Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum,
Apa khabar? Saya minta maaf. Saya janji nak kongsi cerita saya di sini. Tapi entahlah.. Sibuk pula jadinya. Sampai saya tak tahu nak cerita pasal apa. Apa yang saya selalu share biasanya tentang apa yang saya rasa menarik untuk saya ingati dan simpan kenangan ini sebagai memori indah dalam hidup saya. Sepanjang cuti hari tu, setiap hari kami keluar berjalan. Nak tahu apa yang kami buat sepanjang cuti yang saya gaduh bosan sangat tu? Malas nak cerita satu-satu. Nah, tengok saja gambar-gambar ni.
Makan dekat kafe Niyang Rapik. |
Jalan-jalan dekat ICT. |
Tengoklah tu sampai panjat pokok. |
Lupe nak kenalkan lagi 2 orang housemate saya. |
Nilah Kak Dhira dengan Amie. |
Menikmati pemandangan sungguh. |
Tengok ape tu? |
Gadis-gadis ayu di pesisiran pantai. |
Tak habis-habis buat peace kan?Tak ade gaye lain ke?hmm.. |
Dah cukup cukup sudah. Bosan. |
Biarlah gambar-gambar ini berbicara betapa happynya dapat keluar berjalan-jalan. Bosanpun hilang tapi kena redhalah kalau terpaksa keluar duit lebih sikit. Nasib baik saya bukan jenis yang suka shopping sangat. Daripada habiskan duit shopping, baik saya habiskan duit jalan-jalan. Bukan jalan-jalan ke tempat yang mahal-mahal tu. Jalan kat tempat macam nipun ok juga. Tambah tak ada orang. Kalau malam penuh la kot. Tapi saya ini memang teringin macam-macam cuma saya masih mampu mengawal lagi keinginan saya setakat ini.
Baiklah, ada sesuatu saya nak share di sini. Sesuatu yang saya rasa cukup menarik. Sebaik habis kelas mantik pagi tu saya duduk melepak di situ kerana yang lain ada mesyuarat. Kemudian telefon pun berdering. Selesai saja bergayut, tiba-tiba saya didatangi seorang adik classmate saya.
"Kak sape telefon?abang ye?Hm, akak saya baru tahu akak dah bertunang masa kelas BI hari tu.." Katanya beserta wajah yang penuh exited. Saya tersenyum bila teringat hari itu. Rasa malu pula.
"Alah, tunang baru dik. Belum kahwin lagi."Jawabku berseloroh. Kemudian bertubi-tubi soalan dilemparkan pada saya. Sudah jadi macam rancangan melodi rasanya.
"Akak, saya nak tanye apa perasaan akak bila dah bertunang? Mesti best kan? Kak, bila nak kahwin?" Tanyanya. Itu okayla lagi. Soalan itu biasa sangat ditanya oleh sesiapa saja yang mengenali saya. Tapi ada soalan cepumas yang ditanya yang kalau salah jawab silap haribulan boleh jadi lain. Soalannya lebih kurang beginilah.
"Alahai, lamanya akak tunang..Katakanlah akak tersuka orang lain dekat sini macam mana?"Tanyanya. Jawab saya,
"Insya-Allah. Kalau dia jodoh akak, datanglah yang baik macam mana sekalipun, akak tetap dengan dia juga akhirnya. Kalau benar itu terjadi pada akak, akak tak fikir itu akan mengganggu hubungan kami. Akak faham, biasalah kalau itu terjadi tapi suka tak bermakna ingin memiliki. Akak sudah ada orang cop. Jadi akak tak rasa teringin nak kenal dengan mana-mana lelaki. Bukan ke sepatutnya lelaki yang cari kita bukan sebaliknya? Lagi satu sebabnya, akak lihat manusia ini bercinta melalui 2 cara. Pertama, dari mata ke hati. Kedua, dari hati ke mata."
"Apa maksud akak? Saya tak faham." Mukanya berkerut minta penjelasan. Saya memang suka buat teori sendiri. Maklumlah, saya kan suka menganalisis sesuatu perkara itu.
"Begini, orang selalu salah faham dengan konsep ini. Akak tak kata semua tapi selalunya ini yang terjadi. Pertama, dari mata turun ke hati. Kita jumpa dengan orang yang kacak atau cantik contohnya..terus jatuh hati. Sedangkan kita tak kenal hatinya bagaimana. Ya, memang kita boleh mengenalinya selepas itu tapi hakikatnya kita telah dibutakan dengan kecantikannya sehingga kadang-kadang kentut yang busuk dirasakan wangi. Begitulah perumpamaanya.
Kedua, dari hati ke mata. Kita tak pernah berjumpa dengannya. Tiba-tiba dia cakap nak kahwin dengan kita. Macamana nak kahwin kalau tak ada perasaan suka? Kita bermujahadah dengan hati kita. Kita banyak mohon petunjuk Allah supaya diberikan jawapan atas istikharah kita. Apabila hati terasa benar-benar yakin maka, kita terima dia dengan penuh redha. Dalam tempoh bertunang itulah kita perlu jaga hubungan itu sebaiknya. Dalam proses itu sudah tentu banyak ujian. Maka kita perlu sama-sama menguatkan antara satu sama lain. Perkahwinan bukan sehari dua tapi seumur hidup Insya-Allah. Sebenarnya bila hati dah suka segala yang dia tunjukkan di mata kita terasa begitu sweet dan indah. Kerana kita nampak kesungguhannya itu."
Terdiam adik ini mendengar bicara saya. Saya lihat dia mengangguk-anggukkan kepala tanda bersetuju. Dia bangun apabila kawannya mula memanggilnya pulang.
"Alaa..tak puas sembang dengan akak. Akak, cepat-cepatlah kahwin ya. Saya tak sabar nak tengok akak kahwin." Bisiknya perlahan sambil menepuk lembut bahu saya. Dia sempat memberi lambaian terakhir sebelum pintu bilik kuliah itu ditutup. Saya hanya mampu tersenyum dan mengaminkan. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.
Saya tak perlukan apa-apa lagi kecuali doa dan restu orang tua. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Untuk waktu ini, dia memberi saya peluang untuk kejar cita-cita. Maka, saya akan belajar bersungguh-sungguh. Memang tidak mudah tapi sekurangnya-kurangnya saya rasa puas dapat bersama-sama kawan-kawan dan bakal menggenggam segulung ijazah. Aduh, tak sabar rasanya bila membayangkan. Sudahlah, tak mahu tamak. Tak mahu berangan lagi. Perjalanan masih jauh. Masa masih panjang. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin ya Rabal Alamin.
Wallahualam.
sedih tiada gambar saya di sini...=((
ReplyDeleteAlaa..nt kite msuk gmbr awak kt pantai ye.. ^_^
Delete