Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
Apa khabar semua?Harapnya semua dalam keadaan yang baik-baik saja. Insya-Allah. Saya tak sabar nak buat kuih raya, tapi barang belum beli lagi. Tengoklah, nak senaraikan barang yang diperlukan kemudian kita pergi shopping yea?hihi.
Oklah, saya nak berkongsi pengalaman bekerja saya di Pejabat Agama Islam Daerah Taiping. Jom, kita baca ye.Sejak hari Jumaat lagi saya nak update. Banyak benda nak cerita tapi saya tak ada mood lagi untuk menulis. Kekangan masa nak mengadap laptop lama-lama. Baik saya tidur, ye tak?
Sepanjang saya bekerja di Pejabat Agama Taiping, pelbagai aktiviti yang saya lakukan. Saya enjoy dapat kerja disini. Terutama bila ade keje luar. Kalau asyik dok kat kaunter pun boring juga. Nasib dapat ustaz yang sporting yang bagi kami join operasi tau..
|
Gambar dekat kaunter |
|
Jannah boleh dianggap otai di situ walaupun paling muda. Apa-apa tak tahu refer je kat dia. Dia selalu lepak dekat mejanye kat ofis tu. |
|
Anis khusyuk betul kat kaunter..haha |
Saya akan cerita serba sedikit berkenaan kerja luar kami.First sekali kami kena pergi Ipoh untuk mengikuti kursus jenazah di Ipoh. Kami diminta ke Pejabat Imigresen Ipoh untuk mengajar teknik-teknik menguruskan jenazah daripada mula sampai akhir bersama Ustaz Ashar, Ustaz Rahim, Ustaz Nawi dan Ustazah Norizah.
|
Selesai aktiviti, kami berposing |
|
Bersama Ustazah Norizah sekali.. |
Kemudian kami diarahkan mengikuti operasi pada bulan Ramadhan. Hanya kami bertiga, iaitu saya, Anis dan Hairun sahaja kerana course kami lebih dekat dengan dakwah. Manakala Jannah mengambil course kewangan Islam.
Hari pertama kami menjalankan operasi menangkap pasangan di hotel. Keluar masuk hotel dapat lah menangkap 1 pasangan. Dan hari kedua pula, kami menjalankan operasi menangkap orang yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Kami berjaya juga menangkap orang yang tak puasa tu. Letih tapi best cuma satu pesanan kepada Ustaz Shafiq, bawalah kereta slow-slow lain kali..Terlambung-lambung kami kat belakang tau..hihi..
Meh layan gambar dulu ye..
|
Inilah van yang kami naiki semasa menjalankan operasi.. |
|
Kami bertiga di belakang. Yang barisan depan kami penguatkuasa merangkap cleaner saja. Ustaz Shafiq kat depan sekali. |
|
Saya keletihan selepas asyik melompat-lompat di belakang..Ade muka letih ke?hihi.. |
|
Snap dulu sementara tunggu nak serbu ni..huhu |
|
Misi gagal!Mereka berjaya melarikan diri dan hanya meninggalkan nasi berlauk saja. Nampak tak muka kekecewaan di situ. Yang belakang tu Ustaz Nawi. Umur sebaya abah. hihi. |
|
Bersama penguatkuasa JAIP Ipoh |
|
Tengok Anis laju di depan. Semangat betul dia kan?hihi.. |
|
Sabar Anis..sabar..haha |
|
Tengok tu penguatkuasa sedang membanjiri kedai makan. |
|
Yang baju biru tu adalah ketua operasi. Jawatannya adalah yang ketiga tertinggi di Perak! |
|
Meh dekat sikit. Lupa namanya. Yang pasti masih bujang. Nasib baik i'm not singgle lagi dah..hikhik |
By the way semua ini pengalaman yang menarik untuk dikongsikan. Banyak yang saya belajar sepanjang saya bekerja di sini. Baik menguruskan kaunter. Yang mana kami berdepan dengan pelbagai kerenah orang yang datang. Ataupun bekerja di dalam ofis. Ada masa bekerja dengan komputer juga kadang-kadang meletihkan. Antaranya memasukkan data dalam sistem. Banyak kerja sebenarnya.
Apa yang pasti, setiap kerja ada cabarannya. Saya pernah kaunseling pasangan di tangkap khalwat, isteri yang inginkan penceraian, ibu yang bermasalah dengan anaknya, bapa yang mengadu anak perempuannya lari dari rumah, wanita yang hamil luar nikah dan macam-macam lagi. Semua itu realiti yang berlaku zaman sekarang.
Terlalu banyak iktibar dan pengajaran daripada apa yang saya dapat di sini. Ianya terlalu berharga. Ia mengajar saya betapa saya harus bersyukur dengan kehidupan saya. Betapa kehidupan ini tidak semudah yang disangka. Betapa diri ini lemah dengan dunia yang fana. Alhamdulillah. Moga Allah terus pelihara diri saya dari terleka dengan dunia. Dan semoga apa yang berlaku turut mendekatkan diri saya pada Pencipta kita yang sebenar iaitulah Allah SWT.
