Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum..
Apa khabar?Harap semua sihat sejahtera. Seperti yang dijanjikan, saya akan story sambungan entri part 2 punya.. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi untuk diri ini dan sesiapa sahaja yang bakal merasainya nanti. Ingin saya nyatakan first feeling adalah perasaan saya untuk pertama kalinya..Ada suka ada duka. Tapi ingatlah, yang mencorakkan perasaan itu adalah diri kita sendiri. Tiada sesuatupun yang kita mahukan itu mudah. Begitu juga untuk mencapai sebuah kebahagiaan. Tentu kita akan melalui kesusahan dan kepahitannya terlebih dahulu. Selamat membaca !
Allah menetapkan setiap perancangan itu mengikut kehendaknya bukan kehendak kita.. Semuanya pertama kali bagi saya dan mak untuk buat keputusan. Rasa sangat payah. Tiada perancangan dan segala keputusan saya serahkan pada mak. Memang kalau ikut mak, mak nak permudahkan semua urusan..Saya langsung tak tahu apa-apa.. Pasal majlis semua mak yang uruskan. Saya langsung tidak terlibat untuk berfikir apa yang saya inginkan seperti apa dan bagaimana majlis itu nanti kerana terlalu terkejut dengan apa yang berlaku..
Nak kata tidak, takut. Nak kata yakin juga tidak..Semuanya samar-samar. Allah saja tahu bagaimana perasaan saya ketika itu.. Mungkin orang lain rasa saya bertuah, bahagia, gembira dan sebagainya.. tapi untuk permulaan itu saya sangat terseksa dengan perasaan sendiri. Saya sedih dan pendam seorang diri. Mungkin semua orang tertanya-tanya kenapa setuju juga kalau belum bersedia?
"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"-Riwayat Al-Bukhari
Susah nak cakap.. Saya memilih untuk menerima dia yang saya tidak pernah kenal dari menanti lelaki yang belum pasti lagi untuk saya.. Tentu boleh agak betapa besarnya keputusan yang saya ambil.. Ini soal masa depan saya. Saya mengambil keputusan untuk meyakini pilihan ibu saya. Sebab kedua, saya pernah berjanji pada diri saya, sesiapapun yang masuk meminang dulu antara calon suami (konon macam ramai), saya akan terima. Lebih kurang macam nazar tapi saya tidak pernah sebut perkataan nazar tu. Saya yakin siapapun orang yang meminang itu pasti sudah bersedia dan serius dalam perhubungan.
"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."[ Surah Al-'Imran ; 159 ]
Ya. Keputusan telah dibuat dan saya tiada kuasa untuk berpatah balik dan menyesal. Kecuali kalau Allah menetapkan ini pilihan yang salah, mungkin dia bukan yang terbaik untuk saya. Memikirkan kemungkinan itu bakal berlaku, saya buat keputusan untuk merahsiakan pertunangan saya daripada semua orang terutama kawan-kawan. Malangnya, berita pertunangan saya telah tersebar. Dan akhirnya saya membuka mulut dan bercerita. Alhamdulillah, kawan-kawan menyambut berita itu dengan gembira dan mendoakan yang terbaik untuk saya. Saya semakin yakin dengan keputusan saya. Saya terus berdoa dan berharap moga dialah lelaki yang terbaik untuk saya.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
[ Surah. Al Baqarah : 216 ]
Saya semakin kuat dan bersemangat setiap kali membaca ayat di atas. Mungkin ini semua permulaan. Segala perasaan negatif seperti benci, sedih, dan takut yang saya rasai dulu mungkin akan memberi kebaikan untuk saya..untuk masa depan saya. Dan tak semestinya perasaan suka pada seseorang itu akan memberi kebaikan pada saya. Allah lebih mengetahui sedang saya tidak tahu satu apapun perancangan Allah untuk saya. Saya boleh kata nak itu nak ini tapi hakikatnya Allah kata itu semua bukan untuk saya. Saya hanya mampu kata tak suka itu tak mahu ini..hakikatnya inilah yang Allah tetapkan untuk saya.
Saya akui ketika itu saya tak tahu apa. Tapi bila melihat persiapan sahabat-sahabat saya untuk bertunang saya pasti terfikir, aku sudah melalui perasaan bertunang ni.. Dan bila melihat satu persatu sahabat saya berkahwin..Saya akan terbayangkan diri saya..bakal merasai perasaan mereka. Mungkin majlis pertunangan saya tidak semeriah kawan-kawan saya kerana ketika itu saya tidak betul-betul bersedia dan tidak betul-betul merancang. Saya redha. Pertunangan bukan untuk dihebahkan. Yang penting majlis perkahwinan yang utama. Saya akan jemput kawan-kawan yang saya tak jemput dulu. Saya mahu mereka ada di sisi saya sewaktu hari bahagia saya. Masa semakin lama semakin hampir. Perbincangan seterusnya akan diadakan. Saya cuma mampu berdoa semoga segala urusan akan berjalan dengan lancar.
Insya-Allah. Masih terus berharap dialah lelaki yang terbaik untuk saya, yang mampu memberi kebahagiaan dan bersama-sama berusaha menjadi pelengkap antara satu sama lain. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi terbaik pada pasangan masing-masing. Yang tak pernah berhenti menyayangi dan mengasihi diri ini. Amin. Doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah ya.
Insya-Allah. Masih terus berharap dialah lelaki yang terbaik untuk saya, yang mampu memberi kebahagiaan dan bersama-sama berusaha menjadi pelengkap antara satu sama lain. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi terbaik pada pasangan masing-masing. Yang tak pernah berhenti menyayangi dan mengasihi diri ini. Amin. Doakan semoga segalanya dipermudahkan Allah ya.
Wallahualam.