Love isn't something you find. Love is something that finds you.


28 January, 2013

My Diaries - My Ideal Man

 Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Apa khabar? Lets continue..Entri before this, saya ade sentuh pasal ideal man..Saya yakin setiap orang ada ciri-ciri lelaki idaman masing-masing kan? Begitu juga saya.. Biasalah masa kecik-kecik selalu berangan nak macam tu lah..Hakikatnya, ciri-ciri lelaki idaman saya macam dah berubah but not totally 100% la..Cuba baca...list ni semua bertukar-tukar setiap tahun. Tengok pada keadaan dan persekitaran waktu tu la..

1) Suka kalau dia seorang ustaz.
Macam sweet je kahwin dengan ustaz.
Yang penting boleh jadi imam.

2) Lelaki tu mesti berwajah bersih dan manis senyumannya.
Tak handsome sangat pun tak apa.
Cukuplah yang sedap mata memandang.

3) Lelaki itu mesti baik, pengasih, penyayang, romantik.
Tak cakap perkara-perkara yang kotor.
Semuanya baik dan terjaga percakapannya.

4) Bijaksana, petah bercakap, dan kelakar.
Pandai bergurau yang tidak menyentuh sensitiviti.

5) Suara sedap dan merdu (penting untuk dodoi bagi tido..hihi)
Berangan nak kahwin dengan budak nasyid.
Yang penting bace quran sedap.

6) suka yang pembersih dan tidak pengotor,
suka yang wangi tapi tak terlalu kuat bau wangiannya
yang penting tak ada bau badan

7) Suka tengok lelaki pakai seluar slack.
Kurang berminat lelaki yang berseluar jeans (nampak macam bad boy) dan lelaki yang berseluar tracksuit (tak suka ahli sukan)


8) Suka yang rambut cacak tapi kemas dan bersikat.
Tak suka lelaki simpan rambut panjang. Botak apatah lagi.

Itu antara citarasa saya suatu ketika dulu..Senang cerita, saya suka yang baik-baik je..Tak apa tak bergaya asal nampak kemas.


Lately, suka sangat tengok lelaki pakai baju kemeja, jaket atau kaca mata hitam.. Nampak sangat macho, smart and stylish. Tiba-tiba berubah pula.. Pengaruh-pengaruh.. Cepat sedarkan diri balik.

 

Sorry jangan marah..suke-suke je.. Nasib baik tak upload muke laki korea.. Habis kecik je.. Tak baik minat laki orang kan..Tapi yang sebelah tu singgle. Sape suruh jadi artis. Sape suruh muke hensem kan dah kene curik gambar. Kalau diaorang masuk minang I rejek awal-awal. Tak sanggup kot dapat laki macam ni.. I bukan Miss world nak berangan dapat laki macam ni..cukuplah setakat ini saja..


Sejuk tengok laki pakai songkok

Sorry Nazim, I dah ade somebody..belum sempat rejek u, mesti u dah rejek I.. yelah, nanti tunang marah pula..hihi..Saja bosan..Maaf semua kalau entri ni merapu!


Back to normal.. I dah sedarkan diri dari mimpi lena. Selamat tinggal Nazim dan Adi Putera (ni tipu)..Itu dulu tapi sekarang, saya dah list kan ciri-ciri lelaki idaman saya.. Susah nak cari yang betul-betul sempurna tapi ini sudah memadai.


1) Pilih yang baik dan beragama

Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan?
Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.

2) Cari yang sabar dan penyayang


Semasa bertemunya, mungkin kita dah boleh nilai perangai calon suami kitakan? Penyabar ke atau pemarah?
Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran. Tapi kalau merajuk sikit-sikit tu mungkin penyayang..tapi kalau asyik merajuk..no comment.

3) Jangan nilai pada rupa


‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.

Kalau muka tu hensem macam Adi Putera ke Nazim Othman ke, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.

4) Hormat orang tua


Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan?
Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.

5) Cari yang boleh mendengar dan mendidik


Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita.
Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.

6) Lihat pada keluarga dia


Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”.
Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.

7) Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita


Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita.
Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.


8) Berkerjaya dan tidak kedekut

Allah katakan bahawa rezeki ada di mana-mana sahaja. Asalkan kerja yang halal dan mampu sara kehidupan anak bini itu sudah memadai. Dapat yang berharta, cuba lihat dia kedekut atau tidak.. Tidak salah berbelanja lebih pada keperluan yang berfaedah asalkan tidak boros dan membazir. Biasanya pasangan akan terbalik. Kalau salah seorang boros, yang satu lagi mesti kedekut. Untung kalau wanita yang kedekut..Selamat duit laki..

 Tak kisah dah kalau bukan ustaz janji dia ada basic ilmu agama..itu dah cukup..sama-sama saling melengkapi. Tak kisah kalau tak handsome, janji pandai bergaya..sedap sikit mata memandang.. Walaupun di mata orang lain tak menarik yang penting di mata kita tetap hensem. Kebanyakan lelaki memang manis kata-katanya.. Kadang-kadang lelaki yang manis bicara indah tutur katanya sukar dipercayai..tapi tak semua lelaki begitu.

Begitu juga lelaki yang berwajah kacak susah nak mempercayainya tapi tak semua begitu.. Semuanya bergantung pada rezeki. Siapapun jodoh kita, kita perlu bersyukur.. Tiada yang sempurna. Jangan tamak. Jangan berharap berlebih-lebih.






Insya-Allah. Everyrything will be allright. Teruskan berdoa untuk saya..Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.


No comments:

Post a Comment