Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
Hai semua..apa khabar?Saya sudah mula bercuti. Alhamdulillah. Lusa saya akan mula praktikal. Agak-agaknya apa yang saya kena buat nanti? Tak tahulah apa perasaan saya. Nervous campur exited kot. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan saya. Amin. Doakan ya.
Okaylah, dah lama sangat tak menulis. Jadi sebagai permulaan, saya nak sangat share suatu perkara yang saya dapat masa program mento-mentee di Kem Merang bulan 5 seminggu selepas proram ke Pulau Redang hari tu. Pasal Pulau Redang kita cite lain kali ye? Sabar tau :)
Program itu dibawah Jabatan Usuluddin. Hampir 300 orang peserta yang join program ni. Dari senior sampai junior yang mengikutinya. Dapat bayangkan tak begitu ramai orang sehingga satu khemah terpaksa memuatkan 6 orang?Punyalah nak berkongsi. Sharing is caring?Tak gitu?hihi.
Dah tak payah cari gambar saya, tak nampak dah. hihi. |
Antara aktiviti yang diadakan ialah riadah, solat berjemaah, BBQ, perjumpaan bersama mentor, qiamulail, kuliah subuh, junggle trekking dan water confident. Best. Alhamdulillah. Banyak input yang berguna yang saya dapat semasa di sana. Ada sesuatu yang menarik hati saya. Kata-kata nasihat daripada seorang senior, Muaz namanya.
"Kita ni dipandang mulia kerana Allah tutup aib kita. Seandainya, Allah buka aib kita di hadapan orang lain, mungkin kita tak ada bezanya dengan orang yang berbuat kemungkaran di luar sana. Sama saja. Nauzubillah."
Saya terdiam. Berfikir sejenak akan kebenaran kata-katanya. Maha suci Allah yang memelihara aib kita. Saya sedar, sebagai manusia biasa kita ni tiada apa-apa langsung. Ilmu yang ada pada kita ibarat setitis air. Namun, seringkali kita tak sedar. Merasakan diri kita lebih baik dari orang lain. Kita merasakan diri kita ini lebih mulia dan wajib dihormati. Sampaikan kadang-kadang kita tak sedar bahawa kita melakukan kesilapan juga. Kita nampak kesalahan orang tapi kesilapan sendiri kita tak sedar.
Everyone make mistakes. Semua orang tentu pernah melakukan kesilapan,kan? Kalau lepas buat salah tu kita rasa guilty, means kita adalah normal. Suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila kesilapan yang dilakukan itu bukan kita mahukan ia terjadi. Tiada siapa yang sengaja nak buat salah. Semua orang kalau boleh nak menjadi yang terbaik, bukan?
Tapi kenapa mesti benda yang kita tak mahu itulah yang berlaku?Tujuannya tak lain tak bukan adalah supaya kita sedar yang kita ni cuma hamba biasa. Fitrah hamba adalah buat silap. Jadi, sepatutnya pada 'tuan' kita yakni pada Allah yang kita pohon kemaafan. Mungkin ada hak Allah yang belum cukup kita penuhi. Cek balik diri. Muhasabah semula.
Sekadar peringatan buat diri saya sendiri yang tidak sempurna mana. Banyak sangat kesilapan dan kekhilafan yang saya lakukan. Saya mohon maaf banyak-banyak. Moga Allah ampunkan dosa kita semua. Insya-Allah.
Wallahualam.
Preview : Next entry ; Aku datang Pulau Redang! |
Nantikan.
No comments:
Post a Comment