Love isn't something you find. Love is something that finds you.


28 July, 2013

Pilihan mak yang terbaik


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah kita sudah memasuki fasa ketiga Bulan Ramadhan. Cepat betul masa berlalu. Terasa begitu sedikit amal ibadah ini. Sedar tak sedar kita sudah berada di hari-hari terakhir Lailatul Qadar! Mari kita menjadi hamba Allah yang paling dekat dengannya. Insya-Allah.

Sejak kebelakangan ni saya rasa bahagia. Perasaan bahagia itu tiba-tiba muncul. Sampai saya rasa takut. Memang betul. Perasaan bahagia silih berganti dengan perasaan sedih. Saya tak kisah. Sekurang-kurangnya saya sedar saya rasa bahagia. Maka saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Hidup tanpa kekurangan adalah menakutkan.  


Seperti biasa, saya akan munasabah kembali diri ini. Baru saya sedar akan sesuatu yang penting. Kebahagiaan bukan kerana apa yang kita inginkan semua dapat..tapi kebahagiaan itu kerana kita menikmati dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Meskipun sedih kerana kita tak dapat apa yang kita mahukan tapi sebenarnya Allah mengajar kita menghargai apa yang kita dapat.

Bersabarlah duhai hati. Kebahagiaan bukannya selalu milik kita. Sekali ia datang, nikmatilah ia dengan sebaiknya bukan mempersalahkannya atas apa yang kita tak dapat dalam hidup. Allah sengaja tidak mahu memberi apa yang kita mahukan kerana Allah nak kita berusaha lebih dalam hidup kita. Bukan semata-mata mengharapkan pemberian daripada Allah.

Salah satu perkara yang meyakinkan saya dan tak pernah mengecewakan saya adalah apabila saya mengikut pilihan mak. Entah mengapa saya merasakan pilihan mak adalah pilihan terbaik. Meskipun kadang-kadang, cita rasa kami berbeza tapi sekurang-kurangnya mak tahu itu yang terbaik untuk saya. Kini semakin hari saya banyak berkongsi rahsia dengan mak. Sesi meluahkan perasaan. Mak juga. Kami saling bercerita apa yang ada dalam hati dan fikiran kami.

Memang banyak perkara-perkara yang biasanya saya akan tanyakan pendapat mak dulu. Baik kecil mahupun besar. Masa nak masuk form 6 dulu, mak yang meyakinkan saya. Akhirnya saya dapat juga masuk ke universiti lebih awal daripada mengambil diploma. Begitu juga dengan pilihan tempat praktikal. Saya keliru untuk memilih sama ada di Pejabat Agama atau Rumah Orang Tua. Akhirnya mak suruh pegi Pejabat Agama. Alhamdulillah, Saya enjoy sangat bila dapat berjumpa kawan-kawan lama. Meriah.

Dan perkara terbesar dalam hidup saya adalah soal jodoh. Saya tak nafikan jodoh saya juga pilihan mak. Saya tak nafikan pada mulanya hati saya berat untuk menerimanya kerana dia bukan pilihan hati saya. Soal hati dan perasaan bukan boleh dipaksa kan?Alhamdulillah, Dia lelaki yang sangat baik. Mungkin berkat pilihan mak juga kot..hehe..

Apapun saya tidak akan henti-henti memohon supaya Allah tetapkan jalan yang saya sedang lalui. Sungguh saya lemah dan tak kuat. Pada Allah saya serahkan pergantungan saya ini. Moga Allah permudahkan urusan saya. Amin.

Ya Allah. 
Ampunilah aku kerana terlalu sibuk dengan dunia sehingga tiada masa untuk berdua-duan denganmu di malam hari. Maafkan aku kerana jarang membacakan kalimah-kalimah agungMu. Sesungguhnya aku benar-benar terleka. Namun, Engkau tidak pernah sekalipun berpaling dariku. Engkau sentiasa membuatkan aku selamat dalam jagaanMu. Terima kasih ya Allah. Aku bersyukur atas semuanya.

Preview : Love this moment!
Wallahualam.




27 July, 2013

Kerja oh Kerja !


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Apa khabar semua?Harapnya semua dalam keadaan yang baik-baik saja. Insya-Allah. Saya tak sabar nak buat kuih raya, tapi barang belum beli lagi. Tengoklah, nak senaraikan barang yang diperlukan kemudian kita pergi shopping yea?hihi. 

Oklah, saya nak berkongsi pengalaman bekerja saya di Pejabat Agama Islam Daerah Taiping. Jom, kita baca ye.Sejak hari Jumaat lagi saya nak update. Banyak benda nak cerita tapi saya tak ada mood lagi untuk menulis. Kekangan masa nak mengadap laptop lama-lama. Baik saya tidur, ye tak?

