Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum..
Hmm..phheww.. Tarik nafas..Turun.. Lama saya tak update rasa sedikit janggal nak menulis. Perjalanan saya untuk ketika ini kurang menarik. Saya sedikit kurang bersemangat beberapa minggu ni. Entahlah, mengapa..tapi ,kadang-kadang tidak semua perkara akan berjalan dengan lancar seperti yang kita mahukan. Ya benar, Allah sekadar menguji hambanya sedikit sahaja. Apalah yang ingin difikirkan dan dirungsingkan sangat, Allah sebaik-baik perancang bukan?
Memang saya dah save kan satu entry khas buat sahabat saya yang paling saya rapat, Safiqah. Berdebar-debar pula nak menulis pasal entry wedding ni.. Dah sedia? Sabar ye. Sebelum itu, sekali lagi,
"Selamat Pengantin Baru buat Pikah dan Suami. Moga berkekalan dan berbahagia selalu. "
Amin. Insya-Allah. (saje highligt warna hijau sebab itu tema wedding dia..)
Berseri-seri muka dia di sisi suami. |
Tumpang gembira sekali di hari bahagiamu. |
Aik, jurugambar pun nak masuk kamera. |
Saya? Ok-ok. Faham. Mesti nak tanya bila pula giliran saya kan? Susah nak jawab soalan tu sebenarnya..Saya tahu ramai yang tertanya-tanya bilakah saya bakal menamatkan zaman bujang saya ni..Saya tak boleh nak uar-uarkan lagi sebab belum berbincang dengan serius. Tapi perancangan itu ada. Tapi untuk entry khas ini, saya kongsikan persoalan yang sering bermain di fikiran kita semua bila sentuh soal kahwin muda or kahwin awal..termasuklah orang yang sedang menulis ni..hihi.
1. Sudah bersedia ke?
Insya-Allah secara zahirnya, kita semua sudah bersedia untuk berumah tangga. Dalam menempuh alam rumah tangga tidak semua sempurna. Proses untuk belajar sentiasa berterusan. Setiap pengalaman adalah pelajaran baru bagi kita. Jadi, istilah sedia atau tidak, itu bukan persoalannya. One's kita melangkah ke alam perkahwinan, kita akan belajar untuk bersedia dengan sendirinya.
2. Best ke kahwin ni?
Pada saya perkahwinan bukanlah seperti yang selalu kita lihat dalam cerita korea atau movie ala romantis begitu.. Yang dipaparkan hanya masa suami isteri itu menunjukkan loving each other. Nampak sweetnya.. Tapi sebenarnya,perkahwinan bukan hanya kita dan suami sahaja tapi memerlukan banyak komitmen dan tanggungjawab kerana kita menyatukan 2 keluarga yang berbeza. Nanti perlu bijak membawa diri dan menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Belum tentu kita akan biasa. Entah saya mampu atau tidak memenuhi komitmen sebagai anak, menantu dan isteri nanti? Takut pula memikirkannya.
3. Umur masih muda, kenapa nak terburu-buru?
Okay, setiap kita ada cita-cita dan impian. Saya ada cita-cita untuk menggenggam segulung ijazah. Alhamdulillah, saya dapat peluang itu. Dalam masa yang sama saya impikan jodoh yang baik, yang mampu menjadi imam dalam membina baitul muslim yang sakinah, mawadah wa rahmah. Tak perlulah yang hanya memakai kopiah di kepala setiap masa tapi tidak memahami diri kita. Cukup jadi diri sendiri dan berusaha untuk jadi lebih baik. Itupun sudah cukup. Alhamdulillah, calon juga sudah ada. Cuma,saya tak sangka secepat ini.
Zaman belajar adalah zaman di mana kita bebas melakukan aktiviti dan berkawan. Mungkin kalau sudah berkahwin, masa kita dengan kawan-kawan akan terbatas. Jadi, hargai masa single yang kita ada bersama kawan-kawan sepuas-puasnya. Kelak, kita pasti akan merinduinya dan kita tidak akan menyesal bila nanti kita sudah berkepit dengan suami saja.
4. Hubungan jarak jauh, boleh ke?
Sesetengah kita mampu untuk melakukan 2 kerja dalam 1 masa. Contohnya, berkahwin sewaktu belajar. Malah mungkin akan lebih meningkatkan semangat untuk menuntut ilmu. Ya, saya impikan begitu. Walaupun sampai berpisah benua, contohnya Farah Lee dan Ally Iskandar yang tetap berkahwin walaupun Farah belum habis pengajian. Ini menunjukkan jarak bukan halangan utama..
