap bersama. Satu-satunya gambar yang ada dalam simpanan saya. Satu-satunya gambar yang buat saya kembali bersemangat.

Banyak persamaaan antara kami berdua. Boleh perasan kan?

Saya ingat lagi, kalau saya bersedih saja, dialah orang pertama yang akan bertanya samaada saya okay atau tidak. Saya terharu. Apatah lagi kalau saya ada masalah, pasti cepat saja dia bertanya. Kemudian, kalau dia ada makanan, selalu saja berkongsi dengan saya. Walaupun saya menolak tetap dia berikan juga.  Dia juga kalau nak sentuh barang saya mesti minta izin dulu. Walaupun tujuannya untuk mengemas. Sebenarnya saya tak kisah tapi saya lebih suka begitu. 

Ahhh, boleh tak kata saya rindu kat dia? Saya nak duduk sebilik dengan dia lagi.. Kami selalu share nasi dalam satu pinggan. Minum guna straw yang sama. Cawan yang sama. Setiap kali tak ada kelas, kami akan lepak-lepak sambil berbincang, berkongsi pendapat dan pandangan. Dia suka dengar teori saya yang merapu-rapu tu. Dalam erti kata yang lain, dia suka share masalah dan minta pandangan saya. Katanya dia suka dengar apa yang saya cakap. Dia juga suka beri kata-kata semangat. Kegemaran kami suka menampal kata-kata semangat di dinding, meja study dan loker bilik.

Dan dia sangat supporting dan tidak jumud. Itu yang paling membuatkan saya suka sangat duduk sebilik dengan dia.Sesetengah orang fikirannya agak sempit dan jumud. Selalu dia mengusik perihal saya yang sudah bertunang. Boleh pula dia cerita pada keluarganya tentang perkara itu. Blushing pula dengan familynya. Kemudian, tidak lah sampai dengar lagu, lagu nasyid saja. Tawadhuk dan sunyi sepi saja bilik jadinya. Kami masih melayan lagu sentimental. Jiwa dia jiwa saya. Dia suka dengar radio IKIM dan yang membuatkan saya bertambah tertarik untuk dengar sekali radio IKIM adalah semasa slot Ust Pahrol Juoi dengan Prof Dr Muhaya. 

Kalau pagi saya sambung tidur, mesti dia akan jaga-jaga takut saya terjaga. Dia tak buka lampu. Dia memang macam saya. Tak suka ganggu orang tidur. Dia selalu saja terkena gastrik. Bila dia gastrik rasa kasihan sangat. Mesti dia guling-guling kesakitan. Kesian sangat. Setiap kali hujung minggu dia akan pulang ke rumah bersama dengan family dia. Sebab tu kadang-kadang hujung minggu, saya akan lepak dengan Sal dan Naim.

Saya selalu bangun awal pagi. Kadang-kadang sebelum subuh. Kami pernah solat jemaah bersama. Selalunya dia tak mahu jadi imam. Biasanya sayalah imam, dia makmumnya. Kadang-kadang saya paksa juga dia jadi imam. Hihi. Jahat juga saya ni. Kadang-kadang kami study sama-sama.

Saya sangat sayangkan kawan-kawan saya kerana Allah. Sometimes, ada antara mereka yang sering mengecilkan hati. Selalu saya pujuk hati saya dengan mengatakan bahawa setiap orang berbeza-beza. Saya ambil pendekatan buat tak tahu saja. Lama-lama rasa sakit hati itu akan hilang sendiri. Bersabarlah menghadapi ragam dalam berkawan. Sebenarnya itu yang membuatkan persahabatan menjadi lebih indah. Saya sudah ada lebih dari cukup dengan apa yang ada pada saya, jadi layakkah saya meminta mereka memahami situasi saya? Saya yang harus memahami situasi mereka dan lebih bijak dalam menyelesaikan masalah. Percaya pada kuasa doa. What you do you will get back!


Insya-Allah sama-samalah kita menjadi hamba yang mencari keredhaan Allah. Buktikan bahawa kita bukan sekadar bersahabat di sini tapi juga kita akan bersahabat di jannah sana nanti. Saling mendoakan kebaikan orang lain. Walau rugi di dunia, Insya-Allah balasannya di akhirat sana. Okaylah, setakat ini, saya membebel panjang. Nanti ada rezeki, masa dan waktu saya akan tulis entry lagi. Oh, please..doakan kesihatan saya. Amin.

No comments:

Post a Comment