 Sepanjang saya bekerja di Pejabat Agama Taiping, pelbagai aktiviti yang saya lakukan. Saya enjoy dapat kerja disini. Terutama bila ade keje luar. Kalau asyik dok kat kaunter pun boring juga. Nasib dapat ustaz yang sporting yang bagi kami join operasi tau..

Gambar dekat kaunter
Jannah boleh dianggap otai di situ walaupun paling muda. Apa-apa tak tahu refer je kat dia. Dia selalu lepak dekat mejanye kat ofis tu.
Anis khusyuk betul kat kaunter..haha
Saya akan cerita serba sedikit berkenaan kerja luar kami.First sekali kami kena pergi Ipoh untuk mengikuti kursus jenazah di Ipoh. Kami diminta ke Pejabat Imigresen Ipoh untuk mengajar teknik-teknik menguruskan jenazah daripada mula sampai akhir bersama Ustaz Ashar, Ustaz Rahim, Ustaz Nawi dan Ustazah Norizah.

Selesai aktiviti, kami berposing
Bersama Ustazah Norizah sekali..
Kemudian kami diarahkan mengikuti operasi pada bulan Ramadhan. Hanya kami bertiga, iaitu saya, Anis dan Hairun sahaja kerana course kami lebih dekat dengan dakwah. Manakala Jannah mengambil course kewangan Islam. 

Hari pertama kami menjalankan operasi menangkap pasangan di hotel. Keluar masuk hotel dapat lah menangkap 1 pasangan. Dan hari kedua pula, kami menjalankan operasi menangkap orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Kami berjaya juga menangkap orang yang tak puasa tu. Letih tapi best cuma satu pesanan kepada Ustaz Shafiq, bawalah kereta slow-slow lain kali..Terlambung-lambung kami kat belakang tau..hihi..
Meh layan gambar dulu ye..

Inilah van yang kami naiki semasa menjalankan operasi..

Kami bertiga di belakang. Yang barisan depan kami penguatkuasa merangkap cleaner saja. Ustaz Shafiq kat depan sekali.
Saya keletihan selepas asyik melompat-lompat di belakang..Ade muka letih ke?hihi..
Snap dulu sementara tunggu nak serbu ni..huhu
Misi gagal!Mereka  berjaya melarikan diri dan hanya meninggalkan nasi berlauk saja. Nampak tak muka kekecewaan di situ. Yang belakang tu Ustaz Nawi. Umur sebaya abah. hihi.
Bersama penguatkuasa JAIP Ipoh
Tengok Anis laju di depan. Semangat betul dia kan?hihi..
Sabar Anis..sabar..haha

Tengok tu penguatkuasa sedang membanjiri kedai makan.

Yang baju biru tu adalah ketua operasi. Jawatannya adalah yang ketiga  tertinggi  di Perak!
Meh dekat sikit. Lupa namanya. Yang pasti masih bujang. Nasib baik i'm not singgle lagi dah..hikhik
By the way semua ini pengalaman yang menarik untuk dikongsikan. Banyak yang saya belajar sepanjang saya bekerja di sini. Baik menguruskan kaunter. Yang mana kami berdepan dengan pelbagai kerenah orang yang datang. Ataupun bekerja di dalam ofis. Ada masa bekerja dengan komputer juga kadang-kadang meletihkan. Antaranya memasukkan data dalam sistem. Banyak kerja sebenarnya.

Apa yang pasti, setiap kerja ada cabarannya. Saya pernah kaunseling pasangan di tangkap khalwat, isteri yang inginkan penceraian, ibu yang bermasalah dengan anaknya, bapa yang mengadu anak perempuannya lari dari rumah, wanita yang hamil luar nikah dan macam-macam lagi. Semua itu realiti yang berlaku zaman sekarang.

Terlalu banyak iktibar dan pengajaran daripada apa yang saya dapat di sini. Ianya terlalu berharga. Ia mengajar saya betapa saya harus bersyukur dengan kehidupan saya. Betapa kehidupan ini tidak semudah yang disangka. Betapa diri ini lemah dengan dunia yang fana. Alhamdulillah. Moga Allah terus pelihara diri saya dari terleka dengan dunia. Dan semoga apa yang berlaku turut mendekatkan diri saya pada Pencipta kita yang sebenar iaitulah Allah SWT.

Wallahualam.