Setakat Terengganu - Perak , apalah sangat, kan? Apapun, pengorbanan memang diperlukan dalam kehidupan ini. Perlu bijak manage waktu. Seperti yang saya katakan, lebih baik fokuskan satu persatu. Secara normalnya, sebagai seorang wanita, tempatnya adalah di sisi suami,kan? Kalau tempat pengajian dekat dengan tempat kerja suami tiada masalah. Tapi jangan sampai extend pengajian sudahlah..
5. Bercinta sebelum kahwin vs bercinta selepas kahwin
Saya tak tahu orang lain tapi saya impikan bercinta lepas kahwin. Buat apa nak couple lama-lama? Tunang kan lebih baik? Dah tunang, Buat apa tunang lama-lama..kahwin je terus. Terjaga juga hubungan tu. Benar, saya setuju. Susah nak jaga hubungan dalam tempoh bertunang. Walaupun ia satu tempoh perkenalan, batas-batas harus di jaga. Banyak ujiannya ketika tempoh bertunang. Kalau ibu bapa tidak memantau, kita akan bebas. Sebab itu penting restu ibu bapa. Ibu dan bapa memberi kepercayaan jadi tugas kita untuk menjaga kepercayaan yang di beri.
Saya faham apa yang wanita inginkan. Kalau yang masuk meminang itu, boleh dikatakan Mr. Perfect (beragama, hensem, bekerjaya, baik hati) sayapun nak kahwin awal begitu. Tapi apa yang kita takutkan adalah sebaliknya. Kalau secara luaran kita tidak suka, bagaimana mahu membina rasa cinta dan menyemai benih kasih dalam hubungan. Sebab itu, berkenal-kenalan itu penting. Tapi biarlah bersederhana. Kerana bimbang kalau selepas kahwin tak sweet dah atau bimbang kita mengubah pasangan kita menjadi seperti yang kita nak.
Kita mesti tahu, tiada yang sempurna di dunia ini. Jadi belajarlah menerima dirinya. Tapi dalam tempoh itu juga tiada salahnya kita berubah menjadi lebih baik tapi dalam masa yang sama kita menjadi diri sendiri. Itu lebih bagus, kan?
Memikirkan bagaimanalah perjalanan hidup saya nanti. |
Tolong doakan kebahagiaan saya dan dia. |
Tapi apa juga sebabnya, saya ada sebab yang lebih kukuh. Saya mahu raikan hari bahagia saya yang sekali seumur hidup itu dengan meriah dan penuh rasa gembira. Kepuasan saya adalah apabila melihat wajah ibu bapa saya bahagia. Saya ikut yang mana yang lebih baik. Saya faham, abah mungkin ada merancang untuk anak sulungnya sebelum abah melepaskan anak gadisnya pada orang lain.. Ah, tiba-tiba rasa sebak pula..Maafkan saya andai saya tidak menjadi anak abah yang baik :(
Jadi, tentu abah lebih mengenali dan memahami anaknya bagaimana. Saya hanya mengikut aturan dan rancangan yang telah dipersetujui. Abahkan wali yang akan menikahkan saya di hari bahagia saya nanti. Apa salahnya saya puaskan hati mereka dahulu. Terus sabar dan yakin pada perancangan mereka.
Ini hadiah saya untuk Pikah dan suaminya. |
Harap mereka sukakan hadiah saya ni.. |
Sedikit perkongsian yang cuba disampaikan oleh Ustaz Pahrol untuk pengantin dan bakal pengantin. |
Si dia juga menghadiahkan buku yang sama untuk saya. Saya sendiri belum habis membacanya. |
Semoga tercapai impian ini. |
Alkisahnya, saya dan adik-adik pergi ke kenduri Pikah dengan ditemani si dia. Dia ditugaskan sebagai driver kami pada hari tersebut. Saya bajet sampai sebelum pukul 3 petang. Tapi jangkaan saya meleset apabila kami terperangkap dalam jem. Sedih sangat. Cuaca pula tidak berapa baik. Dari saat kami bertolak lagi, hujan turun dengan lebatnya. Sangat kecewa hari itu.
Akhirnya kami sampai pukul 3.30 ptg. Khemah pengantin kosong. Tetamu juga semua sudah pulang. Yang tinggal saudara mara sahaja. Pantas kaki ini melangkah ke rumah. Lega, sempat juga berjumpa dengan ex-Taayah. Tapi masing-masing terkedu melihat saya. Mereka tidak mengecam saya mungkin kerana fizikal dan penampilan saya yang sudah banyak berubah berbanding 5 tahun yang lalu..
Alhamdulillah, walaupun perjalanan tidak berjalan lancar tapi saya bersyukur kami semua selamat tiba ke destinasi yang ingin di tuju. Nasib baik masih ada makanan untuk kami. Sempatlah saya tangkap gambar dengan Pikah dan suami. Maaflah Pikah, kerana datang terlalu lewat. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. Untuk terakhir sekali, hadiah khas untuk semua..
Ambil berkat pengantin, nampak?hihi |
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment