Love isn't something you find. Love is something that finds you.


02 December, 2012

Mencari semangat dan keyakinan yang hilang..



Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum,

Hari ni tergerak hati untuk menulis blog. Bukan apa, rasa nak refresh kembali semangat yang sedang tak menentu. Kejap naik. Kejap turun. Saya nak tulis cerita yang dah basi beberapa minggu.. Dah tak ingat minggu bila.. Buat-buat faham je lah..

Minggu ni kelas asyik batal saja. Memang best tapi macam ni lah efect nya.. mulalah bermalasan dan buang masa dengan tido dan menonton cerita saja. Sampai rasa muak pula. Kalau dulu, setiap kali nak mulakan kerja bagi peneguhan dengan tengok cerita. Atau sebaliknya. Siap assigment baru boleh enjoy tengok movie. Hmm, tapi sekarang entahlah.. sejak akhir-akhir ni selalu saja guna perkataan "kalau". Tak bagus kan?

Oleh kerana belajar pun tak berapa best, jadi mood pun tak berapa best. Buatlah macam mana sekalipun, hati tak rasa semangat. Down sangat-sangat. Hari tu belajar subjek siyasah syariah best ustaz tu.. Kata-katanya agak pedas tapi ada betulnya. Kadang-kadang ngantuk juga tapi biasalah tu. Menarik bila ustaz sentuh bab perkahwinan. Ustaz kemukakan pelbagai permasalahan dalam perkahwinan terutama yang melibatkan hubungan suami dan isteri. Kemudian sebelum ustaz membuat ulasan, ustaz akan tanya apa pendapat kami. Kadang-kadang bahasa Terengganunya pekat menyebabkan saya kurang tangkap apa yang ustaz cuba sampaikan.

Hari tu datang kelas mabahith awal. Tak ada orang lain. Semua kawan-kawan sekelas. Kelas kami gabung dengan budak usuluddin sem 3 dan usuk sem 1. Sedang sibuk bergambar, saya memerhati seorang kakak ni. Kak Ummu namanya. Saya lihat dia sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Hati saya diselubungi rasa cemburu. Bagusnya. Terus teringat pada Progress Test dan Ujian Siyasah Syariyah minggu depan.. Ya Allah.. tolonglah kembalikan diriku ke matlamat yang asal. Sudah banyak masa terbuang begitu sahaja..
T_______T

Minggu lepas adalah minggu yang paling stress. Effectnya sehingga ke hari ni.. Bermula dengan masalah broadband maxis yang tiba-tiba nak minta duit..masalah kereta lagi.. Semuanya berlaku dalam waktu yang sama dan berturutan. Ya Allah, memang betul-betul menguji kekuatan dalaman. Mujur segalanya selesai juga. Alhamdulillah..
^____^

Beberapa minggu ini isu kahwin menganggu fikiran saya. Mana-mana orang yang bertanyakan soal hubungan saya dan dia seolah-olah mendesak saya untuk berkahwin awal. Saya tahu apa yang mereka katakan semua benar. Malah saya ada bertanya seorang kakak yang sudah berkahwin. Dia tinggal dengan suaminya di Dungun, Terengganu. Tapi rumah ibunya di Taiping. Kami berchatting di FB saja.

Saya : "Akak.. macamana kita nak yakin dia tu jodoh kita?"

Kakak : "Fatin, akak yang dah bercinta bertahun-tahun pun sampai hari nak nikah, akak masih rasa ragu-ragu..tapi lepas sah jadi suami isteri, baru perasaan itu hilang dan bertukar menjadi indah.."

Saya : "Patutlah saya rasa ragu-ragu saja.. Saya tak risaukan dia. Saya percaya dan yakin dia lelaki yang baik..cuma saya ni..entahlah..berharap berlebih-lebih sangat."

Kakak : "Akak faham, inilah ujian bertunang..sebab tu akak suruh fatin kahwin awal.."

Begitulah antara contoh perbualan kami. Kalau betullah kahwin awal tu boleh hilangkan keraguan di hati, mungkin saya patut kahwin awal. Saya tak tahu bagaimana perancangannya tapi mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar. Ah, takut dan malu sangat-sangat bila fikirkan.

Namun, jodoh itu rahsia Allah. Saya katakan pada si dia berulang kali. Saya tak boleh janjikan sebuah perasaan tapi saya boleh janjikan sebuah kesetiaan, kerana perasaan itu saya akan simpannya untuk bakal suami saya.

Lelaki yang telah mengikat saya dengan tali pertunangan, saya akan setia padanya sehinggalah ikatan pertunangan itu menjadi ikatan perkahwinan, ketika itu, baru saya akan serahkan hati dan perasaan ini. Insya-Allah. Buat si dia, ini coretan hati saya.. 

Wahai pemilik hati (ALLAH).. 
seandainya dia
tercatat untukku, tautkan hatiku 
padanya keranaMu Allah. 
Jadikanlah kelemahanku,kelebihannya..
dan kelemahannya,kelebihanku..
serta jadikan antara aku dan dia saling melengkapi.
Berikanku keyakinan untuk 
terima dirinya seadanya,
juga dia terima diriku seadanya.   
Moga Allah suburkan rasa cinta 
yang tulus & ikhlas diiringi doa 
& restu keluarga..AMIN.

Siapa yang tak nak kahwin? Semua orang nak.. Persoalannya, siapakah yang akan menjadi Mr. Right yang akan menjadi imam buat kita di dunia dan di akhirat nanti? Yang akan bersama-sama mencari saham buat bekalan di akhirat nanti. Sebab itu, kalau perkahwinan itu tidak direstui keluarga, apatah lagi nak mendapat restu Allah..perkahwinan itu tidak akan bahagia.

Sama jugalah dalam hubungan pertunangan. Selangkah menuju alam rumah tangga. Perkahwinan biarlah sekali seumur hidup. Doa dan terus berdoa moga Allah pelihara dan jaga hati ini sebaiknya. Okaylah, doakan semoga perjalanan hidup saya kembali indah dan lancar supaya saya boleh coretkan pelbagai kisah hidup yang menarik untuk dikongsikan bersama. Insya-Allah.

Wallahualam.

1 comment:

  1. turbaik(turbo+baik).
    ya ALLAH kembalikan jua semangat hambaMU ini yg hilang.

    ReplyDelete