21 July, 2013

Terima kasih untuk header yang comel ni ^_^


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Apa khabar semua?Alhamdulillah sihat kan?Bagusla. Saya belum mula buat kuih raya lagi. Ingat minggu depan dah boleh start buat kuih raya la..Buat awal-awal nanti habis awal. Untuk kerepek popia saya kene buat banyak sikit sebab ada tempahan..hihi..Mujur angah ada kat rumah. Dia yang meng'offer' diri untuk membantu..Yes, mudah keje!

Ok, habis pasal kuih raya..Pasal terawih pula. Terawih hanya buat kat rumah je. Belum pernah terawih di masjid. Tahun lepas hari first je semangat terawih kat masjid, last-last kat rumah juga yang bestnye..hihi.. Ramadhan tahun ni saya cepat ngantuk je. Habis solat terawih mesti rasa berat je matanya. Entahlah kenapa.

Nak kata banyak keje, biasa saja. Nak kata banyak makan pun biasa saja..hihi..Tupun, balik keje mesti tidur kejap. Balik keje kan pukul 4.30 petang. Pukul 5. 30 lebih kurang baru bangun memasak. Jangan main-main. Setiap hari kot masak. Belum pernah pegi bazar atau beli lauk pauk kat bazar tu. Tak teringin sangat la..

Cuma kelmarin je,saya dan angah buat perjanjian nak berbuka KFC. Sebabnya mak dengan abah ada majlis berbuka puasa kat luar. Mak dan abah ade ajak tapi, saya letih pula. Sebenarnya saya ni lemah sikit kalau tak ada member. Maklumlah, kalau saya ikut mak nanti, mesti punya mak tinggalkan saya kesepian sebab berjumpa dengan kawannya. Sedih tau mak buat macam tu..hihi

Saya tahu saya bukan budak kecik lagi. Kene teman saja memanjang. Saya kene pandai bawa diri. Berdikari. Beramah mesra. Tapi, entahlah kenapa saya ni pemalu sangat dengan orang di sini. Saya tak ada kawan kat sini sebab saya bersekolah jauh kat kamunting. Kawan baik-baik semua dok jauh. Mase sekolah menengah saya dok asrama. Lagi la jauh. Tak de kawan. Sedih kot.

Dulu saya berkawan sebab nak dapat perhatian selalu. Kadang-kadang berebut kawan. Bila dia rapat dengan kawan lain, saya rasa terancam. Sepatutnya saya pun kawan la juga dengan dia. Tapi entahlah. Sebab mungkin masa tu tak matang lagi kot. Macam kelakar bila ingat balik.

Oklah..banyak pula membebel kan?Sebenarnya nak cerita pasal header baru saya ni..hehe..omei kan?Nak promot kat sapa-sapa yang berminat nak tempah header blog..tempah kat sini ye. Credit to http://annursyauqina.blogspot.com/ .Terima kasih daun keladi, esok boleh buat lagi..kihkih.

Baiklah, setakat ni dulu..Nanti kalau rajin saya update lagi..Bye!
Assalamualaikum. Selamat menjalani ibadah puasa!


19 July, 2013

Disebalik kesempurnaan itu tersembunyi sebuah duka.


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana memberi kita kecukupan yang tidak terhingga. Maha suci Allah yang tidak pernah lupa memberi nikmat buat hamba-hambanya. Kita sudah 10 hari berpuasa,kan?Semoga Allah swt memberkati rezeki kita semua. Insya-Allah.

Sekadar perkongsian buat renungan kita bersama. Sebuah kisah yang benar-benar berlaku. Saya tahu banyak lagi kisah di luar sana yang lebih menyayat hati. Cukup sekadar kisah satu ini membuat saya berfikir selalu. Tidak Allah ciptakan manusia itu sempurna semata melainkan ada kekurangannya. Maksudnya kerana ada kekurangan itulah maka dia ada kesempurnaan yang lain. 

Ada seorang ustaz di tempat saya praktikal. Jawatannya sebagai penolong pendaftar atau penolong pegawai tadbir agama. Jawatan kedua yang tertinggi di situ. Umurnya sekitar 30-an. Muda dan segak orangnya. Senang cakap dialah paling hensem kat situ. 

Tersenyum saya bila mendapat tahu dia merupakan bekas pelajar KUSZA juga. Sebelum saya mengenali dia sebagai ustaz di situ, saya betul-betul fikir dia seorang pelajar dan mungkin sedang praktikal. Tapi rupanya bukan.

Apabila saya tahu dia seorang ustaz dan jawatannya di situ, timbul kekaguman di hati saya. Hati saya berbisik. Muda-muda lagi sudah pegang jawatan itu. Sedangkan ustaz-ustaz lain yang lebih tua daripadanya bekerja di bawahnya. Untungnya isteri dia dapat ustaz yang segak dan berkepimpinan. Dari gayanya nampak seperti sayangkan isteri. Terfikir saya, mesti isterinya cantik mungkin.

