Love isn't something you find. Love is something that finds you.


04 January, 2013

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Mama

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Hari ni nak post sesuatu tentang mak. First of all, 
Selamat Ulang Tahun Kelahiran Mama yang ke 47. 
Mama dah tua.. Nangis T__T..Semoga mama sihat selalu dan happy selalu. Kaklong sayang mak sangat. 

Kaklong tahu mesti kaklong selalu buat mak marah.. Kadang-kadang kaklong selalu menyusahkan mak. Maafkan kaklong ya mak. Mak sentiasa berada di saat jatuh bangun kaklong. Dari kecil sampai besar, kaklong akan share dekat mak macam-macam. Kadang-kadang nangis sama-sama. Tapi sejak akhir-akhir ni, kaklong dah kurang bercerita kat mak. Entahlah kenapa?Hmm..Kononnya, tak nak bergantung dekat mak la, tak nak mak susah hati..risau-risau..sebab tu kaklong selalu cakap tak ada apa..padahal dalam hati, tuhan saja yang tahu..  

Terima kasih mak sebab dah bersama kaklong 21 tahun. Rasa macam tak cukup je berbakti dekat mak. Rasa macam tak sabar nak tengok mak berehat kat rumah..Tak payah kerja dah.. Kesian tengok mak penat bekerja. Mak cari duit untuk keluarga terutama kami anak-anak. Maafkan kaklong kalau selalu saja sibuk dan tak melayan mak. 

Maafkan kaklong sebab terlambat wish. Ingat nak wish pagi tadi tapi handset cas jadi kaklong biarkan dulu je..sebab tu petang baru teringat. Mak jangan ingat kaklong lupa pula. Kaklong tak pernah lupa..Hadiah mak kaklong dah beli dari bulan lepas lagi.. Tak sabar nak bagi..Harap mak suka. Hadiah tu tak mampu nak bayar pengorbanan mak untuk kami anak-anak. Jadi walaupun tak ada wish atau hadiah, kaklong nak mak tahu, kami semua sayangkan mak tau..

Mak ingat tak suatu hari tu..dalam telefon...

Kaklong: Mak, akhi nak datang berbincang pasal tarikh dan hantaran tu lepas habis exam ni..
Mama: Yeke..hm, kaklong ada berapa tahun lagi?
Kaklong: 2 tahun lagi..hmmmm..(keluh panjang)
Mama: Nape ni..?
Kaklong: Sedih..
Mama: Napa nak sedih-sedih ni..kaklong kan dah besar..Nanti kan dah nak kahwin..
Kaklong: Tapi....
Mama: Hemm..Kaklong, mak yakin..dia baik, boleh jaga kaklong..kaklong nak yang macam mana lagi..
Kaklong: Tahu tuu..entahlah..
Mama: Doa banyak-banyak tau sayang..Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk kaklong..Mohon Allah permudahkan segalanya. Abah pun sama kalau boleh nak yang terbaik untuk kaklong.. Abah tu sebenarnya berat nak lepas kaklong. Sebab tu dia suruh kaklong belajar bagi habis dulu..kalau ikut mak,tak kisah nak suruh kaklong kahwin awal..
Kaklong: Napa?Mak tak suka kaklong dok dengan mak ke?
Mama: Bukan la sayang, mak nak tengok kaklong bahagia la..Dapat suami yang baik..Semua yang berlaku, ada sebabnya..Kadang-kadang apa yang terjadi bukan atas perancangan kita..Berdoalah moga dia jodoh yang terbaik untuk kaklong.
Kaklong: (nangis) T___T

Doa. Doa. Doa. Moga Dia yang terbaik. Amin. Insya-Allah. Terima kasih mak. Kerana selalu meyakinkan hati ini. Ok, fine. Dah okay..Kalau mak happy,kaklong 1000x happy.. dan..kalau dengan berkahwin ni kaklong happy, mak 1000x happy daripada kaklong..Itukan maksud mak. Okay. Kaklong faham. Kaklong akan sentiasa membuatkan mak happy, bahagia selalu..Insya Allah. 

Doakan yang terbaik untuk anakmu ini.



No comments:

Post a Comment