Wallahualam.
tempat lepak ku di meja hehe :)
ReplyDeleteAdik,assalammualaikum,akak nak tanya prosedur sebenar untuk buat report tentang orang berkhalwat, akak dah tak tahan, sebelah bilik akak, tingkat atas sekali, belakang Taiping mall, berdepan dengan market di bawah bangunan plaza yang ada bowling tu, dah cakap dengan owner bilik, lelaki yang sewa sebelah bilik akak ni pun dah suruh perempuan tu keluar, tapi dia degillah, kawan lelaki tu yang sewa bersebelahan biliknya pun turut diganggu oleh perempuan yang sama, malah sewaktu ketiadaan lelaki tersebut,apabila dia keluar kerja, perempuan tu akan jemput mana-mana lelaki termasuk India,myanmar & bangladesh untuk bersamanya, dalam kata lain, perempuan tu memang pelacur sebenar, diaorang ni sewa sehari lepas akak sewa situ tapi masuk pada bulan depannya, tapi tak sangka perangai macam tu, then perempuan tu suka buat hal, sengaja tutup semua lampu supaya bergelap, keluar masuk toilet berulang kali supaya orang tak boleh guna, akak nak sangat tahu macam mana cara sebenar nak buat aduan, biliknya nombor 4, di bahagian tengah, kalau nak kunci gate pun, akak boleh bagi, owner cina, so dia pun tak boleh buat apa tapi pasangan belum berkahwin tu Islam,tepi bangunan bilik sewa ni ada pejabat kecil,di sebelahnya pula ada tangga ke premis tingkat atas,sebelah tu pula ada kedai baju, akak minta tolong sangat, memang betullah, maksiat mendorong pada kejahatan lain,2 lelaki di 2 bilik tu pun, akak rasa macam dah dibodohkan ke apa, akak tak tahu,yang pasti, pelacur tu suka panggil lelaki tu bodoh bila-bila masa je, nampak macam salah lelaki, ya!salah dia sebab bawa perempuan tu tinggal bersama tapi yang nampak ketara perbuatan jahat tu, perempuan tu, akak tak tahu adik akan response ke tak, akak dah pernah cakap dengan owner tu, kalau adik nampak kat bawah tangga tu ada tulis bilik untuk disewa besar-besar, dengan satu lagi bertulis nama paul ooi, itulah tempatnya, cuma tingkat 3 ni ada pintu gate, buka je boleh terus pergi ke arah biliknya, akak dah geram sangat tapi tak tahu macammana buat report, nombor phone pun takde, akak cuma jumpa jawi & jais punya kaedah je, jadi akak minta tolong sangat,masuk ni dah 3 bulan,baru kali ni akak jumpa blog adik
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSemalam akak dengar lelaki tu pun marah perempuan tu & nak hantar dia balik kampung,sebab akak dah komplen pada tuan rumah,tapi dia menangis,menjerit taknak,sudahnya lelaki tu suruh dia dok situ saja, sebab perempuan tu macammanapun nak tinggal dengan dia, masa seminggu sebelum raya, lelaki tu dah suruh perempuan tu pindah tempat lain, tapi bila lelaki tu balik kampung, dia bawa lelaki lain malam raya,sampai akak nak balik kampung pun jadi risau jika dia buat apa-apa sepanjang ketiadaan akak semasa cuti raya, tapi balik dari cuti raya, akak tengok, perempuan tu dah start duduk balik dengan lelaki tu walaupun lelaki tu kata perempuan tak boleh duduk sekali, maknanya owner bilik dah cakap, they all tak boleh duduk sekali jika belum kahwin, lelaki tu memang akan belikan dia makanan, baju & apa saja yang dia nak walaupun masa mula sewa, kerja pun baru nak cari, tapi perempuan tu tetap melacur, akak dengar lelaki tu cakap, aku sayang kau,aku bela kau tapi kau buat macam ni & nak putuskan hubungan, malah dia cakap dia rela ditinggalkan, tapi akak tak tahulah kenapa lastly, dia akan ikut kehendak perempuan tu juga, muka melayu biasa, berusia muda je,lelaki tu rupa indonesia berkulit gelap je, takde beza,sebab tu akak minta tolong sangat, mungkin lelaki tu dah kena ke,tapi buat macammanapun, perempuan tu taknak tinggalkan tempat ni, so akak harap sangat, adalah apa-apa cara yang boleh membantu
ReplyDeletePerempuan tu ada masa pakai tudung, ada masa tidak,memang orang takkan sangka bahawa dia pelacur, bukan berhijab cara sememeh serabai nak taknak je macam kebanyakan yang selalu buat macam tu tapi bila pakai tudung,betul-betul kemas sempurna, hingga boleh nampak seolah-olah bukan jenis orang yang suka berbuat maksiat, orang boleh tertipu dengan penampilan luarannya, lagipun akak taknak dia dok bakar kemenyan tengah malam & renjis air di seluruh tangga di awal pagi seperti yang dilakukan olehnya, jadi akak minta tolong sangat, urgently!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAdik masih tak tahu apa-apa cara ke?
ReplyDelete