Suatu hari, saya dapat tahu kisah hidupnya. Saya tak sangka disebalik kesempurnaan yang dilihat di depan mata rupanya tersembunyi kisah luka yang sangat menyedihkan. Bukan sesuatu yang aib tapi sebaliknya boleh dijadikan pedoman buat diri sendiri.

Ceritanya, isteri pertama ustaz sudah meninggal dunia. Akibat kemalangan. Begitu juga dengan anak di dalam kandungan isterinya. Ustaz yang memandu ketika itu bersama isteri yang sedang hamil anak sulung mereka. Agak lama juga untuk redha dengan pemergian isterinya itu. Selepas itu ustaz berkahwin kali kedua dengan kawan baik isterinya. Menurut apa yang diperkatakan wajah kawan baik arwah isterinya iras wajah arwah. Masya-Allah.

Itulah serba sedikit kisah yang disampaikan oleh seorang kakak yang merupakan staff lama di situ. Dia memang rajin bercerita. Apa yang berlaku memang sudah ditetapkan oleh Allah. Kekayaan, harta benda, kesenangan, wang ringgit, kecantikan wajah, keperibadian yang baik, kebijaksanaan. Semua itu anugerah Allah di dunia. Semua itu dinamakan kesempurnaan secara lahiriah.

Siapa yang tak mahu nampak hebat dan sempurna?Kalau kita mengharapkan sesuatu yang baik tapi membawa bahana, apalah gunanya? Maksud bahana tadi bukanlah seperti kisah ustaz tadi. Itu sekadar sebahagian kisah hidupnya. Setiap jalan hidup kita berbeza. Terpulang pada kita bagaimana ingin mencorakkannya.

Bahana sini menurut saya, perkara dalaman. Apa yang kita tak nampak di dalamnya. Iaitulah dinamakan hati. Contohnya, bila cantik maka dipuji, masakan tidak timbul perasaan riak? Bila kaya dan berduit, mana mungkin tak timbul perasaan suka membazir daripada bersedekah. Bila bijaksana dan berjawatan pula,mungkin kita akan cenderung untuk bersikap ego dan merendahkan orang lain, seolah-olah kita saja yang betul orang lain salah.

Apakah dengan semua kesempurnaan yang Allah kurniakan ini yang kita mahukan dan impikan selama ini?Adakah kita yakin dapat mengukur tahap keikhlasan kita dalam membantu sesiapa saja yang memerlukan?
Allahurabbi..Hanya Allah sahaja ada jawapannya!

Saya juga manusia biasa. Yang lemah dan pastinya tidak sempurna. Saya juga sering membuat salah. Kadang-kadang rasa puas hati bila dapat bantu orang. Tapi adakah perasaan bangga itu dikira sebagai riak?Allahu a'lam.

Allah sedang menguji hati hambanya. Dia mahu kita sentiasa sedar bahawa, selain Allah yang miliki dan mengawal hati kita, ada syaitan yang sering memainkan tugasnya di sini. Saya mengaku, bab mencari kesempurnaan ini memang saya mencari sejak dahulu lagi. Saya selalu fikir, saya sedar saya banyak kekurangan, biar jodoh saya nanti orang yang hebat! Kalau dia tak hebat, bagaimana dia nak didik hati saya?

Hati saya kadang-kadang cemburukan pada kelebihan atau kesempurnaan orang lain tapi saya tak sedar, mungkin orang lain berperasaan sebegitu juga pada saya. Itulah manusia. Tidak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Ya Allah jauhilah aku dari perasaan ini!

Allah tahu apa yang kita mahukan. Allah tahu apa yang kita perlukan. Allah beri apa yang sesuai dengan diri kita. Mana mungkin kita lebih hebat daripada perancangan Allah. Allah pelihara kita daripada memiliki kesempurnaan sekarang kerana itu Allah ciptakan kita berpasangan supaya kita dapat saling melengkapi antara satu sama lain. Itulah yang baru dinamakan kesempurnaan!

Biar dia bukan lelaki hebat, biar saya bukan wanita hebat tapi bila kami disatukan nanti kami akan menjadi hebat!Itulah doa saya. Itulah harapan saya. Tak salah kita saling memperhebatkan diri kita untuk pasangan kita bermula dari masa sekarang. Sama-sama mencari kesempurnaan dalam mencapai keredhaan Allah.
Amin ya Rabal Alamin.

