Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum..
Nak exam dah ni. Study dari sekarang. Study biar kerana Allah..kerana nak dapat ilmu.
Kan?
Apa khabar?Rindu pada blog. Tapi apakan daya masa dan keadaan tidak memberi inspirasi untuk menulis.
Just nak cakap, saya sekarang cuti study week..huhu..takut pula..
Please pray for me ya..
Okla, nak pegi study nanti..
Kata-kata semangat dan doa untuk diri..
Satu lagi,nak bagitau,nak sangat cari buku Pahrol..Macam best!
Jom baca sinopsis dia sedikit sebanyak.Wajib milik buat santapan rohani dan jiwa.
Insya-Allah.
Manusia tidak suka digesa apalagi dipaksa. Alpanya tidak boleh
dikejutkan dengan kasar. Egonya tidak boleh diterjah dengan bersemuka.
Manusia suka dipujuk, dibelai dan diajak kepada kebaikan dengan lunak
dan kasih sayang. Biar dia tidak sedar betapa hati, fikiran dan emosinya
‘diundang’ ke daerah kebaikan menerusi pendekatan yang mudah, ceria
tidak menekan. Inilah eksplorasi yang penuh aspirasi di sebalik
pembikinan buku ini. Jangan ada tekanan. Usah ada yang rasa
dipersendakan.
Manusia yang bijak diajak dengan hikmah – diberikan makna tersirat di
sebalik yang tersurat. Dia akan lebih terasa apabila kebenaran
disampaikan dengan penuh kebijaksanaan. Fikir tahap tingginya hanya akan
dipuaskan apabila lapis-lapis pengajaran digabung secara bersepadu
tanpa diganggu oleh ayat-ayat yang bersifat pinggiran. Biar yang padat
dan tepat. Itu lebih menyentuh. Buat golongan ini tarbiah mesti
disampaikan penuh hikmah. Jangan diasak dan ditolak mereka ini ke pintu
kebenaran… tetapi mereka sendiri akan melangkah penuh rela apabila
sanubari sudah ditawan oleh makna di sebalik cerita!
Manakala buat golongan sederhana, pendekatannya juga mesti sederhana.
Tidak perlu falsafah dengan sentuhan berat untuk memikir makna yang
tersirat… tetapi cukup dengan ‘mauizah’ – pengajaran-pengajaran yang
jelas dan mudah. Bagi mereka ini kebaikan dan kebenaran itu sahaja sudah
cukup sebagai tarikan. Tidak perlu bersilat kata dengan belitan makna
yang tersembunyi. Kesederhanaan! Itulah lebih memikat dan mengikat.
Katakan bulan itu bulan, jangan ditamsilkan lagi sebagai ‘lentera malam
yang menyinari alam’.
Namun sentiasa ada manusia yang degil, keras kepala dan keras hati.
Mereka yang tidak akan dapat dipuaskan hanya dengan ‘mauizah’ dan
‘hikmah’ tetapi perlukan ‘mujadalah’, yakni perdebatan yang bersifat
meruntuhkan kebatilan dan membina kebenaran. Runtuhkan yang salah dengan
hujah. Ranapkan yang batil dengan bukti rasional dan logik. Patahkan
kedegilan dengan cara yang paling signifikan. Paparkan nilai-nilai
saintifik, estetik dan autentik.
Mereka hanya akan menerima yang benar, baik dan betul, apabila
pemikiran, rasa hati dan emosi mereka dikalahkan secara total. Namun,
jangan dicemari perdebatan itu dengan cacian dan cemuhan… nanti jahil
menjadi degil! Keadaan itu lebih sukar ditangani. Dengan cerita-cerita
yang logik, mengetuk dan ‘mencucuk’, golongan ini akan akur dan tunduk.
Ok, setakat ini dulu..Nanti ada masa saya akan update.. Banyak nak cerita lagi..Kalau tak tunggu habis exam la..huhu..
Wish me luck!
No comments:
Post a Comment