Love isn't something you find. Love is something that finds you.


23 June, 2013

Aku datang Pulau Redang !!! :)


Subhanallah..cantik kan ciptaan Allah. cc: Nazrul
Bimillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.


Utusan 13/6

Hai semua! Seperti yang dijanjikan, saya akan update entry baru tentang Pulau Redang. Tak sangka program ni masuk surat khabar. Tumpang famous kejap. Okaylah, tak nak cerita banyak. Hari ni layan gambar saja. Gambar banyak sangat..beribu-ribu.. Ini adalah sebahagian daripadanya. 

Utusan 12/6

Maka bermulalah perjalanan kami ke Merang dengan menaiki bas. 30 minit sahaja. Lepas tu naik bot lebih kurang 1 jam..jauh betul..mujur tak mabuk lauk..tapi penin lalat ada la sikit. Meh tengok muka-muka exited nak pegi Redang..hihi..

On the bus with Sal
K nurul & Naim

K dira & Amie           

on the boat.
Dah sampai kami kene pasang khemah..yang ni best. 1 khemah 3 orang je.. memang luas. 

pasang khemah
at the beach..
posing time









after main ramai-ramai

snorkeling time..

Tu dia atin dah start berenang dah..tepi-tepi semua..





Best. Nanti kita datang lagi. Insya-Allah. Pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Wallahualam.

22 June, 2013

Everyone make mistake..


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Hai semua..apa khabar?Saya sudah mula bercuti. Alhamdulillah. Lusa saya akan mula praktikal. Agak-agaknya apa yang saya kena buat nanti? Tak tahulah apa perasaan saya. Nervous campur exited kot. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan saya. Amin. Doakan ya.

Okaylah, dah lama sangat tak menulis. Jadi sebagai permulaan, saya nak sangat share suatu perkara yang saya dapat masa program mento-mentee di Kem Merang bulan 5 seminggu selepas proram ke Pulau Redang hari tu. Pasal Pulau Redang kita cite lain kali ye? Sabar tau :)

Program itu dibawah Jabatan Usuluddin. Hampir 300 orang peserta yang join program ni. Dari senior sampai junior yang mengikutinya. Dapat bayangkan tak begitu ramai orang sehingga satu khemah terpaksa memuatkan 6 orang?Punyalah nak berkongsi. Sharing is caring?Tak gitu?hihi.

Photo
Dah tak payah cari gambar saya, tak nampak dah. hihi.

Antara aktiviti yang diadakan ialah riadah, solat berjemaah, BBQ, perjumpaan bersama mentor, qiamulail, kuliah subuh, junggle trekking dan water confident. Best. Alhamdulillah. Banyak input yang berguna yang saya dapat semasa di sana. Ada sesuatu yang menarik hati saya. Kata-kata nasihat daripada seorang senior, Muaz namanya.

"Kita ni dipandang mulia kerana Allah tutup aib kita. Seandainya, Allah buka aib kita di hadapan orang lain, mungkin kita tak ada bezanya dengan orang yang berbuat kemungkaran di luar sana. Sama saja. Nauzubillah.

Saya terdiam. Berfikir sejenak akan kebenaran kata-katanya. Maha suci Allah yang memelihara aib kita. Saya sedar, sebagai manusia biasa kita ni tiada apa-apa langsung. Ilmu yang ada pada kita ibarat setitis air. Namun, seringkali kita tak sedar. Merasakan diri kita lebih baik dari orang lain. Kita merasakan diri kita ini lebih mulia dan wajib dihormati. Sampaikan kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita melakukan kesilapan juga. Kita nampak kesalahan orang tapi kesilapan sendiri kita tak sedar.

Everyone make mistakes. Semua orang tentu pernah melakukan kesilapan,kan? Kalau lepas buat salah tu kita rasa guilty, means kita adalah normal. Suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila kesilapan yang dilakukan itu bukan kita mahukan ia terjadi. Tiada siapa yang sengaja nak buat salah. Semua orang kalau boleh nak menjadi yang terbaik, bukan?

Tapi kenapa mesti benda yang kita tak mahu itulah yang berlaku?Tujuannya tak lain tak bukan adalah supaya kita sedar yang kita ni cuma hamba biasa. Fitrah hamba adalah buat silap. Jadi, sepatutnya pada 'tuan' kita yakni pada Allah yang kita pohon kemaafan. Mungkin ada hak Allah yang belum cukup kita penuhi. Cek balik diri. Muhasabah semula.