14 July, 2013

Alkisah praktikal di bulan Ramadhan :)


Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum


Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan salam Ramadhan pada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Alhamdulillah. Sampai jua kita di bulan yang penuh barakah ini. Jadi, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan kepada semua yang mengenali diri saya. Marilah kita perbanyakkan amal ibadah kita pada Allah SWT. Ini nasihat buat diri saya sendiri dan kita semua.


Alhamdulillah..sedar tak sedar sudah 3 minggu saya menjalani praktikal di pejabat agama..dan sudah hampir seminggu kita berpuasa kan?So, camne ngan puasa korang?Harap-harap belum ade yang pecah lagi la..tapi orang perempuan dikecualikan bila ade keuzuran,kan? hehe..

Rasanya belum sempat lagi saya memperkenalkan kawan-kawan sepraktikal dengan saya..meh sini saya perkenalkan terlebih dahulu ye..

Kami buddies segi empat tepat!tak kan berpisah..haha..konon :p

Yang depan sekali tudung kaler merah adalah Hairun Nazirah. Kami bersekolah bersama dari sekolah rendah lagi sampai sekolah menengah(form 4 & 5 sahaja). Saya panggil hairun tapi orang lain panggil nana. Saya dah biasa panggil dia dengan panggilan itu.

Yang pakai tudung kaler kuning pula namanya Anis Hazlina. Saya rapat dengan dia semasa di tingkatan 6. Saya panggil dia Lena tapi orang lain panggil anis je. Saya sorang je kat ofis tu yang panggil lena. Saya dah biasa..bila panggil anis macam pelik je bunyinya..huhu..

Dan yang sorang lagi adalah orang pertama yang saya jumpa semasa mula-mula praktikal dulu, Jannah. Dia masih muda, baru 20 tahun tapi banyak bagi tunjuk ajar pada saya. Sekurang-kurangnya saya tak kekok pada hari pertama! Terima kasih Jannah!

Anis dengan Hairun ni dua-dua dari UKM.Mereka masuk seminggu lepas saya masuk.
Jom layan gambar kami bertiga dulu. Time bulan Ramadhan kami bajet tak banyak keje. Tapi rupenye time nilah kami banyak terperap kat dalam ofis buat keje. Kaunter cuma tengok dari jauh je. Ade orang baru pergi kaunter.
Gambar kontrol ayu..no comment!lallala..
Dorang ni rajin buat memek muka. Tulah time orang buat tak mau buat.

Sampai senget-senget kepala..huhu
Lagi 2 hari nak puasa, kami buat masak-masak. Haa, saya suka part masak-memasak ni. Favourite la katakan. Saya suka kekemasan tapi saya tak suka mengemas. Its better kita bole maintain kekemasan tu dari start semua balik. Ape bende yang saya mengarut ni?Mesti tak faham kan?Ok tak pe. Saya jelaskan siap bagi contoh ye.

Ade orang dia masak dulu pastu baru kemas. Ade orang kemas dulu baru masak. Ade orang sambil masak sambil kemas. Saya lebih suka yang ketiga tu. Kalau saya masak macam tongkang pecah, alamat saya tinggal camtu je lah. Bole pula camtu,kan? Kan best lepas masak ade orang yang kemaskan?huhu..

Okayla, alkisahnya, hari pertama kami masak bubur kanji daging. Ustad Halim yang jadi master chef nye.. Kami tolong-tolong gitu je. Pastu, hari kedua kami masak cucur udang. Cucur udang is my favourite. 2 kilo kot. Tak pernah ku masak sebanyak ini..huhu. Alhamdulillah, habis juga. Semua orang suka makan walaupun sedikit cair bancuh tepungnya..tapi lembut je dalamnye. Yang penting rasanya..huhu.

Tengok la tu saya jadi master chef pula kat situ tengok jannah dan anis buat kerja..hihi

Saya lupa nak minta gambar kami memasak kat ustad Nawi. Jadinya tak boleh la nak tunjuk kat sini. Tak pela kan?Orang busy memasak..mana sempat nak bergambar,kan?haha..
Meh la kita layan gambar lagi.

Ini di dalam bilik kebal.Disinilah kami melakukan carian untuk sijil nikah @ surat cerai yang lama2 
Sebab kedua, bilik ni tak de econ. Jadinye di sinilah kami  lepak bila di luar kedinginan..hehe

Nampak tak betapa rajinnye kami membuat carian..hihi
Yang penting saya dah habiskan novel yang tebal tu. Sekian.
Okay setakat ni dulu. Nanti kita cite lagi. Terima kasih sudi membaca. 
Selamat berpuasa semua!