Sekadar peringatan buat diri saya sendiri yang tidak sempurna mana. Banyak sangat kesilapan dan kekhilafan yang saya lakukan. Saya mohon maaf banyak-banyak. Moga Allah ampunkan dosa kita semua. Insya-Allah.

Wallahualam.

Preview : Next entry ; Aku datang Pulau Redang!
Nantikan.

02 June, 2013

Study Week!!!Exam is coming!!!


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum..

Nak exam dah ni. Study dari sekarang. Study biar kerana Allah..kerana nak dapat ilmu.
Kan?


Apa khabar?Rindu pada blog. Tapi apakan daya masa dan keadaan tidak memberi inspirasi untuk menulis.
Just nak cakap, saya sekarang cuti study week..huhu..takut pula..
Please pray for me ya..
Okla, nak pegi study nanti..
Kata-kata semangat dan doa untuk diri..

 
 
 
Satu lagi,nak bagitau,nak sangat cari buku Pahrol..Macam best!

Jom baca sinopsis dia sedikit sebanyak.Wajib milik buat santapan rohani dan jiwa. 
Insya-Allah.

 

Manusia tidak suka digesa apalagi dipaksa. Alpanya tidak boleh dikejutkan dengan kasar. Egonya tidak boleh diterjah dengan bersemuka. Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan dengan lunak dan kasih sayang. Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya ‘diundang’ ke daerah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria tidak menekan. Inilah eksplorasi yang penuh aspirasi di sebalik pembikinan buku ini. Jangan ada tekanan. Usah ada yang rasa dipersendakan.

Manusia yang bijak diajak dengan hikmah – diberikan makna tersirat di sebalik yang tersurat. Dia akan lebih terasa apabila kebenaran disampaikan dengan penuh kebijaksanaan. Fikir tahap tingginya hanya akan dipuaskan apabila lapis-lapis pengajaran digabung secara bersepadu tanpa diganggu oleh ayat-ayat yang bersifat pinggiran. Biar yang padat dan tepat. Itu lebih menyentuh. Buat golongan ini tarbiah mesti disampaikan penuh hikmah. Jangan diasak dan ditolak mereka ini ke pintu kebenaran… tetapi mereka sendiri akan melangkah penuh rela apabila sanubari sudah ditawan oleh makna di sebalik cerita!

Manakala buat golongan sederhana, pendekatannya juga mesti sederhana. Tidak perlu falsafah dengan sentuhan berat untuk memikir makna yang tersirat… tetapi cukup dengan ‘mauizah’ – pengajaran-pengajaran yang jelas dan mudah. Bagi mereka ini kebaikan dan kebenaran itu sahaja sudah cukup sebagai tarikan. Tidak perlu bersilat kata dengan belitan makna yang tersembunyi. Kesederhanaan! Itulah lebih memikat dan mengikat. Katakan bulan itu bulan, jangan ditamsilkan lagi sebagai ‘lentera malam yang menyinari alam’. 

Namun sentiasa ada manusia yang degil, keras kepala dan keras hati. Mereka yang tidak akan dapat dipuaskan hanya dengan ‘mauizah’ dan ‘hikmah’ tetapi perlukan ‘mujadalah’, yakni perdebatan yang bersifat meruntuhkan kebatilan dan membina kebenaran. Runtuhkan yang salah dengan hujah. Ranapkan yang batil dengan bukti rasional dan logik. Patahkan kedegilan dengan cara yang paling signifikan. Paparkan nilai-nilai saintifik, estetik dan autentik.

Mereka hanya akan menerima yang benar, baik dan betul, apabila pemikiran, rasa hati dan emosi mereka  dikalahkan secara total. Namun, jangan dicemari perdebatan itu dengan cacian dan cemuhan… nanti jahil menjadi degil! Keadaan itu lebih sukar ditangani. Dengan cerita-cerita yang logik, mengetuk dan ‘mencucuk’, golongan ini akan akur dan tunduk.
 

Ok, setakat ini dulu..Nanti ada masa saya akan update.. Banyak nak cerita lagi..Kalau tak tunggu habis exam la..huhu..
Wish me luck!